Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada
Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina Ali k.w.: “Akan lahir di kalangan
Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni
dan dia akan lahir di zaman kamu. Kamu berdua pergilah mencari dia. Dia
akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di
zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia
berdoa untuk kamu berdua.”
Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali lalu
sama-sama menanyakan kepada Rasulullah S.A.W: “Apakah yang patut saya
minta daripada Uwais al-Qarni, ya Rasulullah?” Rasulullah S.A.W
menjawab: “Mintalah kepadanya agar dia berdoa kepada Allah agar Allah
ampunkan dosa-dosa kalian.”
Memang benarlah kata-kata Rasulullah
S.A.W, Uwais al-Qarni akhirnya muncul di zaman Sayyidina Umar dan
Sayyidina Ali. Mereka iaitu Ali & Umar memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang
datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu juga dengan Uwais
al-Qarni. Pada pandangan mata kasar, tidak mungkin dia orang yang
Rasulullah S.A.W maksudkan kerana di kalangan orang awam, Uwais dianggap
sebagai seorang yang kurang waras.
Uwais Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak, badannya putih, yakni putih seperti penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia seorang berpenyakit sopak, dia adalah seorang yang soleh yang amat mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaganya sampai beliau dewasa.
Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin untuk mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya berikhtiar agar dia dapat membawanya ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang pergi menunaikan haji dari Yaman ke Mekah perlu menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya ‘Haudat’. Haudat ialah sebuah rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa namun perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian. Beliau tidak memiliki unta dan juga tidak mampu untuk membayar sewa.
Pada suatu hari, ibu Uwais yang semakin
uzur berkata kepada anaknya: “Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan
bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji.”
Uwais mendapat suatu ilham. Dia membeli
seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Dia membuat
sebuah rumah kecil di atas sebuah ‘Tilal’ iaitu sebuah tanah tinggi
(rumah untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang
hari beliau akan mendukung anak lembu untuk naik ke atas Tilal. Pagi
esoknya beliau akan mendukung lembu itu turun dari Tilal tersebut untuk
diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia
mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia memberi lembu itu
makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan
beliau kurang waras.
Memang pelik, membuatkan rumah untuk
lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang dibawa
naik, pagi dibawa turun bukit. Namun sebenarnya jika dilihat di
sebaliknya, Uwais seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg,
selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan
badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu
seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.
Selepas lapan bulan, apabila sampai
musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk
dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari
Yaman sampai ke Mekah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia
meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya.
Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya
yang lebih ringan. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan
kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di
Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan
kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.
Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya: “Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Mekah?”
Ibunya bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan dosa kamu?”
Uwais menjawab: “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga.”
Ibunya berkata lagi: “Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini.”
Uwais berkata: “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala.”
Ibunya menambah: “Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa.”
Akhirnya Uwais tidak ada pilihan
melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais lalu berdoa seperti yang
diminta oleh ibunya supaya Allah menyembuhkan putih yang luar biasa
(sopak) yang dihidapinya itu.
Namun kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya, dia berdoa: “Tolonglah ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkanlah sedikit.”
Namun kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya, dia berdoa: “Tolonglah ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkanlah sedikit.”
Allah SWT lalu menyembuhkan serta merta,
hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok
sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais
kerana permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka inilah
tanda pengenalan yang disebut Rasulullah S.A.W kepada Sayyidina Umar dan
Sayyidina Ali: “Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan
putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu, dialah Uwais
al-Qarni.”
Tidak lama kemudian, ibunya meninggal
dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia
telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah.
Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W, mereka meminta supaya Uwais berdoa agar Allah SWT berkenan mengampuni semua dosa-dosa mereka berdua.

Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Sayyidina
Umar dan Sayyidina Ali, beliau berkata: “Aku ini datang dari Yaman ke
Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulullah S.A.W kepada kamu
iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku.” Maka Uwais pun telah
mendoakan untuk mereka berdua.
Setelah itu Sayyidina Umar, yang ketika
itu memegang jawatan Khalifah, bertanya kepadanya: “Anda hendak pergi ke
mana?” “Kufah”, jawab Uwais.
Sayyidina Umar bertanya lagi: “Mahukah aku tuliskan surat kepada Gabenor Kufah agar melayanimu?”
Uwais menjawab: “Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai.”
Sayyidina Umar bertanya lagi: “Mahukah aku tuliskan surat kepada Gabenor Kufah agar melayanimu?”
Uwais menjawab: “Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai.”
Demikianlah kisah Uwais Al-Qarni yang
amat taat dan kasih kepada ibunya. Seorang Wali Allah yang tidak
terkenal di bumi, tetapi amat terkenal di kalangan penduduk langit.
Waktu bujang lagi, saya amat kagum dengan kisah Uwais Al-Qarni, selain Ukasyah Ibnu Mihsan iaitu seorang kanak-kanak yang mendapat jaminan dari Rasulullah SAW iaitu "70,000 umatku akan masuk ke Syurga tanpa hisab..." & Rasulullah SAW menyaksikan bahawa salah seorangnya adalah Ukasyah Ibnu Mihsan R.A....
Setelah Istikharah pada minggu terakhir Zaujah saya mengandung, saya abadikan nama Muhammad Uwais Ukasyah ke atas anak pertama saya....
Moga-moga ada keberkatan ke atas nama dan pemilik nama ini....Semoga anakku ini akan menjadi Hamba Allah yang paling dan hanya takut kepada Penciptanya dan hanya mengasihi Sayyiduna Mursalin Nabi Muhammad SAW, Para Sahabat, Para Tabi'en, Alim Ulama' serta Para Soleh dan Solehah kerana jikalau anakku sempurna Pengabdiannya kepada Sang Pencipta, pasti secara tak langsung akan sempurna penghormatannya kepada diri saya dan isteri...Amiiin....In Shaa Allah...
Ya Allah....Ya Rahman...Ya Rahim....Bimbinglah aku dan keseluruh ahli keluargaku ke jalan-Mu serta jadikanlah kami lebih bersedia untuk bertemu dengan-Mu nanti Ya Allah...Ya Qahar...Ya Jabbar...Ya Ghafar....Allahumma Amin...In Shaa Allah....

Muhammad Uwais Ukasyah