Nuffnang Ads

Saturday, 21 December 2013

Nikmat dan Kepuasan Pada Yang Memberi....

Alhamdulillah, Allah Taala melorongkan saya pada jalan yang saya amat berpuas hati dengannya serta jalan yang saya amat tak sangka-sangka dan jalan yang saya harapkan akan menjadi sumber pahala yang berganda-ganda yang boleh untuk saya jadikan bekalan untuk saya bertemu dengan Rabbul Jalil...Ameen, In Shaa Allah...

Pada tahun 2009-2010, saya dikenali sebagai seorang Peniaga dan Pemborong Pakaian Muslimah yang saya Import daripada Jakarta dan Bandung, Indonesia...

Boleh dikatakan hampir setiap bulan saya ke sana untuk mengambil bekalan segala jenis Pakaian Muslimah...

Memang sambutan waktu tu amat menggalakkan , sehingga saya mengeluarkan sendiri Jenama Pakaian Tshirt Muslimah saya untuk diedar oleh kesemua Ejen saya dan saya telah pun merancang dengan sebaik-baik rancangan dan mengimpikan sesuatu yang terbaik untuk jenama saya....

Seluruh masa saya, saya "hambakan" pada perniagaan saya, sehingga saya lupa pada tanggungjawap menuntut ilmu, tanggungjawab pada Mak & Abah serta adik beradik saya dan saya tak hiraukan kepada permasalahan orang lain....

Cuma, walaupun perniagaan saya waktu itu, berjalan dengan agak maju dengan bertemakan Muslimah, saya merasakan ada kekurangan pada diri saya, waktu tu juga saya merasakan, perniagaan yang saya jalankan hanya memberi faedah kepada diri saya sendiri, kerana niat dan matlamat saya semata-mata adalah keuntungan....

Akhirnya pada tahun 2011, Allah Taala takdirkan perniagaan saya merudum, segala apa yang saya buat waktu tu serba tak kena, ditambah lagi dengan masalah Partner sehinggalah saya buntu untuk meneruskan perniagaan itu dan mencuba perniagaan yang lain antaranya menjadi Pembekal kepada Kerajaan....

Kedua-dua perniagaan ini saya niat dan matlamatkan semata-mata untuk keuntungan diri....

Betul apa orang kata, kalau takda "Minat" dalam bidang yang kita ceburi, memang takkan kekal lama....

Saya terus tinggalkan apa yang saya buat ketika itu dan dalam masa yang sama mencari apa yang ada pada diri saya dan apa yang saya minat dan waktu itu saya tumpukan pada Majlis Menuntut Ilmu serta keluarga iaitu Isteri saya yang tengah mengandung serta Mak dan Abah di kampung, hampir setiap minggu saya balik ke kampung (kira freelance waktu tu).

Sehinggalah Allah Taala takdirkan Abah saya jatuh sakit, sakit kerana terjatuh dan tersepak tunggul kayu di dalam kebun...

Saya menawarkan diri pada Mak :"Kalau Mak nak Apis balik kampung tolong Mak di kebun, Apis boleh je balik Mak, yela sementara Abah tak sihat kan, apis pun tak banyak kerja sekarang ni....".

Mak jawap :"Takyahlah, lagi pun Jue (Isteri saya) tengah sarat mengandung, pandailah Mak nanti...".

Hampir setiap minggu saya balik untuk menjenguk Abah waktu tu, sehingga saya bawa Abah ke Hospital Temerloh untuk mendapatkan rawatan...Namun, belum membuahkan hasil yang baik dan sakit yang Abah alami berlarutan sehingga 4 bulan (bengkak).

Sehinggalah ada seorang jiran memberi Abah 4 biji "Ubat"...Alhamdulillah dan amat mengejutkan saya apabila mendapat tahu Abah dah boleh berjalan dan bengkaknya semakin surut....Allahu Akbar!

Saya balik ke kampung untuk melihat keadaan Abah, walaupun saya tak dapat nak kata apa-apa waktu tu, jauh di lubuk hati, sememangnya saya bersyukur.....Alhamdulillah.

Saya cuba menulis tentang pengalaman Abah dalam blog saya serta pengalaman pengguna yang lain, selepas hampir 2 tahun, saya merasakan saya telah menjumpai apa yang memberi kepuasan kepada saya iaitu menjadi penyelesai kepada masalah orang lain semampu yang boleh dan jujur ianya melekakan saya....

Tambahan lagi, saya amat terkesan dengan Hadis Junjungan Mulia Baginda Nabi SAW, mafhumnya :"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu dan peduli tentang masalah umatku, maka dia adalah bukan di kalangan kami....".

Hadis ini sejujurnya amat memberi kesan serta telah menjentik hati saya untuk sentiasa memberikan sesuatu pada orang lain serta menambah nilai hidup kepada orang lain....Mudah-mudahan Allah Taala membantu saya dan keseluruh ahli keluarga saya...In Shaa Allah...

Dan dengan apa yang saya ada, saya akan menjadi SAHABAT kepada sesiapa sahaja yang datang kepada saya dan semoga ianya menjadi "Pencen Kubur" kepada saya dan keseluruh Ahli Keluarga saya serta boleh menghapuskan segala Dosa di atas Kelalaian dan Kelekaan saya pada masa yang lalu.....Ameen, In Shaa Allah...

"Nikmat dan Kepuasan Pada Yang Memberi...." : )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...