SAKIT LUTUT
adalah arthritis yang paling kerap dialami oleh masyarakat kita. Ramai yang
tertanya-tanya kenapa mereka mendapat sakit lutut. Ada yang menyangka mungkin
kerana faktor genetik kerana arwah emaknya dulu menderita sakit lutut juga.
Ramai yang maseh tercari-cari penawarnya setelah bertahun-tahun menderita sakit
lutut. Berurut adalah perkara yang paling lazim dilakukan apabila orang
mengalami sakit lutut. Ramai yang telah pergi banyak tempat untuk
berurut, berbomoh, rawatan 'Sinseh' dan termasuk juga bedah 'Batin'
tetapi sakit lutut tidak juga berkurangan, malah sebilang tahun semaking teruk.
Soal pergi ke
Klinik Swasta, Klinik kerajaan, hospital swasta ataupun hospital kerajaan memang sudah puas dan jemu dengan memakan ubat penahan sakit tetapi sakit
lutut tetap semakin teruk. Berjumpa pakar doktor orthopaedic juga tidak mampu
mengurangi atau membaik pulih sakit lutut malah rawatan tetap dengan ubat NSAID
(penahan sakit).
Akhirnya
penderita sakit lutut ini berkesudahan dengan 3 keputusan akhir. Kumpulan yang Pertama adalah yang sudah kecewa dan menerima sahaja hakikat bahawa sakit lutut
sebagai takdir untuk mereka. Yang pasti meraka ini telah berusaha semua
cara-cara diatas tetapi tidak mahu melakukan pembedahan tukar lutut palsu.
Mereka ini bertahan dengan memakan ubat penahan sakit sahaja dan biasanya juga
mereka ini akan mengalami sakit gastrik juga sebagai kesan sampingan dari ubat
penahan sakit tersebut.
Kumpulan Kedua adalah yang terperangkap dengan steroid. Ini sering terjadi apabila
pergi ke klinik-klinik swasta yang kurang bertanggungjawab dan pesakit lutut
akan diberikan suntikan 'steroid' yang kuat seperti 'Diprospan'. Pesakit lutut
akan berasa kuat dan lebih sihat untuk tempoh 3 ke 4 bulan dan selepas itu
sakit bertambah kuat lagi. Setelah 3 ke 4 kali suntikan pasti keadaan pesakit
akan mula berubah dengan berbagai komplikasi yang dipanggil 'Cushing Syndrome'.
Ada juga sebahagian pesakit yang diberikan steroid oleh 'Sinseh' ataupun
memakan ubat-ubat sakit lutut yang di jual dikedai-kedai cina ataupun ramai
juga yang mengambil steroid melalui jamu-jamu tempatan atau dari Indonesia yang
tiada kelulusan KKM. Kumpulan ini biasanya lebih malang dengan berbagai -bagai
penderitaan seperti kencing manis dan darah tinggi yang tidak terkawal
dan sakit lutut yang lebih teruk.
Kumpulan Ketiga adalah yang mampu dan bersetuju dengan pakar orthopaedic untuk
pembedahan 'TKR' (Total Knee Replacement Therapy"). Biasanya mereka yang
terlalu tua ataupun terlalu gemuk tidak sesuai untuk pembedahan TKR. Setelah
pembedahan mereka tidak boleh lagi membengkokkan lutut mereka lebih dari
90 darjah . Ada juga kumpulan ini yang kurang bernasib baik dengan terpaksa
menjalani pembedahan berulang 2 ke 3 kali kerana berbagai komplikasi seperti
infeksi, screw terbuka/longgar, alat dislocated atau berbagai lagi alasan. Kos
rawaatn TKR ini adalah mahal dan boleh mencecah RM 20 ribu ke RM 40 ribu untuk
sebelah lutut. Kesakitan setelah TKR hanya akan diberi ubat penahan sakit juga.
Sebenar nya sakit lutut tidak seharusnya melalui atau sampai kepada salah satu
daripada tiga kumpulan diatas sekiranya pemahaman punca sakit lutut,
langkah-langkah pencegahan dan rawatan yang betul dapat dilakukan dari
peringkat awal.
PUNCA SAKIT LUTUT
Punca asal kepada masalah sakit lutut adalah akibat dari 'kecederaan'.
Kecederaan boleh berlaku kepada tisu-tisu di sendi kita pada bila-bila masa
sahaja terutama sekali sendi belakang dan sendi lutut kita yang sentiasa
terpaksa menampung berat badan kita. Sebarang pergerakan dan aktibiti kita
boleh menyebabkan kecederaan kepada tissu-tisu fibers, fascia, tendon
ataupun ligament di sendi. Kebanyakan kecederaan ini hanya melibatkan tisu-tisu
diluar kapsul sendi sahaja. Hanya kecederaan yang terlalu kuat sahaja yang
boleh mencederakan struktur di dalam kapsul sendi seperti cartilage, ACL, PCL
dan tulang-tulang diantara permukaan sendi.
Kecederaan tisu-tisu lutut diluar kapsul sendi yang minor ini tidak akan
kelihatan dengan X-Ray ataupun dengan MRI. Pengambilan ubat penahan sakit yang
diberi oleh semua doktor biasa ataupun pakar akan merencatkan proses pemulihan
nya dan akhirnya inilah yang menyebabkan sakit lutut yang sedikit tadi
akan berterusan dan menjadi kronik.
PENCEGAHAN SAKIT LUTUT
Pencegahan sakit lutut dapat dilakukan dengan berbagai cara. Yang pertama
sekali adalah mencegah dari berlakunya sebarang kecederaan iaitu dengan
berhati-hati dalam pergerakan dan aktiviti kita. Untuk melakukan aktiviti
lasak tertentu perlu memakai alat-alat pelindung keselamatan seperti 'knee
guard' untuk berbasikal, 'knee protector' untuk bermain hoki dan bola. Pakaian
yang bersesuaian dengan kerja atau aktiviti yang bakal dilakukan dapat membantu
mencegah kepada kecederaan lutut. Contoh lain adalah 'Back support' adalah
mustahak untuk mengangkat barang-barang berat. Cara melakukan kerja ataupun
aktiviti yang betul sudah tentu dapat mencegah dari berlakunya sebarang
kecederaan. Antara lain kasut yang direka khusus untuk berjogging sudah pasti
dapat membantu menyerap hentakkan semasa berjogging dan mengurangi risiko
kecederaan kepada lutut. Kasut untuk berlari, bermain tenis, bermain golf,
berbasikal, mendaki gunung, bermain bola dan lain-lain adalah direka khusus
untuk mengurangkan risiko kepada penggunanya.
Apakah yang harus anda lakukan apabila berlaku kecederaan kepada lutut yang biasanya
di tunjukkan dengan rasa sakit di lutut? Kebanyakan daripada kita sedia maklum
bahawa konsep asas untuk merawat sebarang kecederaan adalah 'RICE' iaitu 'R'
adalah untut 'rest' bagi merehatkan ataupun mengurangkan pergerakan di tempat
kecederaan, 'I' adalah sengkatan untuk 'ice' iaitu gunakan ice untuk
mengurangkan kesakitan ditempat yang tercedera, 'C' adalah sengkatan
'compression' bagi menekan tempat yang tercedera supaya kurang bengkan dan
perdarahan dan 'E' adalah 'elevation' iaitu mengangkat lebih tinggi tempat yang
tercedera. Keselurohan konsept 'RICE' ini adalah bertujuan mengurangi
proses inflammasi setempat seperti 'Ice' akan merangsang
'vasoconstriction' dan pengecuttan saluran darah ini secara langsung mengurangi
pengaliran darah dan oksigen ketempat yang tercedera. Konsep 'RICE' ini hanya
sesuai untuk kecederaan biasa yang tidak melibatkan kepada tisu-tisu ligament,
tendon, fibers dan fascia. Ini diterukkan lagi dengan pengambilan ubat
'NSAID' iaitu 'Non Steroidal Anti Inflammatory'. Proses 'MEAT' dan 'NSAID' akan
mengurangkan aliran darah dan meminimakan proses inflammasi ditempat yang
tercedera sehinggakan tisu-tisu ligament, tendon, fibers dan fascia yang cedera
tidak dapat puleh sepenuhnya dan akan sakit berterusan.
Kecederaan yang melibatkan sendi adalah lebih sesuai digunakan konsep 'MEAT'
iaitu 'Movement Exercise Analgesic Treatment'. Dalam hal ini sendi yang cedera
perlu digerakkan dan dibantu dengan senaman sendi tertentu serta mengambil
ubat-ubat analgesic saja seperti papase dan mendapatkan rawatan spesific untuk
kecederaan tersebut. Konsep 'MEAT' adalah untuk merangsang dan menggalakkan
proses inflamasi setempat supaya darah dapat mengalir dengan lancar ketempat
tercedera bagi membekalkan lebih banyak oksigen dan nutrisi serta mengalirkan
bahan-bahan buangan keluar. Pergerakan sendi yang cedera adalah sangat mustahak
sebab ligament di sendi tidak mempunyai sularan darah, mereka hanya mendapat
bekalan oksigen dan nutrisi melalui proses ' sequestration' iaitu proses
perahan yang berlaku semasa pergerakan sendi sahaja. Sebab itu lah lagi cepat
Physiotherapy dilakukan lagi cepat pemulihan sendi berlaku.
RAWATAN
KECEDERAAN SENDI
Rawatan yang betul adalah sebarang rawatan yang tidak menghalang atau menganggu
proses pemulihan itu sendiri. Merehatkan sendi tercedera, menggunakan Ice,
menggunakan bandages yang ketat dan mengambil ubat penahan sakit adalah tidak
sesuai untuk kecederaan sendi. Physiotherapy atau berurut dengan betul adalah
digalakkan secepatnya untuk kecederaan sendi. Rawatan yang tepat dan terbaik
untuk sebarang kecederaan sendi adalah PROLOTHERAPY. Rawatan prolotherapy
adalah selari dan bersesuaian dengan konsep 'MEAT' iaitu merangsang dan
mengalakkan proses inflammasi setempat untuk kes-kes yang akut dan juga yang
kronik.
Semoga Memberi Manfaat... :)
SUMBER : http://drprolotherapy.blogspot.com/2012/04/sakit-lutut-prolotherapy.html