Nuffnang Ads

Friday, 4 September 2015

Pembaharuan Dalam HerbaMalays...

Alhamdulillah, kami memanjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah kurnianya syarikat kami iaitu Herbamalays Benefit Sdn Bhd yang membawa jenama HerbaMalays telah pun membuat pembaharuan dari segala aspek antaranya kami telah menambahbaik formulasi asal produk, logo, sistem rakan niaga, strategi pemasaran & sebagainya...Alhamdulillah...Subhanallah...

Walaupun terdapat pelbagai ujian & cabaran, namun kami tetap fokus untuk mara & maju jauh ke hadapan, ini semua berkat doa keseluruh Pelanggan & Rakan Bisnes kami di HerbaMalays...Alhamdulillah...

Walaubagaimanapun, kami tidak lagi membawa nama "Veinplus AB" untuk perjalanan seterusnya, nama yang kami bawa ketika ini adalah "NEVTRET", ia adalah formulasi KHAS untuk masalah Urat Saraf & Sendi, kami telah menambah baik formulasi asal dengan mencampurkan ramuan Ekstrak Mengkudu yang berfungsi untuk melancarkan darah....In Shaa Allah...

Packaging produk juga telah berubah, kerana kami percaya, sebagai manusia, tak boleh lari daripada masalah Urat Saraf & Sendi, kerana masalah ini tidak mengenal bangsa & agama. 


       Logo & Tagline baru HerbaMalays yang lebih fresh!




Penjenamaan baru - NEVTRET













Alhamdulillah, suka juga kami maklumkan bahawa penjenamaan terbaru kepada NEVTRET ini telah lengkap dengan KKM & Halal Jakim...Subhanallah! Allahu Akbar...

Kami juga telah mengubah sistem rakan bisnes kami ke arah yang lebih efektif & adil. Untuk maklumat lanjut berkenaan NEVTRET atau untuk menjadi Rakan Bisnes kami yang dipanggil sebagai "HM Circle" boleh terus berhubung dengan Ofis 017 954 2814. Terima Kasih! :)

P/s : Segala info tentang produk juga akan dipindahkan ke platform baru kami iaitu www.herbamalays.com/nevtret selepas ini. In shaa Allah...

Tuesday, 7 July 2015

Kami Dah Tak Sabar Untuk Tampil Baru....

Alhamdulillah, kita semua telah memasuki fasa terakhir Ramadhan, sedihnya terasa sangat kerana Ramadhan bakal meninggalkan kita, Allah, moga-moga Allah beri kekuatan untuk terus memburu Lailatul Qadr...

Di sini juga kami ingin memaklumkan bahawa HerbaMalays akan tampil dengan wajah baru dari segi Logo, Packaging, Website, Sistem & sebagainya, penampilan yang lebih meyakinkan untuk tujuan 'Positioning' dalam pasaran...

Kami buat semua ini kerana kami percaya bahawa kami boleh membantu lebih ramai lagi mereka yang memerlukan di luar sana, jadi penampilan yang lebih bagus akan membantu meyakinkan para pengguna untuk terus menggunakan produk keluaran HerbaMalays selain memastikan kualiti produk kami sentiasa terbaik & terjamin...In Shaa Allah...

Kami juga berharap dengan usaha ini akan terus membantu keseluruhan Rakan Niaga kami di Semenanjung juga Sabah & Sarawak, kerana dengan usaha mereka juga HerbaMalays semakin dikenali...Alhamdulillah...

Apa yang kami nampak tentang HerbaMalays mungkin tak sama dengan apa yang orang lain nampak tentang kami kerana kami mempunyai VISI, MISI, Objektif yang cukup besar untuk 10 tahun, 20 tahun malah 30-50 tahun akan datang....

VISI kami adalah untuk melihat "Formula Herba Peninggalan Tradisi Ke Seluruh Asia & Global", dengan MISI kami clear untuk berusaha mengumpulkan seberapa banyak cerita daripada generasi terdahulu yang mempunyai kepakaran dalam rawatan herba tradisional. Kami juga tahu, sekiranya tiada usaha untuk mengumpulkan cerita hebat tentang herba tradisional daripada pengalaman mereka, maka ia akan terus lenyap ditelan zaman, kerana segala rahsia berada di dalam dada mereka...In Shaa Allah...

Sepanjang kami berkongsi tentang produk herba tradisional kami kepada keseluruh Pelanggan kami, kami melihat terdapat banyak lagi masalah-masalah kesihatan yang masih belum dapat diselesaikan melalui rawatan konvensional, jadi kami melihat usaha mengkomersialkan produk herba tradisional melalui formula kesihatan semulajadi daripada pengalaman orang-orang generasi terdahulu adalah sangat perlu untuk memastikan manusia mendapat rawatan secara semulajadi & seterusnya tidak bergantung kepada kaedah perubatan yang memberi kesan jangka panjang yang tidak baik kepada pengguna...

Kami sangat berpegang dengan Hadis Baginda Nabi SAW : "Setiap penyakit ada ubat penawarnya & apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan Izin Allah..." - Maksud Hadis Riwayat Muslim-

Bermakna pada kami, jika sesetengah ubat yang mempunyai bahan kimia yang memberi kesan buruk jangka panjang kepada Pengguna, ia bukanlah UBAT/PENAWAR, tapi ia adalah "Pembunuh" dalam masa jangka panjang...

Jadi, disebabkan inilah, HerbaMalays wujud untuk memberi pilihan dengan slogan kami adalah "Life With Think Alternative" ...Alhamdulillah, In Shaa Allah moga Allah beri kemudahan Dunia & Akhirat di atas segala usaha ini...Ameen...


Tuesday, 19 May 2015

Perubahan & Pembaharuan HERBAMALAYS...

Mentor saya cakap : "Kalau mahu bermain dengan "Game" yang lebih besar, mesti sentiasa bersedia dengan pelbagai situasi yang mendatang..."

Alhamdulillah, saya bangga dengan pencapaian saya sehingga hari ini dengan memberi manfaat kepada pengguna & rakan niaga dari segi kesihatan & berkongsi pendapatan....

Namun, bukanlah mudah untuk semuanya terjadi tanpa usaha & doa kepada Illahi...

Kami di HerbaMalays mempunyai impian yang lebih besar untuk membantu lebih ramai golongan yang mempunyai masalah berkaitan Urat Saraf & Sendi tidak kira Melayu, Cina & India, kerana bagi kami selagi penggunanya adalah manusia, tidak kira bangsa ia tidak boleh lari daripada masalah Urat Saraf & Sendi...

Untuk kami mencapai audien yang lebih besar daripada sekarang, kami melihat betapa pentingnya untuk ada beberapa perubahan dari segi strategi pemasaran...

In shaa Allah, dalam masa terdekat, akan ada perubahan yang lebih menyeluruh supaya keseluruhannya menjadi lebih eksklusif untuk kami menambah & membantu seberapa ramai mereka di luar sana yang ingin bersama-sama kami menjana pendapatan dengan menjadi Rakan Niaga kami...In Shaa Allah...

Dengan perubahan & pembaharuan yang akan berlaku dalam masa terdekat ini, saya yakin ia akan membuka lebih banyak peluang kepada kami & anda semua yang menjadi Rakan Niaga kami....

"For Things To Change, We Must Change First..."

Doakan kami ya! Ameen, In Shaa Allah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...