Nuffnang Ads

Tuesday, 31 July 2012

Hanya Allah yang Maha Penyembuh

Assalamualaikum

Saya pernah dengar ceramah Ust Azhar Idrus, barangsiapa yang yakin bahawa ubat dan doktor boleh menyembuh...sesungguhnya mereka telah mengsyirikkan Allah taala...di mana mereka yang syirik dan tidak bertaubat pada Allah taala dengan taubat nasuha maka akan dicampakkan dalam api neraka untuk selama-lamanya....Nauzubillah...

Ubat & Doktor adalah hanya tempat untuk kita berusaha, yang menyembuh hanya Allah.....dalilnya Nabi Allah Musa a.s pernah sakit...seingat saya sakit perut...Nabi Musa a.s telah mengadu pada Allah tentang sakitnya...lantas Allah memerintah Nabi Musa a.s memakan buah di belakang rumahnya....setelah makan sakit di perutnya terus sembuh....

Hari yang berikutnya, Nabi Musa a.s mengalami kesakitan perut yang sama...tanpa mengadu pada Allah, Nabi Musa a.s terus memakan buah di belakang rumahnya iaitu buah yang sama di makan sewaktu Nabi Musa a.s sakit perut sebelum ini.....

Selepas memakannya....sakit perutnya masih belum sembuh...Nabi Musa a.s hairan & terus mengadu pada Allah... Allah menjawab bahawa yang menyembuhkan kau sebelum ini wahai Musa adalah Aku....bukan buah tersebut...lalu, Nabi Musa a.s terus memohon ampun pada Allah taala...

Begitulah kita hidup di atas dunia...bila mana ditimpa kesakitan, kita harus YAKIN bahawa Allah sahaja yang boleh menyembuhkan kita....bukan Ubat mahupun Doktor....Allah & Rasul menyarankan kita terus berusaha berubat dan terus berubat bila sakit....bila sampai masa & Allah izin maka sembuhlah kita....

Berusaha & cuba adalah mesti dan jangan berputus asa sebab dengan usaha kita tu pun Allah taala janji mengganjarkan pahala....maka, janganlah kita merasa rugi dikala mencuba segala jenis ubat mahupun berubat dengan segala jenis perubatan...kerana Allah taala nak kasi pahala kepada kita dan kejayaan yang sebenar adalah kejayaan hakiki di negeri Akhirat nanti.... : )

Wassalam...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...