Setelah memandang dirinya yang tampak begitu indah dan sempurna, maka malaikat Jibrail pun berkata kepada Allah : “Wahai Rabbku, apakah Engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik daripada aku?”
Kemudian Allah pun menjawab pertanyaan malaikat Jibrail : “Tidak”.
Mendengar jawapan Allah, maka malaikat Jibrail pun berdiri dan
melakukan solat dua rakaat untuk bersyukur kepada Allah. Pada setiap
rakaat solat yang dikerjakan oleh malaikat Jibrail, dia menghabiskan
masa selama 20,000 tahun lamanya.
Setelah malaikat Jibrail selesai melaksanakan solatnya, kemudian Allah pun berfirman kepadanya :
“Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembahKu seperti
ibadah yang kamu lakukan, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang
seorang nabi yang mulia, yang paling Aku cintai bernama Muhammad. Dia
mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa.
Seandainya mereka mengerjakan solat dua rakaat walau hanya sebentar
dan dalam keadaan lupa serta serba kurang, dengan pikiran yang
melayang-layang dan dosa mereka pun besar, maka demi kemuliaanKu dan
ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai daripada
solatmu.
Hal tersebut kerana mereka telah mengerjakan solat itu atas
perintahKu sedangkan solat kamu bukan atas perintahKu”. (Sedanngkan Jibril, mendirikan Solat bukan dengan Perintah Allah)
Setelah mendengar hal tersebut, Jibrail pun kembali bertanya kepada Allah : “Ya Rabbku, apakah yang Engkau berikan kepada mereka sebagai ganjaran atas ibadah mereka kepadaMu?”
Maka Allah berfirman yang ertinya : “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal mereka”. Malaikat Jibril kemudian meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa tersebut.
Setelah Allah memberikan izin kepadanya, maka malaikat Jibrail pun
mengembangkan sayapnya dan terbang menuju syurga Ma’waa. Satu hayunan
sayap malaikat Jibrail adalah sama dengan jarak perjalanan selama 3000
tahun. Maka terbanglah malaikat Jibrail selama beberapa lama perjalanan,
malaikat Jibrail akhirnya kepenatan dan turun untuk singgah dan
berteduh di bawah sebuah pohon.
Di sana ia bersujud kepada Allah lalu
berkata : “Ya Rabbku, apakah aku telah menempuh setengah atau sepertiga atau seperempat dari perjalanan menuju ke syurga Ma’waa?”
Maka Allah pun berfirman : “Wahai Jibrail, meskipun kamu mampu terbang selama 3000 tahun dan
meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau
miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu
tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa puluhan yang telah
kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang
mereka kerjakan”. (SUBHANALLAH)
Sabda Rasulullah : “Sebelah kanan sayap Jibrail terdapat gambar syurga berserta dengan
segala isinya termasuk bidadari-bidadari, istana, pelayan dan sebagainya
manakala sayapnya yang sebelah kiri terdapat gambar neraka dan segala
isinya yang terdiri daripada beberapa macam ular yang cukup bisa, kala
jengking dan neraka yang bertingkat-tingkat serta penjaganya yang
terdiri daripada malaikat yang garang dan ganas yakni malaikat
Zabaniyah“.
Kata Rasulullah lagi : “Apabila telah sampai ajal seseorang itu, maka akan masuklah satu
kumpulan malaikat ke dalam lubang kecil pada badan manusia kemudian
mereka akan menarik rohnya dari kedua telapak kaki hingga lutut dan
mereka pun keluar. Setelah itu datang lagi sekumpulan malaikat masuk
menarik roh dari lutut ke perut. Begitulah seterusnya dari perut ke dada
dan dada ke kerongkongnya. Itu saat nazak seseorang”.
“Kalau orang yang nazak itu orang beriman, maka malaikat Jibrail akan
menebarkan sayapnya yang sebelah kanan sehingga orang itu dapat melihat
kedudukannya di syurga sehingga terlupa orang-orang di sekelilingnya.
Jika orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan
sayap sebelah kiri untuk menunjukkan tempatnya di neraka sehingga ia
menjadi sangat takut serta lupa kepada keluarganya”, kata Rasulullah.
Kita sebagai umat Islam mesti mengakui kebenaran ini dan ia adalah
sama seperti kita beriman kepada perkara ghaib. Tidaklah mustahil bagi
Allah untuk menciptakan segala sesuatu kerana Dia maha pencipta.
Cukuplah sekadar kita melihat langit yang tidak bertiang, bukankah ia
perkara mustahil bagi manusia untuk membuatnya?
Begitulah Mulianya kita dibangkitkan menjadi Umat Nabi Muhammad SAW...Walaupun Solat kita adalah Solat Umat yang lalai dan leka, tetapi ia dipandang tinggi di sisi Allah kerana kita adalah makhluk yang melakukan Ibadah semata2 kerana PERINTAH ALLAH & membuktikan juga bahawa betapa Cinta & Kasihnya Allah Taala terhadap mereka yang Mengerjakan PerintahNYA....Subhanallah...
JOM! bersungguh-sungguh untuk terus Bekerja di Kerajaan Allah Taala....
Rujukan & Sumber : Himpunan kisah-kisah teladan & http://www.myberita.com
No comments:
Post a Comment