Assalamualaikum....
Hari ini 31/12/12 merupakan hari terakhir kita semua berada di Tahun 2012...Saya bagi pihak HerbaMalays mengucapkan Selamat Tahun Baru dan Selamat Datang 2013...
Pada kesempatan ini juga saya memohon maaf kepada semua jika ada kekurangan dan kelemahan dari segi perkhidmatan kami selama anda semua berjual beli dengan kami...Moga-moga urusan jual beli kita selama ini dan akan datang, sentiasa diredhai dan diberkati oleh Allah Taala....
Diharapkan segala Perkongsian kami sepanjang tahun ini akan/telah memberi manfaat bersama sesama kita....Segalanya adalah Kisah Benar dari anda semua juga yang saya kongsikan/panjangkan untuk bacaan kepada mereka yang memerlukan....
Sentiasalah kita semua bermuhasabah diri apakah Kebaikan, Kebajikan, Usaha/Kudrat kita pada tahun 2012 yang telah kita sumbangkan untuk memberi manfaat kepada orang lain....
Sabda Nabi : "Barangsiapa yang tidak memperdulikan hal umat ku, maka mereka bukan di kalangan kami"....Subhanallah....
Justeru, sentiasalah kita fikir-fikirkan apakah Usaha kita untuk terus berada di kalangan Umat Nabi saw....Memang tak dinafikan kita sekarang ini, semuanya bergelar Umat Nabi saw, tapi adakah kekal kita di kalangan Umat Nabi saw di Padang Mahsyar dan Negeri Akhirat kelak....???(Dunia memang kita boleh claim sebagai Umat Nabi saw, tapi di "sana"?)
Kerana, takut-takut dengan sikap kita yang jarang memikirkan hal umat yang lain atau sentiasa mementingkan diri...Menyebabkan Nabi Saw meletakkan kita bukan di kalangannya di Akhirat kelak....Nauzubillah....
Saya sentiasa menasihatkan diri saya untuk berusaha mencari peluang dan ruang untuk membantu orang lain ikut kemampuan saya (Bila ada kemampuan bersegera untuk kongsikan pada orang lain), kerana Allah Taala tidak memandang kepada berjayanya setiap apa yang kita telah lakukan...Tapi, Allah Taala tanya apa USAHA yang telah kita lakukan....?
Walaupun USAHA saya kecil di sisi manusia, harapan saya ia akan dipandang besar di sisi Allah Taala.... (Sentiasa Bersangka Baik)...Amin, In Shaa Allah...Kerana, kalau nak dibandingkan dengan amalan Para Sahabat, saya kira 0.000000001% pun belum kita capai kerana pernah disebut Nabi SAW hebatnya IMAN Saidina Abu Bakar As-Siddiq adalah jika dikumpulkan Keimanan seluruh Penduduk Islam Madinah, nescaya ia tidak akan boleh menandingi Keimanan Saidina Abu Bakar yang seorang..(Dalam Madinah waktu tu ada ramai Sahabat-sahabat yang lain)..SUBHANALLAH!....
Jadi, apa Usaha kita nak mendapat Keredhaan Allah...?Kewajipan seharian kita terhadap Allah tak boleh tidak memang kita wajib laksanakan, cukup ke dengan amalan wajib yang kita laksanakan seharian sebagai ganti balas untuk mendapatkan Syurga kerana layaklah bagi Rabiatul Adawiyah untuk menduduki Syurga kerana beliau Solat Sunat Malam sehingga 300 rakaat setiap malam (Allah Taala redha & berkati beliau)..Subhanallah....Muhasabah Diri....
Dunia nak dibanding dengan Akhirat??? Ulama' pernah sebut : "Perbandingan antara Dunia dengan Akhirat adalah seperti kita celupkan 1 jari kita ke dalam lautan, maka air yang melekat di jari itulah Negeri Dunia, manakala air lautan yang meluas itu adalah Negeri Akhirat....." Subhanallah....
Kita nak capai taraf amalan Sahabat, memang kita akui kita ni umat yang lemah dah...Jadi, fikirkanlah pula usaha yang lain yang boleh kita harapkan supaya boleh dikira sebagai amalan yang kita boleh gantikan untuk mendapat redha Allah bagi menduduki Syurga Allah Taala....Kerana setiap amalan yang kita lakukan di atas muka bumi Allah ni adalah semata-mata untuk mendapat Keredhaan Allah, kerana tanpa Redha & Rahmat Allah Taala, apalah ertinya amalan kita......
Saya menyeru kepada diri saya dan semua supaya setiasalah berkasih sayang dan bantu membantu sesama kita, kerana tiada apa yang ruginya...Semuanya akan dihisab di hadapan Allah Taala di Padang Mahsyar nanti....Moga-moga sikap kita yang sentiasa memperdulikan hal orang lain yang positif, akan dikira sebagai besar di sisi Allah Taala (Sentiasa lah bersangka baik dengan Rahmat & Redha Allah Taala)...In Shaa Allah..
Selamat Menyambut Tahun Baru 2013!
Wassalam....
No comments:
Post a Comment