Nuffnang Ads

Monday, 11 November 2013

Sifat Adil Oleh Yang Maha Adil.....

Alhamdulillah, 3 minggu yang lepas saya diizinkan Allah untuk bersama-sama dalam Majlis Ilmu di Negeri Sembilan....Terasa amat rindu nak dengar Tok Guru syarah kitab tauhid...

Hari tu Tok Guru kami iaitu Ust Abdul Rahman telah mensyarahkan Kitab Tauhid Bab Asmaul Husna yang memang sangat menarik....

Paling saya ingat dan saya nak kongsikan di sini adalah tentang salah satu nama Allah iaitu Al-A'dl (Maha Adil)....

Ust kata : "Adil bukan maksudnya Saksama, tetapi Adil adalah bermaksud Meletakkan Sesuatu Pada Tempatnya...."

Ini bermakna, bila mana kita ditimpa ujian yang maha hebat, saksikanlah bahawa Allah Taala sedang mengkafarahkan dosa-dosa kita yang telah lalu.....Amal kita memang takkan sampai sehebat amalan Para Nabi, Para Sahabat, Para Tabien, Para Salafussoleh dan Orang-orang Soleh....Jadi, Allah timpakan ujian, bagi menjadi tempat @ sumber pahala kepada kita untuk menjadi bekal kepada kita di negeri Akhirat nanti jika kita bersabar dengan ujian tersebut....

Maknanya, Allah Taala timpakan segala ujian kepada kita adalah bersebab dan salah satu sebabnya adalah Allah nak ampunkan dosa kita, nikmat mana lagi yang lebih besar selain nikmat diampunkan segala dosa-dosa kita oleh Allah Taala..???....Allahu Akbar....

Allah meletakkan ujian kesusahan dan kesulitan itu kepada hambaNya yang kurang amalnya kerana Allah terlalu ingin berjumpa dengan hambaNya, namun apabila dosa menyelubungi diri, ia menjadi punca kita dihijab daripada bertemu dengan Illahi di Akhirat nanti....Nauzubillah...

Jadi, yakinlah kita semua dengan Allah Taala, bahawa :

"Setiap yang berlaku ada hikmahnya"

"Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia"

dan Allah Taala beri jaminan lagi.....

"Sesungguhnya Allah tidak menguji Hamba-Nya di luar kemampuannya..."

Percayalah pada Yang Maha Adil, kerana hanya Dia sahaja yang memahami keadaan diri kita melebihi kefahaman kita terhadap diri kita sendiri kerana hakikatnya Dialah Pemilik kepada Jiwa-jiwa dan Jasad hamba-Nya....Allahu Akbar....

Berbanggalah pada mereka-mereka yang mengalami Kesulitan, Kesusahan, Kesakitan dan apa-apa jua bencana atau musibah, kerana saya dan anda semua dipilih oleh Allah untuk dipersiapkan @ dibersihkan @ disucikan daripada segala dosa-dosa yang telah lalu supaya boleh untuk kita berjumpa dengan Allah Taala di Alam Akhirat nanti...In Shaa Allah....

Sebab tu Allah sebut : "Bila mana ditimpa musibah, katakanlah, daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali...."

Daripada Allah datangnya Kesihatan dan Kesulitan....Mesti sabar, dan pandanglah ujian tersebut sebagai Rahmat dari Allah Taala....

Saya pernah terdengar kisah seorang sahabat berdoa apabila ditimpa musibah : "Ya Allah, jika Engkau Suka dan Redha dengan ujian yang Engkau timpakan kepada aku ini, Kau teruskanlah Ya Allah....Sesungguhnya aku jua Redha...."

Muhasabahlah diri kita, adakah kita sanggup nak berdoa sedemikian....? Majoriti diri kita akan mohon pada Allah untuk dijauhkan segala Musibah dan Kesusahan sejauh-jauhnya kerana kita tak sanggup nak hadapi nya....Namun, di sudut lain yang lebih tersirat....

"ALLAH RINDUKAN RAYUAN & TANGISAN KITA, SEBAB ITU ALLAH TIMPAKAN UJIAN" 

dan yang paling besar.....

"ALLAH MAHU BERJUMPA DENGAN KITA DI AKHIRAT NANTI...."

(Ya Allah, persiapkanlah diri kami dengan secukup-cukup persiapan bagi membolehkan kami bertemu dengan Engkau dan Para Kekasih-Mu di Akhirat nanti...Allahumma Amin, Ya Rabbal Alamin...In Shaa Allah...)

عن  أبي هريرة رضي الله عنه ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
 )) مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا.. يُصِبْ مِنْهُ ((  
Mafhumnya:
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi Sallallahu alaihi wa alihi wasallam bersabda:

“Sesiapa yang Allah berkehendak dengannya kebaikan, nescaya diberi musibah kepadanya”

[Riwayat al-Bukhari]

Wassalam...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...