Apa itu Slipped Disc?
Slipped disc atau sakit tulang belakang secara ringkas
bermaksud tulang belakang yang “teralih” atau “mengelongsor dari kedudukan
asal. Struktur tulang belakang manusia, terdapat ‘jelly-like structure’
yang dipanggil ‘disc’. Disc ini bertindak sebagai pelindung atau kusyen pad diantara
tulang-tulang di bahagian tulang belakang.
Slipped Disc disebabkab oleh gel antara tulang yang
berfungsi menyerap tekanan telah bocor seterusnya mengakibatkan alihan. Jika
anda pernah berasa kebas, lemah, kejang atau sakit pada kaki apabila
menggerakkan bahagian belakang ketika duduk, mungkin anda berhadapan masalah
‘spinal stenosis’.
Antara aktiviti yang berisiko terjadinya slipped disc atau
sakit tulang belakang ialah :
1) Cara mengangkat beban yang salah
2) Duduk atau baring dalam keadaan postur badan yang tidak
betul
3) Membongkok terlalu lama
4) Mengangkat beban yang terlalu berat
5) Kecederaan ketika bersukan terutamanya bagi yang terlalu
ghairah mengangkat berat di gym.
Bagaimana Slipped Disc atau sakit tulang belakang terjadi?
Fungsi disc adalah sebagai penggalas dan penstabil tulang
belakang. Slipped disc berlaku apabila disc terkeluar dari kedudukan asal atau
normal dalam tulang belakang dan saraf tulang belakang, lalu menekan urat saraf
berhampiran. Disc berbentuk bulat seakan-akan sekeping cakera serta lembut
seolah-olah gel. Apabila disc ini pecah, disc akan bergerak ke belakang atau
terkeluar dari kedudukan asal seterusnya menekan urat saraf tulang belakang dan
pinggang.
Semoga Bermanfaat...
Sharing Is Sedekah...! : )
Sumber : www.ummiadni.com
No comments:
Post a Comment