DOKTOR,
saya selalu mengalami sakit belakang pada usia menjangkau 25 tahun ini. Adakah
saya mengalami osteoporosis. Adakah penyakit tulang ini boleh sembuh?
JAWAPAN:
Sakit
belakang adalah masalah biasa pada semua lapisan umur kecuali kanak-kanak.
Boleh dikatakan setiap orang akan mengalami sekurang-kurangnya sekali seumur
hidup. Jika masalah ini berlarutan, mereka yang mengalaminya perlu segera
berjumpa doktor. Setidak-tidaknya mereka perlu mendapatkan pandangan doktor
berkenaan punca sakit belakang yang dialami.
Kadang-kadang
sakit belakang boleh disebabkan oleh masalah biasa seperti mengangkat barang,
postur semasa bekerja di pejabat dan sebagainya. Apabila mengangkat barang,
ramai yang lazimnya membongkokkan badan, padahal mereka sepatutnya
membengkokkan kaki bagi gerak mengusung yang diperlukan. Pekerja pejabat pula
duduk di meja dan menghadap komputer berjam-jam tanpa regangan.
Walaupun
penyakit serius seperti kanser dan jangkitan kuman tulang belakang, jarang
berlaku dalam kalangan wanita muda namun penyakit lain yang juga boleh
menyebabkan sakit belakang seperti batu karang perlu dipertimbangkan. Pesakit
juga tidak patut bergantung kepada ubat penahan sakit kerana ia boleh
menyebabkan kesan sampingan dalam jangkamasa panjang seperti kerosakan pada
buah pinggang dan risiko mendapat sakit gastrik.
Penyakit
osteoporosis jarang berlaku dalam kalangan wanita muda tanpa penyebab lain yang
mungkin dialami pada masa sama. Faktor yang boleh meningkatkan risiko bagi
mendapat osteoporosis adalah dalam kalangan atlet profesional yang menggunakan
tenaga pada tahap optimum seperti pelari maraton, wanita kurang bersenam dan
diet kalsium yang rendah, wanita yang terlalu kurus dan memiliki kerangka
tulang badan kecil, wanita yang mempunyai sejarah keluarga menghidap
osteoporosis, wanita yang merokok, mengalami masalah penyerapan nutrien,
mempunyai aras hormon estrogen yang rendah mungkin disebabkan menopaus
pramatang (menopaus pada usia muda), rawatan kemoterapi dan mengalami
kekurangan vitamin D.
PerubahanSakit
belakang secara umumnya dibahagikan kepada dua kumpulan. Hampir 90 peratus kes
adalah dalam kumpulan 'fungsi' iaitu sakit belakang tanpa perubahan dikesan
dalam X-Ray atau Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI). Ramai daripada
pesakit ini wanita bekerja atau berumahtangga. Kebanyakan mereka bekerja dan
duduk di kerusi terlalu lama. Seperti yang saya telah maklumkan bahawa postur
duduk yang tidak sesuai menyumbang kepada sakit belakang.
Satu
lagi ciri kumpulan ini ialah mereka yang kurang bersenam atau aktiviti rekreasi
kerana sibuk dengan kerja pejabat dan rumah. Mereka tidak sihat secara fizikal
dan mental. Kepenatan, stres dan sedikit sebanyak tekanan menyebabkan mereka
merasa sakit belakang lebih daripada orang biasa. Kerja mengangkat benda berat
yang jarang dilakukan mencetuskan gejala sakit belakang yang teruk kerana
teknik yang salah dan kelemahan fizikal.
Dalam
pada itu, 10 peratus yang lain menghidap sakit belakang asli dengan perubahan
dikesan dalam X-Ray dan MRI. Kebanyakan mereka mengalami masalah kemerosotan
struktur tulang rawan tulang belakang yang dikenali sebagai degenerative
disk disease dan kadang kala slip disk (prolapse Intervertebral disk).
Disk
adalah tulang rawan di antara segmen-segmen tulang belakang. Ia berfungsi
sebagai penyerap hentakan dan membolehkan pergerakan (mobiliti) tulang
belakang. Ia merosot dengan umur iaitu disk kehilangan kelembapannya. Ini boleh
dikesan dengan MRI. Harus diingatkan bahawa bukan semua disk yang merosot
menyebabkan sakit belakang. Ini kerana slip disk berlaku apabila disk
yang merosot, menonjol dan menekan atas saraf tunjang. Tanda-tandanya adalah
sakit belakang yang diiringi oleh sakit menuju ke kaki dan bawah paras lutut.
Dari
pengamatan saya, insya-Allah sakit belakang yang dialami anda adalah tidak
serius kerana besar kemungkinannya disebabkan sakit belakang daripada kumpulan
pertama iaitu 'fungsi'. Sudah tentu sakit ini boleh sembuh. Ia bukanlah
disebabkan masalah osteoporosis. Elok berjumpa dengan doktor pakar tulang
(ortopedik) bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut dan sudah tentu rawatan yang
sewajarnya dapat diberikan.
Semoga Bermanfaat...
Sharing Is Sedekah...!
No comments:
Post a Comment