GOUT
Penyakit Gout
merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia.
Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420
μmol/L (7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout dan pasti ada
bagi penyakit gout walaupun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti
seseorang itu akan mengidap penyakit gaut.
GOUT
memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali
berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita
mengalami menopaus.
Apabila
gout
menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah
pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa
hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.
Gout
mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dulu dan dikatakan antara penyakit tertua.
Dulunya ia dipanggil penyakit orang kaya lantaran ia dikaitkan dengan
pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat.
Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang
dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang
terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu
lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.
Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan
hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga
dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke
sendi lain pada kaki dan tangan.
Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Robert
Penafort, punca sebenar masalah metabolik masih belum diketahui bagaimanapun
individu yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga
berisiko mendapat
gout.
Aras asid urik yang tinggi dikaitkan
dengan usia, obesiti, type IV hyperlipidaemia, diabetes mellitus, ischaemic
heart disease dan hypertension. Kadang kala, seseorang itu mewarisi kecacatan
genetik dari keluarga mereka.
Tisu lembut
Gout
boleh dibahagikan kepada empat peringkat; asimptomatik (tiada simptom), akut,
interkritikal dan kronik. Dalam kes akut, simptom
gout
berlaku secara cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada
beberapa sendi.
Manakala bagi peringkat kronik, serangan
gout
boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil polyarticular
gout.
Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang
mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam.
Pengumpulan asid ini boleh dilihat melalui kulit akibat
pembentukan bonjolan kecil yang dipanggil tophi. Pada keadaan yang lebih serius,
tophi yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.
“Selain kaki,
gout
juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain seperti buku lali, lutut, tangan
dan pergelangan tangan. Kesakitan boleh berlanjutan antara lima hingga 10 hari
mengikut keadaan pesakit. Sendi yang diserang
gout
akan bengkak, merah dan panas.
“Secara semula jadi asid urik akan larutkan dalam darah dan
disingkirkan daripada badan melalui air kencing. Adakalanya badan menghasilkan
terlalu banyak sehingga ia berkumpul menjadi kristal berbentuk jarum pada sendi
atau tisu sekelilingnya menyebabkan sendi bengkak dan sakit,” katanya.
Bagaimanapun, bukan semua sakit sendi disebabkan kristal asid
urik kerana pemendapan kalsium pirofosfat dihidrat juga boleh menyebabkan
kesakitan pada pergelangan kaki, lutut dan pergelangan tangan — yang dipanggil
gout
palsu atau pseudogout.
Tanda-tanda
Ciri-ciri klasik adalah sakit melampau (
excruciating pain ) yang mengejut biasanya bermula
hanya pada satu sendi, terutamanya ibu jari kaki
(75% daripada serangan pertama adalah sendi
metatarsal-phalangeal pertama).
FAKTOR RISIKO
· Jantina — Secara
umumnya, lelaki lebih berisiko mendapat
gout
pada kadar 90 peratus kes yang dilaporkan.
· Gaya hidup —
Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko
mendapat
gout.
·
Obesiti — Terutama bagi
individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan
normal.
· Penyakit, keadaan
kesihatan dan ubat — Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak
dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi)
dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan
gout.
Individu yang menjalani pembedahan atau
mendapat sakit tenat secara tiba-tiba dan terlantar lama juga boleh mengalami
peningkatan asid urik dalam badannya. Malah, ubat mengawal tekanan darah dan
kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan
pesakit.
· Genetik — Kajian
mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah
gout.
·
Umur — Biasanya
gout
menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30
hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus
haid.
Bila sepatutnya mendapatkan rawatan? Kata Dr Penafort,
apabila sendi berasa panas, bengkak dan sakit kerana jika tidak dirawat masalah
ini akan bertambah buruk serta boleh menyebabkan kerosakan sendi.
Malah, individu yang mengalami masalah kencing manis, obesiti,
anemia, pesakit buah pinggang atau pengambilan ubat yang mengganggu pengkumuhan
asid urik turut berisiko mendapat
gout.
.
Menurut Dr Penafort, asid urik biasanya disingkirkan daripada
badan melalui air kencing dan najis. Kegagalan badan mengeluarkan asid urik
berlebihan akan menyebabkan ia mendak dan berkumpul sama ada di sendi, buah
pinggang atau kulit.
Mewarisi
Gout
juga biasa dikaitkan dengan tabiat pemakanan tidak sihat dan seimbang. Walaupun
begitu, dalam sesetengah kes ia boleh diwarisi, terutama individu yang tiada
enzim untuk membuang asid urik.
Gout
juga boleh disebabkan masalah obesiti, gemuk, tekanan, kerosakan buah pinggang.
Bagi individu yang mempunyai masalah
gout,
mereka disarankan untuk berpantang sedikit dan menghindarkan makanan kaya purin
seperti bijirin, makanan laut, makanan berprotein tinggi, ikan bilis, minuman
keras, kicap, teh dan kopi. Sebaliknya, minum lebih banyak air masak
sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dan kerap bersenam.
Buat masa sekarang, tiada rawatan khas untuk menyembuhakan
gout
tetapi masalah ini boleh diatasi dan dikawal dengan mengambil ubat tahan sakit
seperti endometacin (indocid) dan diclofenac (voltaren).
Individu yang kerap mengalami serangan
gout
sebaik-baiknya mempunyai bekalan ubat allopurinol di rumah untuk mengimbangkan
paras asid urik dalam badan yang perlu diambil sepanjang hayat.
Beberapa ubat yang dicadangkan bagi rawatan jangka panjang
termasuk uricosuric (probenecid dan sulphinpyrazone).
Manakala untuk serangan mendadak,
pesakit boleh mengambil ubat antiinflamatori bukan steroid (NSAIDs), colchicine
(untuk serangan yang kurang kerap) dan corticosteroids.
Diagnosis
Diagnosis
tepat bagi gout adalah melalui microscopi ( fluid aspirated ) sendi dari
sendi (ujian ini mungkin sukar dilaksanakan) untuk membuktikan kristal
monosodium urate intrasellular dalam
cecair synovial
polymorphonuclear leukocytes.
Aras Serum urate biasanya meningkat.
Serum
urea dan
creatinine mungkin meningkat sekiranya
terdapat kegagalan ginjal.
Rawatan
Rawatan awal adalah penghilang sakit. Apabila
diognasa telah disahkan, dadah pilihan adalah ( colchicine, nonsteroidal
anti-inflammatory drugs (NSAIDs), atau intraarticular glucocorticoids )-(Dalam bahasa Inggeris).
Rawatan jangka panjang adalah terapi
antihyperuricemik. Perubahan permakanan mampu membuat perubahan kecil kepada
mengurangkan aras plasma urate jika diet rendah ( purines ) diambil.
Rawatan utama gaut adalah dadah
allopurinol, satu
pemendam xanthine oxidase, yang bertindak
dengan mengurangkan penghasilan asid urik, dan meningkat penyingkiran asid urik
berlebihan melalui air kencing.
Keputusan mengambil allopurinol sering kali
merupakan keputusan sepanjang hayat. Terdapat pesakit yang berhenti pengambilan
allopurinol diketahui kembali mendapat gaut arthritik akut, disebabkan
pertukaran aras serum urate kelihatannya meningkatkan penhasilan kristal.
Oleh kerana arterial hypertension
sering wujud seiring dengan gout rawatan yang diberikan dengan menggunakan
losartan, musuh penerima AT, mungkin
mempunyai kebaikan tambahan pada aras plasma asid urik. Dengan ini, losartan
boleh mengimbangi kesan sampangin negetif thizides pada metabolisma pesakit
gaut.
Menariknya, sejenis dadah lain,
fenofibrate, digunakan untuk merawat
hyperlipidemia, juga memberikan kesan baik pada kesan uricosuric.
Diet rendah Purine:
-
ceri
didapati mampu mengurangkan asid urik
-
strawberry juga dikatakan membawa kebaikan
sekiranya di makan.
- elakkan makanan tinggi
purine, iaitu yang berasal dari sumber
protin
- hadkan
daging kepada satu hidangan sehari
- Jangan makan
-
sweetbreads, buah pinggang,
hati,
otak, atau sebarang daging organ lain
-
sardin
-
ikan bilis
- hasil daging,
consommés, dan ( gravies )
- Guna secara berhemah:
-
asparagus,
kacang,
lentils, peas,
cendawan,
cauliflower,
spinach,
rhubarb
- Elakkan kurang air:
- Minum banyak
cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses
penyingkiran urate;
- Cuba elakkan
makanan atau ubat diuretik seperti
aspirin, vitamin C,
tea dan alkohol.
-
Joe-Pye weed menyingkir asid
urik dengan pantas, tetapi pengunaan berterusan boleh merosakkan
hati atau buah pinggang.
Selainnya, Herba Kampung CurmixPlus sangat membantu situasi Gout, info lanjut di
SINI
Sumber : Tayibah.com