Nuffnang Ads

Tuesday, 23 September 2014

Kutipan Sumbangan Qurban / Aqiqah & Sumbangan Pembinaan Masjid Di Kemboja....

Malam tadi Alhamdulillah telah selesai kutipan untuk sumbangan Qurban / Aqiqah & Pembinaan Masjid di Kemboja yang pernah saya war-war kan sebelum ini...

Alhamdulillah, di kalangan Pelanggan #HerbaMalays, Anda telah bersama saya menyumbang kepada tujuan ini...Terharu, walaupun tidak pernah bersua muka, hanya berjual beli di alam maya sahaja, Anda juga terpanggil untuk menyalurkan sumbangan untuk tujuan ini...Alhamdulillah, Izin Allah jua kerana jika tidak Allah jentikkan hati untuk tujuan ini, pasti kita takkan tergerak untuk menyumbang, kesemuanya adalah pilihan Allah SWT....

Untuk makluman, kutipan yang telah saya hantar bersama borang penyertaan & sumbangan kepada Guru saya iaitu Ust Abd Rahman adalah RM 5,300.00. Guru saya ini adalah individu yang dilantik oleh satu-satunya Gabenor beragama Islam di Kemboja untuk membantu mengumpul dana dari Malaysia bagi disumbangkan untuk pembinaan Masjid pertama negeri di Kg.Cham, Kemboja...

Usaha berterusan dilakukan sehingga hari ni bagi mengumpul dana tersebut, kos pembinaan Masjid tersebut adalah RM 1.2 Juta seperti yang saya pernah maklumkan sebelum ini, kini RM 700,000.00 +++ telah berjaya dikumpul, bermakna lagi RM 500,000.00 masih diperlukan...In Shaa ALLAH...

Walaupun tak seberapa sumbangan yang saya dapat kumpulkan, kurang-kurang ada sedikit usaha & keprihatinan di pihak saya, kerana Allah melihat kepada usaha seseorang HambaNya, kerana keputusan untuk jadi @ tidak sesuatu pekerjaan itu, terserah kepada Allah Taala...In Shaa Allah...

Daripada RM 5,300.00 tersebut, RM 2,000.00 disumbangkan untuk pembinaan Masjid daripada Pelanggan saya dari Ipoh, Perak, selebihnya adalah untuk tujuan Qurban & Aqiqah...

Jujurnya saya berbangga dengan keprihatinan keseluruh Pelanggan saya, mereka sangat sibuk mencari ruang untuk menyumbang, Subhanallah, doa saya supaya kita semua diberi ganjaran pahala yang berterusan yang seterusnya akan mendapat jemputan Allah Taala untuk menduduki Syurga yang tertinggi darjatnya & seterusnya dapat melihat Allah serta berada di kalangan Nabi & Rasul...Allahumma, Amin....In Shaa Allah...

In Shaa Allah, jika ada lagi peluang sebegini, pasti saya akan kongsikan kepada Anda lagi...In Shaa Allah...

Sebarang pertanyaan untuk sumbangan ini, sila Call / SMS / Whatsapps ke 013 356 6177...In Shaa Allah...

P/s : Apa erti hidup jika tiada manfaatnya, apa erti mati jika tidak bertemu dengan Allah & RasulNya, apa erti bekerja jika tiada tahu tujuannya. Pastinya tujuan kita sebagai HambaNya adalah Negeri Akhirat yang Kekal Abadi...In Shaa ALLAH....!

Main Air Di Morib Gold Coast Water Theme Park....

Minggu lepas Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk bawa anak & isteri pergi ke Morib Gold Coast, tak plan pun nak pergi, cuma saja nak bawa Uwais main air, mulanya nak ke Melaka, tapi bila search    pakcik google ada yang lebih dekat...Alhamdulillah...

Mulanya search ke satu blog Hamba Allah ni (Lupe apa nama blognya, kalau tak boleh kongsikan link di sini...huhu), bila baca blog beliau, macam seronok pulak kalau dapat pergi, beliau kongsikan link ini untuk booking --->>> tekan sini

Harga pun agak ok, saya book untuk 2 hari 1 malam, siap Dinner + Breakfast RM 198.00, disebabkan pergi waktu cuti sekolah, ada tambahan RM 50.00, jadi total RM 248.00...huhu...Harga tu siap main air sekali la tu, kalau kanak-kanak 2 tahun hingga 12 tahun, kena tambah bayar RM 20.00 setiap seorang...

Kalau yang takda pakej dinner, RM 168.00 sahaja siap breakfast (cuti sekolah tambah RM 50.00).

Actually, seumur hidup saya, itu lah kali pertama saya pergi Water Theme Park, jadi tak tahu sangat pasal harga-harga ni, bila rasa agak berpatutan tu, terus sapu jela, lagipun memang dah lama teringin nak bawa Uwais pergi, nak bantu Uwais hilangkan rasa gayatnya... : )

Perjalanan ke sana dari Putrajaya ambil masa kurang 1 jam...


Alhamdulillah, sampai terus check in dan bergolek di atas katil 'bergomol' dengan si kecik Uwais ni...huhu


Pemandangan dari atas bilik Hotel (Sana panggil Studio)....


Sampai sana dalam pukul 3 petang lebih kurang, agak terik sikit, jadi kami main air pun lepas Solat Asar...


Nak kata main air sangat tu tak la, sebab Uwais pun gayat semacam bila turun gelongsor...huhu...Tapi, memang seronok la dapat stop sekejap otak saya ni asyik fikir bisnes sahaja, kadang idea baru susah nak masuk, 2 hari 1 malam tu memang lupakan sekejap la tentang kerja...Alhamdulillah, nikmat & rezeki Allah beri, baik untuk kita gunakan... : )


Masa mula-mula nampak orang main air...hehe..




Yang ni lepas mandi, cejuuukkkk.... : )


Yang best, dalam Studio ada Jakuzi...Hehe...Jakun sikit sebab tak pernah guna...hihi


Dinner di sini agak class jugak rupanya, nasib ambil pakej ada dinner, kalau tak satu hal kena keluar cari kedai makan, dah penat-penat main, memang tak larat nak keluar dah semata-mata cari kedai makan...hehe...



Tuan kecik Muhammad Uwais Ukasyah memang sila panggung, tu pun kejap je, lepas tu terlentang tidur (penat main air kut...hehe)....




Esoknya selepas sarapan, pergi jalan jap di Pantai Morib, air tak berapa cantik untuk mandi, berjalan jela di sini... :)


Esoknya dalam pukul 12 tgh terus check out, tengah beratur, nampak benda ni, ingatkan apa, rupanya 'Lychee Tree' berusia 200 tahun yang mahu dijual pada harga RM 30,000.00...Wallau A'lam betul ke tidak dah 200 Tahun, mungkin betul la kan...

Keseluruhannya, agak menyeronokkan juga percutian di sini, cuma permainan semuanya tu kebanyakannya untuk kanak-kanak, yang dah dewasa tu jadi peneman sahaja lah, tapi okla kan untuk saya ni yang first time...Alhamdulillah, ada masa mungkin kami akan pergi lagi...In Shaa Allah... : )

Wassalam...

Sunday, 21 September 2014

Qurban Di Kampung Cham, Vietnam....

Tahun ni In Shaa Allah, saya akan menyertai bahagian Lembu Qurban yang akan disumbangkan 100% kepada Penduduk Kampung Cham, Vietnam...

Tahun lepas dapat sertai 1 bahagian semasa masih bertugas di UiTM, Dungun, tak silap tahun lepas di sana RM 500.00. Alhamdulillah, walaupun last minit, Allah aturkan juga saya untuk boleh berqurban di UiTM Dungun...

Actually, tak plan pun nak berqurban di Vietnam, tapi beberapa minggu lepas, iaitu selepas habis pengajian kitab di Paroi, Negeri Sembilan bersama Tn Guru saya iaitu Ust Abd Rahman, beliau menjelaskan betapa perlu untuk kita berqurban di sana selepas beliau menghadiri beberapa siri rombongan bagi menziarahi saudara seislam kita di sana....

Di Malaysia, boleh dikatakan Rakyat kita agak mewah dari segi makanan, namun tidak seperti di daerah Kampong Cham, Vietnam yang majoriti mereka terpaksa catu makanan untuk makan...Subhanallah...

Selain itu, tempat berteduh pun mereka hanya mendirikannya menggunakan tiang kayu & beratapkan plastik sahaja...Subhanallah....Allahu Akbar....Memang meremang bulu roma saya bila membuka cerita sebegini...Allah...

Jadi, amatlah perlu untuk kita di sini, berqurban di sana kerana sedikit sebanyak kita boleh menyumbang daging Qurban kepada mereka untuk dimakan...Tak mahal pun, RM 230 / bahagian, namun walaupun tak semahal kita di sini, namun nilai RM 230.00 tersebut mungkin sangat besar untuk mereka...Subhanallah...

Selain berqurban, penduduk di sana juga memerlukan Dana untuk pembangunan Masjid Negeri pertama mereka, Dana yang diperlukan tak silap saya RM 1.2 Juta...

Wakil yang bertanggungjawab mengumpul Dana tersebut ke Malaysia adalah Ust Punyamin, semasa kunjungan Ust Punyamin ke Malaysia beberapa bulan yang lepas, beliau mengatakan bahawa kumpulan yang mengumpul dana tersebut telah pusing satu Malaysia, namun hanya beberapa ribu sahaja yang terkumpul sepanjang jelajah mereka tersebut...

Izin Allah, Ust Punyamin telah bertemu dengan Tn Guru saya iaitu Ust Abd Rahman di Seremban & Ust Abd Rahman telah bersetuju untuk membantu Ust Punyamin mengumpul dana tersebut....Alhamdulillah, kurang 1 minggu di Seremban, dana yang terkumpul melalui penduduk Seremban sahaja adalah lebih kurang RM 200,000.00...Subhanallah, Alhamdulillah...

Sebelum, Ust Punyamin berangkat pulang ke Seremban waktu tu, Ust Abd Rahman telah menjemput Ust Punyamin untuk berkongsi cerita tentang aktiviti mengumpul dana yang sedang dijalankan oleh pihak beliau untuk pembangunan Masjid tersebut....

Antara yang saya masih ingat ialah, Ust Punyamin mengatakan bahawa di Vietnam langsung tiada lagi tinggal Alim Ulama' seperti di Malaysia, yang tinggal hanya golongan Ust muda seperti mereka, ia terjadi sewaktu zaman pemerintahan penjajah...

Sewaktu pemerintahan Penjajah, seluruh rakyat Vietnam telah dikerah sebagai Buruh Kasar, termasuklah golongan Alim Ulama'. Untuk menghapuskan golongan Alim Ulama', Penjajah telah memperdaya golongan Ulama' degan memberi tawaran supaya tidak bekerja sebagai Buruh Kasar lagi. Alim Ulama' diberi pilihan untuk menjadi tenaga pengajar kepada rakyat Vietnam...

Penjajah telah mengumpulkan keseluruh Alim Ulama' di suatu tempat & bertanya : "Masih ada lagi Ulama' yang ingin menjadi Tenaga Pengajar?". Selepas disahkan tiada seorang pun Ulama' yang tinggal, mereka semua ditembak & dibunuh, disebabkan itulah langsung tiada lagi Alim Ulama' di sana...Allahu Akbar...!

Jutseru, golongan muda seperti Ust Punyamin diberi tanggungjawab untuk membangunkan semula Islam di Vietnam & mereka memulakan dengan perancangan membina Masjid pertama Negeri di daerah Kampung Cham, Vietnam yang memerlukan dana RM 1.2 Juta...

Kita sedia maklum, bahawa Perdana Menteri Vietnam beragama Buddha. Semasa sesi pertemuan antara Perdana Menteri dengan Gabenor Kampung Cham (Satu-satunya Gabenor beragama Islam), Perdana Menteri telah bersetuju untuk Masjid tersebut dibina, namun tiada satu sen dana bantuan akan disalurkan, bermakna Ust Punyamin dan pasukannya perlu berusaha mencari dana sendiri...Subhanallah...

Alhamdulillah, minggu lepas, selepas kelas pengajian mingguan di Paroi, Negeri Sembilan, Ust Abd Rahman mengatakan dana yang telah terkumpul adalah RM 700,000.00 lebih kurang, bermakna ada RM 500,000.00 masih diperlukan...

Saya juga terpanggil untuk menulis bagi memohon bantuan dana tersebut...In Shaa Allah...

Untuk Qurban, saya telah offer kepada Pelanggan saya yang berminat untuk menyertainya, Alhamdulillah, 5 bahagian telah terisi, masih ada 2 lagi kekosongan...Ada yang berminat untuk 2 bahagian lagi?

Selain tawaran berqurban, saya juga ada offer kepada Pelanggan saya yang berminat untuk menyumbang kepada pembangunan Masjid tersebut. Alhamdulillah, ada seorang Pelanggan yang berminat menyumbang RM 2,000.00...

Walaupun tak pernah berjumpa, berjual beli di alam maya sahaja....Alhamdulillah, Allah pilih mereka untuk sama-sama menyumbang kepada saudara seislam kita di Vietnam berwakilkan saya...Syukur Alhamdulillah...

Jika ada yang masih berminat untuk menyumbang, boleh hubungi saya @ terus kepada Ust Abd Rahman di Seremban, Negeri Sembilan...Call/SMS saya dahulu di 013 356 6177, nanti saya beri no.tel Ust Abd Rahman...In Shaa Allah...

Wallahu A'lam...

Wednesday, 13 August 2014

Menangis Kerana Allah Taala...

Kadang-kadang saya terfikir, bagaimanakah keadaan saya apabila dijemput Allah nanti, adakah dalam keadaan baik atau dalam keadaan buruk...Allah & Rasul janji, sesiapa yang banyak menangis di dunia, maka orang itu akan banyak bergembira di 'sana'...Allah, berapa banyak pula waktu kita menangis betul-betul kerana Allah....

Kerana bila Muhasabah Diri semula, kita ni banyak menangis kerana Dunia...Allah...

Saya pernah diajar oleh rakan mengaji saya bahawa, untuk sampai ke peringkat menangis kepada Allah, banyakkanlah menangis untuk Dunia dahulu, contohnya menangis kerana kehilangan kedua ibu bapa, adik beradik & sebagainya kerana ia melatih diri kita untuk lebih bersedia menangis kerana Allah Taala...

Satu lagi perkongsian artikel blog daripada Sahabat saya yang lain, beliau melatih diri beliau dengan menangis bilamana beliau bangun Bertahajjud kepada Allah SWT, di malam hari yang sunyi sepi lagi hening, beliau menangis dan merayu serta berharap kepada Allah Taala...

Beliau kongsikan, pada mulanya bukan senang untuk melatih diri menangis dengan sebenar-benar tangisan mengharap keampunan dari Allah Taala, tapi beliau tetap cuba & usaha mencari jalan untuk tetap menangis di tikar sejadah sewaktu bertahajjud kepada Allah & beliau memulakannya dengan memperdengarkan telinga beliau sewaktu mengangkat tangan berdoa kepada Allah dengan lag-lagu nasyid/zikir yang menyedihkan jiwa & hatinya...Contoh macam lagu, Air Mata Keinsafan, Taubat ke apa-apa ke....Alhamdulillah, sangat-sangat berkesan untuk memaksa air mata keluar bagi menyahut seruan Allah & Rasul supaya banyak-banyakkanlah menangis...Allah...

Kurang-kurang mereka ada usaha untuk ke arah itu, apakah usaha saya & anda?

Tiada jawapan lain, usahalah mencari peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui "Tip2" yang sememangnya terlalu banyak telah dikongsikan oleh Junjungan Baginda Rasulullah SAW beribu2 tahun dahulu, sama ada kita nak ikut atau tak sahaja...

Hidayah & Petunjuk Allah sebenarnya telah ada & terlalu banyak, kita tahu sesuatu yang baik itu baik untuk dilakukan atau dibuat, tapi kita malas atau tak mampu nak buat....

Itulah TAUFIQ....

Perbanyakkanlah Doa memohon Taufiq supaya kita diberi kekuatan untuk terus mengikut Sunnah Allah & Rasul...

Doalah jua, moga2 Allah beri kekuatan/taufiq kepada kita semua untuk betul-betul berada pada jalan yang Allah Redha & moga2 juga asbab daripada itu, kita akan dikumpulkan oleh Allah Taala melalui RahmatNya bersama dengan Para Rasul & Nabi serta Para Sahabat...Amin...Amin...In Shaa Allah...

Semoga Bermanfaat...saya bukanlah siapa2, cuma hanya ingin berkongsi apa yang saya tahu & apa yang berada jauh di lubuk hati saya...In Shaa Allah...

Saturday, 10 May 2014

Gejala Sakit Lutut

SAKIT LUTUT adalah arthritis yang paling kerap dialami oleh masyarakat kita. Ramai yang tertanya-tanya kenapa mereka mendapat sakit lutut. Ada yang menyangka mungkin kerana faktor genetik kerana arwah emaknya dulu menderita sakit lutut juga. Ramai yang maseh tercari-cari penawarnya setelah bertahun-tahun menderita sakit lutut. Berurut adalah perkara yang paling lazim dilakukan apabila orang mengalami sakit lutut. Ramai yang telah pergi banyak tempat untuk  berurut, berbomoh, rawatan 'Sinseh' dan termasuk juga bedah 'Batin' tetapi sakit lutut tidak juga berkurangan, malah sebilang tahun semaking teruk.

Soal pergi ke Klinik Swasta, Klinik kerajaan, hospital swasta ataupun hospital kerajaan memang sudah puas dan jemu dengan memakan ubat penahan sakit tetapi sakit lutut tetap semakin teruk. Berjumpa pakar doktor orthopaedic juga tidak mampu mengurangi atau membaik pulih sakit lutut malah rawatan tetap dengan ubat NSAID (penahan sakit).

Akhirnya penderita sakit lutut ini berkesudahan dengan 3 keputusan akhir. Kumpulan yang Pertama adalah yang sudah kecewa dan menerima sahaja hakikat bahawa sakit lutut sebagai takdir untuk mereka. Yang pasti meraka ini telah berusaha semua cara-cara diatas tetapi tidak mahu melakukan pembedahan tukar lutut palsu. Mereka ini bertahan dengan memakan ubat penahan sakit sahaja dan biasanya juga mereka ini akan mengalami sakit gastrik juga sebagai kesan sampingan dari ubat penahan sakit tersebut.

Kumpulan Kedua  adalah yang terperangkap dengan steroid. Ini sering terjadi apabila pergi ke klinik-klinik swasta yang kurang bertanggungjawab dan pesakit lutut akan diberikan suntikan 'steroid' yang kuat seperti 'Diprospan'. Pesakit lutut akan berasa kuat dan lebih sihat untuk tempoh 3 ke 4 bulan dan selepas itu sakit bertambah kuat lagi. Setelah 3 ke 4 kali suntikan pasti keadaan pesakit akan mula berubah dengan berbagai komplikasi yang dipanggil 'Cushing Syndrome'. Ada juga sebahagian pesakit yang diberikan steroid oleh 'Sinseh' ataupun memakan ubat-ubat sakit lutut yang di jual dikedai-kedai cina ataupun ramai juga yang mengambil steroid melalui jamu-jamu tempatan atau dari Indonesia yang tiada kelulusan KKM. Kumpulan ini biasanya lebih malang dengan berbagai -bagai penderitaan seperti kencing manis dan darah tinggi yang  tidak terkawal dan sakit lutut yang lebih teruk.

Kumpulan Ketiga adalah yang mampu dan bersetuju dengan pakar orthopaedic untuk pembedahan 'TKR' (Total Knee Replacement Therapy"). Biasanya mereka yang terlalu tua ataupun terlalu gemuk tidak sesuai untuk pembedahan TKR. Setelah  pembedahan mereka tidak boleh lagi membengkokkan lutut mereka lebih dari 90 darjah . Ada juga kumpulan ini yang kurang bernasib baik dengan terpaksa menjalani pembedahan berulang 2 ke 3 kali kerana berbagai komplikasi seperti infeksi, screw terbuka/longgar, alat dislocated atau berbagai lagi alasan. Kos rawaatn TKR ini adalah mahal dan boleh mencecah RM 20 ribu ke RM 40 ribu untuk sebelah lutut. Kesakitan setelah TKR hanya akan diberi ubat penahan sakit juga.


Sebenar nya sakit lutut tidak seharusnya melalui atau sampai kepada salah satu daripada tiga kumpulan diatas sekiranya pemahaman punca sakit lutut, langkah-langkah pencegahan dan rawatan yang betul dapat dilakukan dari peringkat awal.



PUNCA SAKIT LUTUT

Punca asal kepada masalah sakit lutut adalah akibat dari 'kecederaan'. Kecederaan boleh berlaku kepada tisu-tisu di sendi kita pada bila-bila masa sahaja terutama sekali sendi belakang dan sendi lutut kita yang sentiasa terpaksa menampung berat badan kita. Sebarang pergerakan dan aktibiti kita boleh menyebabkan  kecederaan kepada tissu-tisu fibers, fascia, tendon ataupun ligament di sendi. Kebanyakan kecederaan ini hanya melibatkan tisu-tisu diluar kapsul sendi sahaja. Hanya kecederaan yang terlalu kuat sahaja yang boleh mencederakan struktur di dalam kapsul sendi seperti cartilage, ACL, PCL dan  tulang-tulang diantara permukaan sendi.

Kecederaan tisu-tisu lutut diluar kapsul sendi yang minor ini tidak akan kelihatan dengan X-Ray ataupun dengan MRI. Pengambilan ubat penahan sakit yang diberi oleh semua doktor biasa ataupun pakar akan merencatkan proses pemulihan nya dan akhirnya inilah yang menyebabkan sakit lutut yang sedikit tadi  akan berterusan dan menjadi kronik.

PENCEGAHAN SAKIT LUTUT

Pencegahan sakit lutut dapat dilakukan dengan berbagai cara. Yang pertama sekali adalah mencegah dari berlakunya sebarang  kecederaan iaitu dengan berhati-hati dalam pergerakan dan aktiviti kita.  Untuk melakukan aktiviti lasak tertentu perlu memakai alat-alat pelindung keselamatan seperti 'knee guard' untuk berbasikal, 'knee protector' untuk bermain hoki dan bola. Pakaian yang bersesuaian dengan kerja atau aktiviti yang bakal dilakukan dapat membantu mencegah kepada kecederaan lutut. Contoh lain adalah 'Back support' adalah mustahak untuk mengangkat barang-barang berat. Cara melakukan kerja ataupun aktiviti yang betul sudah tentu dapat mencegah dari berlakunya sebarang kecederaan. Antara lain kasut yang direka khusus untuk berjogging sudah pasti dapat membantu menyerap hentakkan semasa berjogging dan mengurangi risiko kecederaan kepada lutut. Kasut untuk berlari, bermain tenis, bermain golf, berbasikal, mendaki gunung, bermain bola dan lain-lain adalah direka khusus untuk mengurangkan risiko kepada penggunanya.

Apakah yang harus anda lakukan apabila berlaku kecederaan kepada lutut yang biasanya di tunjukkan dengan rasa sakit di lutut? Kebanyakan daripada kita sedia maklum bahawa konsep asas untuk merawat sebarang kecederaan adalah 'RICE' iaitu 'R' adalah untut 'rest' bagi merehatkan ataupun mengurangkan pergerakan di tempat kecederaan, 'I' adalah sengkatan untuk 'ice' iaitu gunakan ice untuk mengurangkan kesakitan ditempat yang tercedera, 'C' adalah sengkatan 'compression' bagi menekan tempat yang tercedera supaya kurang bengkan dan perdarahan dan 'E' adalah 'elevation' iaitu mengangkat lebih tinggi tempat yang tercedera. Keselurohan konsept 'RICE' ini adalah bertujuan mengurangi proses inflammasi setempat  seperti 'Ice' akan merangsang 'vasoconstriction' dan pengecuttan saluran darah ini secara langsung mengurangi pengaliran darah dan oksigen ketempat yang tercedera. Konsep 'RICE' ini hanya sesuai untuk kecederaan biasa yang tidak melibatkan kepada tisu-tisu ligament, tendon, fibers dan  fascia. Ini diterukkan lagi dengan pengambilan ubat 'NSAID' iaitu 'Non Steroidal Anti Inflammatory'. Proses 'MEAT' dan 'NSAID' akan mengurangkan aliran darah dan meminimakan proses inflammasi ditempat yang tercedera sehinggakan tisu-tisu ligament, tendon, fibers dan fascia yang cedera tidak dapat puleh sepenuhnya dan akan sakit berterusan.

Kecederaan yang melibatkan sendi adalah lebih sesuai digunakan konsep 'MEAT' iaitu 'Movement Exercise Analgesic Treatment'. Dalam hal ini sendi yang cedera perlu digerakkan dan dibantu dengan senaman sendi tertentu serta mengambil ubat-ubat analgesic saja seperti papase dan mendapatkan rawatan spesific untuk kecederaan tersebut. Konsep 'MEAT' adalah untuk merangsang dan menggalakkan proses inflamasi setempat supaya darah dapat mengalir dengan lancar ketempat tercedera bagi membekalkan lebih banyak oksigen dan nutrisi serta mengalirkan bahan-bahan buangan keluar. Pergerakan sendi yang cedera adalah sangat mustahak sebab ligament di sendi tidak mempunyai sularan darah, mereka hanya mendapat bekalan oksigen dan nutrisi melalui proses ' sequestration' iaitu proses perahan yang berlaku semasa pergerakan sendi sahaja. Sebab itu lah lagi cepat Physiotherapy dilakukan lagi cepat pemulihan sendi berlaku.


RAWATAN KECEDERAAN SENDI


Rawatan yang betul adalah sebarang rawatan yang tidak menghalang atau menganggu proses pemulihan itu sendiri. Merehatkan sendi tercedera, menggunakan Ice, menggunakan bandages yang ketat dan mengambil ubat penahan sakit adalah tidak sesuai untuk kecederaan sendi. Physiotherapy atau berurut dengan betul adalah digalakkan secepatnya untuk kecederaan sendi. Rawatan yang tepat dan terbaik untuk sebarang kecederaan sendi adalah PROLOTHERAPY. Rawatan prolotherapy adalah selari dan bersesuaian dengan konsep 'MEAT' iaitu merangsang dan mengalakkan proses inflammasi setempat untuk kes-kes yang akut dan juga yang kronik.

Semoga Memberi Manfaat... :)

SUMBER : http://drprolotherapy.blogspot.com/2012/04/sakit-lutut-prolotherapy.html

Friday, 9 May 2014

Sakit Belakang Di Usia Muda....

DOKTOR, saya selalu mengalami sakit belakang pada usia menjangkau 25 tahun ini. Adakah saya mengalami osteoporosis. Adakah penyakit tulang ini boleh sembuh?

JAWAPAN:

Sakit belakang adalah masalah biasa pada semua lapisan umur kecuali kanak-kanak. Boleh dikatakan setiap orang akan mengalami sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Jika masalah ini berlarutan, mereka yang mengalaminya perlu segera berjumpa doktor. Setidak-tidaknya mereka perlu mendapatkan pandangan doktor berkenaan punca sakit belakang yang dialami.



Kadang-kadang sakit belakang boleh disebabkan oleh masalah biasa seperti mengangkat barang, postur semasa bekerja di pejabat dan sebagainya. Apabila mengangkat barang, ramai yang lazimnya membongkokkan badan, padahal mereka sepatutnya membengkokkan kaki bagi gerak mengusung yang diperlukan. Pekerja pejabat pula duduk di meja dan menghadap komputer berjam-jam tanpa regangan.

Walaupun penyakit serius seperti kanser dan jangkitan kuman tulang belakang, jarang berlaku dalam kalangan wanita muda namun penyakit lain yang juga boleh menyebabkan sakit belakang seperti batu karang perlu dipertimbangkan. Pesakit juga tidak patut bergantung kepada ubat penahan sakit kerana ia boleh menyebabkan kesan sampingan dalam jangkamasa panjang seperti kerosakan pada buah pinggang dan risiko mendapat sakit gastrik.

Penyakit osteoporosis jarang berlaku dalam kalangan wanita muda tanpa penyebab lain yang mungkin dialami pada masa sama. Faktor yang boleh meningkatkan risiko bagi mendapat osteoporosis adalah dalam kalangan atlet profesional yang menggunakan tenaga pada tahap optimum seperti pelari maraton, wanita kurang bersenam dan diet kalsium yang rendah, wanita yang terlalu kurus dan memiliki kerangka tulang badan kecil, wanita yang mempunyai sejarah keluarga menghidap osteoporosis, wanita yang merokok, mengalami masalah penyerapan nutrien, mempunyai aras hormon estrogen yang rendah mungkin disebabkan menopaus pramatang (menopaus pada usia muda), rawatan kemoterapi dan mengalami kekurangan vitamin D.



PerubahanSakit belakang secara umumnya dibahagikan kepada dua kumpulan. Hampir 90 peratus kes adalah dalam kumpulan 'fungsi' iaitu sakit belakang tanpa perubahan dikesan dalam X-Ray atau Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI). Ramai daripada pesakit ini wanita bekerja atau berumahtangga. Kebanyakan mereka bekerja dan duduk di kerusi terlalu lama. Seperti yang saya telah maklumkan bahawa postur duduk yang tidak sesuai menyumbang kepada sakit belakang.

Satu lagi ciri kumpulan ini ialah mereka yang kurang bersenam atau aktiviti rekreasi kerana sibuk dengan kerja pejabat dan rumah. Mereka tidak sihat secara fizikal dan mental. Kepenatan, stres dan sedikit sebanyak tekanan menyebabkan mereka merasa sakit belakang lebih daripada orang biasa. Kerja mengangkat benda berat yang jarang dilakukan mencetuskan gejala sakit belakang yang teruk kerana teknik yang salah dan kelemahan fizikal.

Dalam pada itu, 10 peratus yang lain menghidap sakit belakang asli dengan perubahan dikesan dalam X-Ray dan MRI. Kebanyakan mereka mengalami masalah kemerosotan struktur tulang rawan tulang belakang yang dikenali sebagai degenerative disk disease dan kadang kala slip disk (prolapse Intervertebral disk).

Disk adalah tulang rawan di antara segmen-segmen tulang belakang. Ia berfungsi sebagai penyerap hentakan dan membolehkan pergerakan (mobiliti) tulang belakang. Ia merosot dengan umur iaitu disk kehilangan kelembapannya. Ini boleh dikesan dengan MRI. Harus diingatkan bahawa bukan semua disk yang merosot menyebabkan sakit belakang. Ini kerana slip disk berlaku apabila disk yang merosot, menonjol dan menekan atas saraf tunjang. Tanda-tandanya adalah sakit belakang yang diiringi oleh sakit menuju ke kaki dan bawah paras lutut.

Dari pengamatan saya, insya-Allah sakit belakang yang dialami anda adalah tidak serius kerana besar kemungkinannya disebabkan sakit belakang daripada kumpulan pertama iaitu 'fungsi'. Sudah tentu sakit ini boleh sembuh. Ia bukanlah disebabkan masalah osteoporosis. Elok berjumpa dengan doktor pakar tulang (ortopedik) bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut dan sudah tentu rawatan yang sewajarnya dapat diberikan.

Semoga Bermanfaat...

Sharing Is Sedekah...!

Thursday, 1 May 2014

Urat Saraf ATAU Urat VS Saraf...?

Ramai yang percaya bahawa Urat & Saraf itu adalah entiti yang sama, sebenarnya TIDAK....

Urat adalah apa yang boleh kita lihat & nampak dengan mata kasar & jikalau berlaku kemalangan seperti terseliuh atau tergeliat serta segala macam kecederaan yang lain, memang diakui ramai Pakar Tukang Urut di luar sana yang boleh membuat urutan untuk membetulkan kedaan @ kedudukan Urat tersebut untuk berada pada kedudukan asal semula...

Namun, tidak mudah untuk Saraf, kerana ia tersangatlah SENI & HALUS serta jumlahnya adalah berpuluh-puluh ribu dalam Sistem Badan kita, fungsinya lebih complicated untuk dibicarakan, kerana jika satu sahaja Saraf yang terlibat dalam kecederaan, maka implikasinya sangatlah buruk kerana jika satu saraf yang rosak itu berfungsi sebagai penghantar maklumat kepada otak untuk pergerakan jari, maka jari berkemungkinan tidak boleh bergerak kerana kerosakan penghantar maklumat yang satu ini....

Hebat kan Allah SWT dalam penciptaanNYA? Itu baru satu sahaja Saraf yang terlibat, bagaimana kalau 10?100?1000 dan seterus @ sebagainya? Subhanallah...Masha Allah....

Jadi, ada ke Tukang Urut yang boleh mengurut Saraf?Jawapannya ADA, pasti ADA, kerana tidak Allah jadikan penyakit melainkan bersama-samanya ada penawar...Betul? Namun, tersangat lah kurang, boleh kata 1 dalam 10,000, 1 dalam 100,000...Saya pun tak tahu siapa yang boleh....Cuma saya pernah terbaca dalam satu blog, ada seorang Pakar Saraf (Bukan Doktor) di Cheras...Alhamdulillah...

Urat pulak, selalunya kalau tercedera akan menyebabkan berlakunya kebengkakan, jadi macam mana nak urut kalau tengah membengkak? Kalau nak tunggu surut sampai bila?Kalau Urat tu terselit di mana-mana celah pelipat atau sebalik mana-mana Sistem Anggota Badan kita yang sebelah dalam dan tak nampak, macam mana pulak nak urut tu kan...?

Macam saya sebutkan tadi, Allah takkan turunkan penyakit, melainkan bersamanya terdapat Penawar....


SHARING IS SEDEKAH...! : )

Tuesday, 22 April 2014

Aktiviti Berisiko Yang Membawa Kepada Slipped Disc...

Apa itu Slipped Disc?

Slipped disc atau sakit tulang belakang secara ringkas bermaksud tulang belakang yang “teralih” atau “mengelongsor dari kedudukan asal. Struktur tulang belakang manusia, terdapat ‘jelly-like structure’ yang dipanggil ‘disc’. Disc ini bertindak sebagai pelindung atau kusyen pad diantara tulang-tulang di bahagian tulang belakang.

Slipped Disc disebabkab oleh gel antara tulang yang berfungsi menyerap tekanan telah bocor seterusnya mengakibatkan alihan. Jika anda pernah berasa kebas, lemah, kejang atau sakit pada kaki apabila menggerakkan bahagian belakang ketika duduk, mungkin anda berhadapan masalah ‘spinal stenosis’.



Antara aktiviti yang berisiko terjadinya slipped disc atau sakit tulang belakang ialah :

1) Cara mengangkat beban yang salah
2) Duduk atau baring dalam keadaan postur badan yang tidak betul
3) Membongkok terlalu lama
4) Mengangkat beban yang terlalu berat
5) Kecederaan ketika bersukan terutamanya bagi yang terlalu ghairah mengangkat berat di gym.




Bagaimana Slipped Disc atau sakit tulang belakang terjadi?

Fungsi disc adalah sebagai penggalas dan penstabil tulang belakang. Slipped disc berlaku apabila disc terkeluar dari kedudukan asal atau normal dalam tulang belakang dan saraf tulang belakang, lalu menekan urat saraf berhampiran. Disc berbentuk bulat seakan-akan sekeping cakera serta lembut seolah-olah gel. Apabila disc ini pecah, disc akan bergerak ke belakang atau terkeluar dari kedudukan asal seterusnya menekan urat saraf tulang belakang dan pinggang.

Semoga Bermanfaat...

Sharing Is Sedekah...! : )

Sumber : www.ummiadni.com

Saturday, 18 January 2014

Sakitnya Demam Urat....

Assalamualaikum...

Beberapa minggu yang lepas Allah Taala takdirkan saya sendiri yang mengalami Demam Urat...Subhanallah...Masha Allah...

Saya bayangkan segala ujian dan dugaan yang menimpa diri saya tu tak lebih sekadar Kafarah Dosa saya yang telah lalu, jadi kena Redha kerana ia bertepatan dengan tujuan kita dijadikan atas muka Bumi Allah ini iaitu mencari Keredhaan Allah SWT....

Namun, berubat dan berdoa tetap hanya pada Allah..."Kalau baik sakitku ini Ya Allah, untuk Agamaku, Dunia & Akhiratku dan Engkau suka Ya Allah, sungguh aku jua redha dengan apa yang menjadi kesukaan Kau, sungguh Kau sahaja Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu....Amin, In Shaa Allah...".

Cuma nak cerita, sakitnya Demam Urat ni, Allahu Akbar, hanya orang yang dah pernah alami akan merasainya, lemah seluruh badan dan langsung tak boleh nak kena Aircond, berdenyut-denyut rasanya Urat seluruh badan...

Asalnya saya lawan jugak taknak pergi Klinik, tapi bimbang jugak takut Demam lain pulak kan...huhu...

Saya pergi jugak Klinik, Doktor kata mungkin Demam Urat, lepas Check semua, Doktor beri Ubat semacam Panadol dan untuk tahan sakit (Pain Killer), saya memang tak boleh kalau nak makan Pain Killer ni sebab tahu sangat Side Effect yang bakal melanda Buah Pinggang kita pada masa akan datang.....

Balik tu memang saya tak makan ubat Doktor beri tu, disebabkan mungkin Demam Urat, saya pun makan Herba Urat Saraf sehingga 6 Biji 1 hari tu dan hasilnya amat positif kerana keesokan paginya saya bangun dalam keadaan yang segar bugar...Subhanallah...

Alhamdulillah, puji dan syukur saya kembalikan hanya pada Allah SWT, kerana daripada Dia datangnya Kesihatan dan Kesulitan serta segalanya hanya dengan IzinNya...

Dulu saya pernah cerita tentang Nenek Saudara saya yang Demam Urat, sekarang Allah nak beri saya rasa macam mana Demam Urat tu...hehehe...Alhamdulillah...

Moga-moga segala perkongsian saya memberi manfaat kepada yang membacanya...Amin, In Shaa Allah...

LIVE Share!

Info lanjut Herba Urat Saraf di SINI

SHARING IS CARING, CARING IS LOVING!!! :)

Monday, 13 January 2014

Salam Maulidur Rasul 1435H Dari Kami Herba Malays....

Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad SAW!

Engkaulah Nabi Junjungan Mulia, kau penyelamat sekalian umat, Rasul pilihan Rasul Tercinta, membawa Rahmat dan jua berkat...

Hadirmu menyinar cahaya, tika umat dalam gelita, menerangi alam buana, hilang kelam datang suria...

Ya Nabi Allah, Ya Rasulullah, Ya Rasulullah Salamun Alaik...!

Salam Maulidurrasul 12 Rabiulawwal 1435H....

Semarakkanlah rasa Kasih, Cinta dan Rindu kita kepada Junjungan Besar baginda Nabi SAW, sungguh cinta yang sempurna adalah dari Kekasih Yang Mulia iaitu Junjungan Mulia kita Baginda Nabi SAW...

Baginda Nabi SAW telah mencintai dan merindui umatnya iaitu kita ini sejak 1400 Tahun yang lalu...

Ini dibuktikan dalam Hadis Baginda Rasulullah SAW yang mafhumnya lebih kurang : "Sesungguhnya aku amat rindu dan ingin berjumpa dengan saudaraku"

Maka Sahabat bertanya : "Tidakkah kami ini saudaramu wahai Rasulullah?"

Baginda Rasulullah menjawap : "Kamu adalah Sahabatku bukan saudaraku, saudaraku adalah umatku yang hidup selepas ketiadaanku....".

Subhanallah, Allahu Akbar...!

Balaslah Cinta dan Kerinduan Baginda Rasulullah itu dengan terus memperbanyakkan Selawat serta menghidupkan Sunnah dan Ajaran yang telah Baginda tinggalkan kepada kita sejak 1400 Tahun yang lalu....

Dalam kisah yang lain, apabila Baginda Nabi SAW dibangkitkan dari persemadian Baginda semasa Hari Kebangkitan nanti, perkara pertama yang ditanyakan oleh Baginda Nabi SAW adalah : "Di mana umatku....?"

Subhanallah. Allahu Akbar...!

Balaslah Cinta dan Rindu Baginda Rasulullah SAW tersebut, kenalkanlah diri kita kepada Baginda SAW dengan memperbanyakkan Selawat kepada Baginda Nabi SAW kerana dalam Hadis Baginda SAW :"Yang paling Aula bersamaku nanti adalah yang paling banyak Selawatnya padaku....".




Subhanallah...Allahu Akbar...!

Salam Maulidurrasul 1435 H kepada anda semua.....Sollu Alan Nabi SAW!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...