Nuffnang Ads

Wednesday, 9 March 2016

Kenapa HQ HerbaMalays Tidak Jual Lagi Produk Lama & Jual NEVTRET Sahaja?

Assalamualaikum...

Untuk makluman para Pelanggan kami yang dihormati...

Bemula bulan Ogos - Sept 2015 yang lepas kami tidak lagi mengeluarkan produk lama kami seperti sebelum ini, walaupun pahit untuk ditelan, Anda semua sebagai Pelanggan kami harus terima kenyataan tentang sebab-sebab yang menyebabkan kami tidak lagi mengeluarkan produk lama kami seperti dahulu...

Untuk makluman juga, kami telah mengedar produk lama tersebut bermula tahun 2010 - 2011...

Selama aktiviti pengedaran berlaku, walaupun kebanyakan Pelanggan mengadu mereka pulih & baik dengan IzinNya selepas memakan produk yang terdahulu, namun dalam masa yang sama, orang yang sama juga membuat aduan mereka mengalami beberapa situasi seperti :

- Pening kepala
- Sukar tidur malam
- Pedih ulu hati
- Muka bengkak
- Selera makan bertambah
- Mengantuk
- Darah mengalir terlalu pantas & laju
- Jantung berdegup cepat

Dan selain itu, ada juga Pelanggan kami yang mengadu tentang keadaan mereka yang tidak lagi rasa kesan yang baik selepas menggunakan produk lama kami dahulu, walaupun mengikut kata Pembekal kami, Kilang langsung tidak mengubah apa-apa bahan yang terkandung di dalam produk lama dahulu...

Kami sentiasa berbincang dengan Pembekal kami tentang apakah punca keadaan di atas berlaku, namun, jawapan Pembekal tetap sama iaitu : "Takda masalah, jangan risau, produk selamat digunakan..."

Selama 4-5 tahun kami menjual produk lama kami dahulu, kami sering bertanya kepada Pembekal kami tentang di manakah letaknya Kilang Proses produk tersebut?, namun Pembekal tetap berkeras tidak mahu mendedahkan lokasi Kilang Proses, mungkin juga kerana mereka bimbang kami 'sailang' mereka...

Isunya bukanlah 'sailang', kerana isu yang lebih penting adalah KESELAMATAN Pengguna kami...

Selepas lebih 4-5 tahun kami mendesak Pembekal untuk mendedahkan lokasi Kilang, namun tidak juga mereka mahu bekerjasama, lalu kami membuat keputusan untuk TIDAK meneruskan pengedaran produk kami dahulu...

Lalu, kami membuat keputusan juga untuk bekerjasama dengan sebuah Kilang untuk mengeluarkan produk baru untuk membantu ramai Pelanggan kami yang mempunyai masalah berkaitan URAT SARAF & SENDI juga...

Lalu, keluarlah NEVTRET iaitu Terapi Urat Saraf & Sendi untuk Badan Rasa lebih SEGAR & RINGAN...

(Info lanjut NEVTRET di SINI)

Namun, ia tak habis di situ, kerana ramai di kalangan Pelanggan sedia ada kami mengadu tentang NEVTRET langsung tidak mendatangkan kesan kepada mereka & kebanyakan daripada mereka mahu kami mengeluarkan semula produk lama kami tersebut...

Namun, yang menghairankan kami adalah kebanyakan aduan tentang NEVTRET tidak berkesan adalah datang daripada Pelanggan lama kami sahaja & untuk Pelanggan baru, mereka sangat berpuas hati dengan NEVTRET...Alhamdulillah...

Kami di HQ bukan mahu buat duit semata-mata, kami ingin BANTU, jadi, selepas 'di desak' oleh Pelanggan lama kami untuk keluarkan juga produk lama tersebut selepas mereka seolah jadi 'tak tahan sakit', kami decide untuk keluarkan semula produk lama tersebut, cuma kali ini bukan daripada Pembekal yang sama, kerana selepas 3-4 bulan, kami berjumpa dengan Pembekal yang baru...

Setelah disahkan bahawa, spesifikasi daripada Pembekal baru kami adalah sama dengan spesifikasi produk lama kami, kami buat keputusan untuk order daripada Pembekal baru tersebut & memaklumkan kepada Ejen kami tentang produk lama tersebut akan dikeluarkan semula, namun menggunakan nama lain, isi tetap sama...

Walaupun produk lama tersebut telah pun melalui proses Labtest dengan sebuah makmal swasta iaitu Acumen Scientific Sdn Bhd, namun, kami buat keputusan untuk buat Labtest kali kedua, namun kali ini melalui makmal di Pusat Racun Negara & parameter untuk test kali kedua tersebut, atas inisiatif sendiri, kami test parameter yang tak sama dengan parameter semasa kami test di Acumen Scientific Sdn Bhd...

Ramai yang bising & tanya kenapa kami buat macam tu?

Ini adalah selepas kami membuat semakan di 'google search', kebanyakan produk yang berkaitan Urat Saraf & Sendi yang berada di dalam pasaran akan 'kantoi' di parameter 'Dexamethasone'...

Dulu kami tak tahu & kami serahkan kepada Acumen Scientific untuk cadangkan kepada kami, apakah parameter steroid popular yang selalunya akan di check oleh Biro Farmasieutikal Kebangsaan atau KKM? Dan mereka suggest kepada kami untuk buat 'Drug Screening" untuk check beberapa parameter Steroid seperti 'Stanozolol' dan beberapa lagi parameter lain...

Namun, yang memusykilkan kami bila buat carian di google untuk parameter tersebut, takda pula produk herba yang 'kantoi' untuk parameter tersebut...

Setelah merujuk kepada Pusat Racun Negara, mereka kata : "Tiada masalah jika Pn mahu check parameter steroid yang lain seperti 'Dexamethasone', sebab kami follow ikut requirement Pn sahaja..."

Setelah agak yakin, kami dengan terbuka hati membuat test untuk parameter 'Dexamethasone'...

Namun, apabila result test keluar, Peg.Makmal tersebut menyatakan dengan print report bahawa produk lama kami SAH mempunyai Steroid jenis 'Dexamethasone'...!

Sebagai orang yang bertindak mengedarkannya daripada awal, saya selaku pemilik kepada HerbaMalays sangat sedih & terkilan kerana sering meyakinkan Pelanggan bahawa produk lama kami adalah Herba 100% tanpa STEROID, sedangkan sebenarnya produk tersebut mempunyai STEROID, bahkan mengikut Peg.Makmal tersebut, dalam produk tersebut juga terkandung 'Indomethacine" yang digunakan oleh pesakit Gout & kesan lain kepada pengguna bila mengamalkannya adalah selera makan bertambah & rasa mengantuk...

Salah tetap salah, walaupun kami telah membuat pesanan kepada Pembekal untuk next order & telah bayar full pun kepada mereka, kami terpaksa terima kenyataan kami telah rugi dalam RM 20k - 30k atas sebab terpaksa STOP pengedaran produk lama tersebut...

(Its all about our INTEGRITY To Public)

Kami terpaksa stop kerana ia BUKAN herba, tapi ia adalah 'Ubat Sintetik' yang tidak boleh dijual oleh orang awam, kerana yang layak jual hanyalah Doktor yang bertauliyah sahaja...

Apa lagi kami boleh buat selain memohon maaf kepada Pelanggan & STOP pengedarannya sahaja...

Itulah juga punca majoriti Pelanggan lama kami tidak rasa kesan langsung bila makan NEVTRET, malah ada sesetengah yang lain merasa sakit yang bertambah-tambah bila makan NEVTRET...

Setelah diteliti, NEVTRET mempunyai ekstrak mengkudu yang juga berfungsi untuk meneutralkan kadar asid di dalam badan akibat amalan pemakanan ubatan sintetik oleh seseorang individu & produk lama kami sebenarnya bukanlah herba 100%, ia dicampur bahan sintetik / kimia yang iaitu 'Dexamethasone' yang berpotensi besar untuk merencatkan kadar pertumbuhan imunisasi seseorang manusia...

Subhanallah, kami akui salah kami kerana terlalu mempercayakan cakap Pembekal tanpa mendapatkan info yang tepat tentang kilang atau cara pemprosesan produk kami dahulu...

MAAFKAN kami! 

Justeru, penjualan & pengedaran produk lama kami tersebut secara RASMINYA dihentikan serta merta berkuatkuasa pada hari pertama result labtest Pusat Racun Negara dikeluarkan & dimaklumkan kepada kami...

Sebarang pertanyaan tentang TINDAKAN yang boleh Anda buat selepas mengetahui penjelasan & penerangan ini adalah, Anda perlu hubungi HQ di talian 03 8959 1516 / 017 954 2814 / 016 386 5205, harap maklum & terima kasih...

P/s : Kami hanya jual NEVTRET sahaja sekarang yang 100% herba tradisional, mendapat kelulusan KKM & Halal yang tetap berfungsi untuk menyelesaikan masalah berkaitan URAT SARAF & SENDI...In shaa Allah...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...