Subhanallah, lama sungguh rasanya tak update di sini, sibuk dengan urusan bisnes, sampai tak sempat singgah di sini...
Ni kira sebab lama dah tak jenguk ke sini, alang-alang masuk, saya update la ye sikit info di sini...
Alhamdulillah, buat masa sekarang, HerbaMalays telah pun mempunyai 2 buah produk, produk ke-2 iaitu Kopi Supertret telah dikeluarkan pertengahan tahun 2016 tahun lepas...
Buat masa sekarang, sambutannya belum lagi hangat, dek kerana aktiviti pemasaran & pengiklanan untuk Kopi Supertret belum lagi dijalankan secara konsisten, kerana kami hanya memberi nilai tambah kepada Pelanggan sedia ada yang telah mengamalkan produk sedia ada kami sahaja ketika ini...
Dengan kata lain, kami hanya promote kepada Pelanggan sedia ada sahaja buat masa ini...
Alhamdulillah, sambutan & maklumbalas di kalangan mereka, saya kira amat baik, kerana selepas sekian lama mereka mengamalkan Nevtret sebelum ini, kini Kopi Supertret seolah menjadi booster @ turbo untuk memberi kesan yang lebih baik & pantas...
Untuk makluman juga, HerbaMalays juga sedang merancang untuk mengeluarkan 3 lagi jenis produk baru, yang didahului terlebih dahulu pada masa terdekat ini dengan Jamu Wanita untuk kesihatan dalaman & luaran kaum wanita...
Secara jujurnya, produk ini kami hanya melakukan kerja pembungkusan semula & dipasarkan secara komersial dengan memberi nilai tambah dari segi pembungkusan, pemasaran & perkhidmatan Pelanggan...
Walaupun pemasaran produk terbaru kami tanpa menggunakan KKM, namun, saya kira produk ini tersangat baik untuk di kehadapankan dek kerana formulasi produk ini telah diamalkan sejak 30 tahun yang lalu & terdapat di kalangan Pengguna produk ini telah mengamalkan sejak 8 tahun yang lalu secara berterusan...
Namun, disebabkan produk ini datangnya dari Kampung, jadi, perlu ambil sedikit masa untuk melengkapkan segala dokumen atau sijil berkaitan...
Kami tak perlu tunggu lebih lama sebelum memasarkannya selepas kami tahu bahawa formulasi produk ini adalah organik & telah diamalkan lebih daripada 30 tahun yang lalu tanpa was-was di kalangan Pengguna di kawasan perkampungan...
Sesuai dengan VISI HerbaMalays untuk memasar & memperkenalkan formula produk tradisional kampung yang hebat, berkesan & bermanfaat kepada pasaran tempatan & antarabangsa yang lebih luas, maka, kami kira, produk terbaru kami ini menepati ciri-ciri yang kami perlukan...In shaa Allah...
Doakan kami! :)
Team HerbaMalays!
No comments:
Post a Comment