Nuffnang Ads

Monday 13 May 2013

Kelebihan Berpuasa Sunat Bulan Rejab........

Bulan Rejab antara bulan yang istimewa dalam Islam oleh sebab itu kita disunatkan berpuasa padanya.

DALIL

Hadis Rasulullah s.a.w :

إن في الجنة نهرا يقال له رجب أشد بياضا من اللبن وأحلى من العسل من صام يوما من رجب سقاه الله من ذلك النهر
(رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya :
Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat satu sungai yang bernama Rejab, airnya terlebih putih daripada susu dan terlebih manis daripada madu ; barang sesiapa yang berpuasa sehari daripada bulan Rejab, maka Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai itu.

Antara kelebihan berpuasa pada bulan Rejab:

1.Puasa 1 hari - seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredaan Allah serta syurga tertinggi

2. Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipat gandakan pahalanya

3.Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah swt, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka

4.Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah dajal

5.Puasa 5 hari - aman dari azab kubur

6.Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya

7.Puasa 7 hari - Allah mengunci tujuh pintu neraka jahanam baginya

8.Puasa 8 hari - Allah membuka lapan pintu syurga baginya

9.Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru Laailahaillallah dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga

10.Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang di Titian Siratul Mustaqim

11.Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata fadilatnya seperti puasa 3000 tahun

12.Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun

13.Puasa 15 hari - Allah mengampunkan dosanya yang lalu dan menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun

14.Puasa 16 hari- dapat melihat wajah Allah dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah dalam syurga

15.Puasa 19 hari - dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai nabi Ibrahim dan nabi Adam

16.Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu dan melakukan amalan yang baik dengan baki umurnya

17.Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan ini dan beribadat di malamnya seperti berpuasa 3000 tahun, diampunkan baginya dosa 70 dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasad, 70 hajat ketika dalam kubur, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika al-Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika amalannya ditimbang di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui Titian Siratul Mustaqim


Sumber : www.e-mosque.com, www.ppdjasin.edu.my & blog nurcahaya.

Sunday 12 May 2013

Muhasabah Diri di Bulan Rejab....

Assalamualaikum...

Selawat & Salam kepada Nabi SAW penghulu kepada seluruh manusia....

Di kesempatan ini, saya amat bersyukur kerana diizinkan Allah Taala untuk sekali lagi bertemu dengan Bulan Rejab yang dipenuhi dengan Kemurahan Pengampunan dari Allah...Nescaya rugi bagi kita jika tidak meraih keampunan Allah pada bulan yang mulia ini....

Murahnya Allah Taala, walaupun setiap daripada kita sentiasa berdosa dan menzalimi diri, Allah tetap melimpahkan kurniaannya tanpa pernah putus-putus...

Saya sentiasa merenung akan diri saya, sampai bilakah agaknya diri ini akan terus leka & seperti tidak bersungguh-sungguh dalam meraih Cinta Allah & Rasul, sedangkan di Akhirat nanti hanya Cinta ini lah yang kita harapkan untuk membolehkan kita melangkah masuk ke Syurga Allah...

Jalanya dah ada dan setiap hari kita belajar bagaimana untuk meraih Cinta Allah & Rasul, tinggal lagi untuk sentiasa bermohon supaya Allah limpahkan Taufik supaya sentiasalah diri ini diberi kekuatan untuk melakukan setiap amalan soleh yang boleh membawa diri kita menuju dan meraih Cinta Allah & Rasul...Amin,In Shaa Allah...

Bulan-bulan yang lain sebelum ni dah banyak kelekaan kita pada Allah, sentiasalah berharap untuk Allah berikan taufik untuk kita lebih fokus pada bulan Rejab, Syaaban dan seterusnya Ramadan kali ini...Allahumma Amin...In Shaa Allah...

Banyakkan selawat pada Nabi SAW, moga Allah meletakkan kita semua di kalangan kumpulan Nabi SAW serta para Sahabat di Akhirat kelak...Amin....

Sharing Is Caring!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...