Nuffnang Ads

Tuesday 12 November 2013

Menghidupkan Sunnah Junjungan Mulia Baginda Nabi SAW....



SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi. 


KELEBIHAN PUASA ASYURA'


Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda :

  " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka." 

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W :

" Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".




14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(Bukan asyura je, bulan lain, hari lain sangat digalakkan juga) 

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah

fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim

fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari
kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : ‘Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala’

9. Bercelak

fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : ‘Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala’
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca

‘hasbiyallahhu wani’mal wakil wa ni’mal maula wa ni’mannasiiru’
fadhilat – Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa

fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat – ‘Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala’
fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. 

Selamat Menghidupkan Sunnah Rasulullah SAW... : )

Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/11/niat-puasa-sunat-asyura-10-muharram.html#ixzz2kUFtSWAF

Monday 11 November 2013

Sifat Adil Oleh Yang Maha Adil.....

Alhamdulillah, 3 minggu yang lepas saya diizinkan Allah untuk bersama-sama dalam Majlis Ilmu di Negeri Sembilan....Terasa amat rindu nak dengar Tok Guru syarah kitab tauhid...

Hari tu Tok Guru kami iaitu Ust Abdul Rahman telah mensyarahkan Kitab Tauhid Bab Asmaul Husna yang memang sangat menarik....

Paling saya ingat dan saya nak kongsikan di sini adalah tentang salah satu nama Allah iaitu Al-A'dl (Maha Adil)....

Ust kata : "Adil bukan maksudnya Saksama, tetapi Adil adalah bermaksud Meletakkan Sesuatu Pada Tempatnya...."

Ini bermakna, bila mana kita ditimpa ujian yang maha hebat, saksikanlah bahawa Allah Taala sedang mengkafarahkan dosa-dosa kita yang telah lalu.....Amal kita memang takkan sampai sehebat amalan Para Nabi, Para Sahabat, Para Tabien, Para Salafussoleh dan Orang-orang Soleh....Jadi, Allah timpakan ujian, bagi menjadi tempat @ sumber pahala kepada kita untuk menjadi bekal kepada kita di negeri Akhirat nanti jika kita bersabar dengan ujian tersebut....

Maknanya, Allah Taala timpakan segala ujian kepada kita adalah bersebab dan salah satu sebabnya adalah Allah nak ampunkan dosa kita, nikmat mana lagi yang lebih besar selain nikmat diampunkan segala dosa-dosa kita oleh Allah Taala..???....Allahu Akbar....

Allah meletakkan ujian kesusahan dan kesulitan itu kepada hambaNya yang kurang amalnya kerana Allah terlalu ingin berjumpa dengan hambaNya, namun apabila dosa menyelubungi diri, ia menjadi punca kita dihijab daripada bertemu dengan Illahi di Akhirat nanti....Nauzubillah...

Jadi, yakinlah kita semua dengan Allah Taala, bahawa :

"Setiap yang berlaku ada hikmahnya"

"Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia"

dan Allah Taala beri jaminan lagi.....

"Sesungguhnya Allah tidak menguji Hamba-Nya di luar kemampuannya..."

Percayalah pada Yang Maha Adil, kerana hanya Dia sahaja yang memahami keadaan diri kita melebihi kefahaman kita terhadap diri kita sendiri kerana hakikatnya Dialah Pemilik kepada Jiwa-jiwa dan Jasad hamba-Nya....Allahu Akbar....

Berbanggalah pada mereka-mereka yang mengalami Kesulitan, Kesusahan, Kesakitan dan apa-apa jua bencana atau musibah, kerana saya dan anda semua dipilih oleh Allah untuk dipersiapkan @ dibersihkan @ disucikan daripada segala dosa-dosa yang telah lalu supaya boleh untuk kita berjumpa dengan Allah Taala di Alam Akhirat nanti...In Shaa Allah....

Sebab tu Allah sebut : "Bila mana ditimpa musibah, katakanlah, daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali...."

Daripada Allah datangnya Kesihatan dan Kesulitan....Mesti sabar, dan pandanglah ujian tersebut sebagai Rahmat dari Allah Taala....

Saya pernah terdengar kisah seorang sahabat berdoa apabila ditimpa musibah : "Ya Allah, jika Engkau Suka dan Redha dengan ujian yang Engkau timpakan kepada aku ini, Kau teruskanlah Ya Allah....Sesungguhnya aku jua Redha...."

Muhasabahlah diri kita, adakah kita sanggup nak berdoa sedemikian....? Majoriti diri kita akan mohon pada Allah untuk dijauhkan segala Musibah dan Kesusahan sejauh-jauhnya kerana kita tak sanggup nak hadapi nya....Namun, di sudut lain yang lebih tersirat....

"ALLAH RINDUKAN RAYUAN & TANGISAN KITA, SEBAB ITU ALLAH TIMPAKAN UJIAN" 

dan yang paling besar.....

"ALLAH MAHU BERJUMPA DENGAN KITA DI AKHIRAT NANTI...."

(Ya Allah, persiapkanlah diri kami dengan secukup-cukup persiapan bagi membolehkan kami bertemu dengan Engkau dan Para Kekasih-Mu di Akhirat nanti...Allahumma Amin, Ya Rabbal Alamin...In Shaa Allah...)

عن  أبي هريرة رضي الله عنه ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
 )) مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا.. يُصِبْ مِنْهُ ((  
Mafhumnya:
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi Sallallahu alaihi wa alihi wasallam bersabda:

“Sesiapa yang Allah berkehendak dengannya kebaikan, nescaya diberi musibah kepadanya”

[Riwayat al-Bukhari]

Wassalam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...