Nuffnang Ads

Wednesday 5 June 2013

Salam Isra' Mikraj.....


Alhamdulillah, nikmat syukur yang paling indah dan tidak ternilai adalah bilamana kita dijadi dan dibangkitkan menjadi umat Sayyidul Mursalin Mustofa Muhammadun Nabi SAW...

Tahun di mana Allah Taala memperjalankan KekasihNya Rasulullah SAW adalah merupakan tahun yang paling menyedihkan yang mana dalam tahun yang sama, Isteri kesayangan Baginda Rasulullah SAW Sayyidatina Khadijah R.A, tahun yang sama juga perginya Saidina Hamzah iaitu Bapa Saudara Rasulullah SAW, tahun yang sama juga Rasulullah dihina dan dicerca dalam dakwah Baginda SAW ke Thoif...

Dengan kesedihan yang menimpa Baginda Nabi SAW itu, maka Allah Taala hendak menggembirakan KekasihNya dengan memperjalankan Baginda SAW melalui Isra' Mikraj (Berjalan-jalan) bagi membuktikan kekuasaan Allah Taala yang Maha Berkuasa sebagimana yang tertulis dalam Kalamullah Al-Quranul Karim..

Selain itu, ia sebagai hikmah betapa besarnya Nikmat Solat yang Allah kurniakan khas kepada Umat Rasulullah SAW sehingga Allah Taala menjemput Baginda SAW jauh nun ke Sidratul Muntaha bagi menganugerahkan nikmat yang besar iaitu SOLAT... Masha Allah...Subhanallah...

Tahulah kita bahawa betapa besarnya makna Solat di sisi Allah & Rasul kerana ia adalah penghubung antara kita & Allah Taala di setiap apa jua keadaan dan solat juga adalah antara amalan yang pertama dihitung oleh Allah Taala di Akhirat kelak...

Berbangga dan bersyukurlah kita menjadi Umat Baginda Nabi SAW kerana kita PERCAYA ketika ini bahawa wujudnya Kisah Isra' Mikraj ke atas Rasulullah SAW dan kita menyambutnya setiap tahun, kerana di kala Rasulullah SAW bercerita kepada umat di zamannya tentang Perjalanan Isra' Mikraj nya, Baginda dihina, dicerca, dituduh sebagai penipu dan ada juga di kalangan umatnya ketika itu yang telah beragama Islam, turut keluar Islam ataupun Murtad kerana mereka merasakan Rasulullah SAW sebagai Penipu Besar...Nauzubillah...

Pastinya Baginda Rasulullah SAW berbangga dan menghargai Umatnya sekarang yang mengimani Perjalanan Isra' Mikraj Baginda SAW ketika itu....Subhanallah...Alhamdulillah...

Semoga Bermanfaat....SHARING IS CARING!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...