Nuffnang Ads

Adverlets Ads

Monday, 13 May 2013

Kelebihan Berpuasa Sunat Bulan Rejab........

Bulan Rejab antara bulan yang istimewa dalam Islam oleh sebab itu kita disunatkan berpuasa padanya.

DALIL

Hadis Rasulullah s.a.w :

إن في الجنة نهرا يقال له رجب أشد بياضا من اللبن وأحلى من العسل من صام يوما من رجب سقاه الله من ذلك النهر
(رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya :
Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat satu sungai yang bernama Rejab, airnya terlebih putih daripada susu dan terlebih manis daripada madu ; barang sesiapa yang berpuasa sehari daripada bulan Rejab, maka Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai itu.

Antara kelebihan berpuasa pada bulan Rejab:

1.Puasa 1 hari - seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredaan Allah serta syurga tertinggi

2. Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipat gandakan pahalanya

3.Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah swt, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka

4.Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah dajal

5.Puasa 5 hari - aman dari azab kubur

6.Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya

7.Puasa 7 hari - Allah mengunci tujuh pintu neraka jahanam baginya

8.Puasa 8 hari - Allah membuka lapan pintu syurga baginya

9.Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru Laailahaillallah dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga

10.Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang di Titian Siratul Mustaqim

11.Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata fadilatnya seperti puasa 3000 tahun

12.Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun

13.Puasa 15 hari - Allah mengampunkan dosanya yang lalu dan menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun

14.Puasa 16 hari- dapat melihat wajah Allah dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah dalam syurga

15.Puasa 19 hari - dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai nabi Ibrahim dan nabi Adam

16.Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu dan melakukan amalan yang baik dengan baki umurnya

17.Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan ini dan beribadat di malamnya seperti berpuasa 3000 tahun, diampunkan baginya dosa 70 dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasad, 70 hajat ketika dalam kubur, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika al-Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika amalannya ditimbang di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui Titian Siratul Mustaqim


Sumber : www.e-mosque.com, www.ppdjasin.edu.my & blog nurcahaya.

Kongsikan Kebaikan dengan hanya 'LIKE', Sharing Is Caring!

Sunday, 12 May 2013

Muhasabah Diri di Bulan Rejab....

Assalamualaikum...

Selawat & Salam kepada Nabi SAW penghulu kepada seluruh manusia....

Di kesempatan ini, saya amat bersyukur kerana diizinkan Allah Taala untuk sekali lagi bertemu dengan Bulan Rejab yang dipenuhi dengan Kemurahan Pengampunan dari Allah...Nescaya rugi bagi kita jika tidak meraih keampunan Allah pada bulan yang mulia ini....

Murahnya Allah Taala, walaupun setiap daripada kita sentiasa berdosa dan menzalimi diri, Allah tetap melimpahkan kurniaannya tanpa pernah putus-putus...

Saya sentiasa merenung akan diri saya, sampai bilakah agaknya diri ini akan terus leka & seperti tidak bersungguh-sungguh dalam meraih Cinta Allah & Rasul, sedangkan di Akhirat nanti hanya Cinta ini lah yang kita harapkan untuk membolehkan kita melangkah masuk ke Syurga Allah...

Jalanya dah ada dan setiap hari kita belajar bagaimana untuk meraih Cinta Allah & Rasul, tinggal lagi untuk sentiasa bermohon supaya Allah limpahkan Taufik supaya sentiasalah diri ini diberi kekuatan untuk melakukan setiap amalan soleh yang boleh membawa diri kita menuju dan meraih Cinta Allah & Rasul...Amin,In Shaa Allah...

Bulan-bulan yang lain sebelum ni dah banyak kelekaan kita pada Allah, sentiasalah berharap untuk Allah berikan taufik untuk kita lebih fokus pada bulan Rejab, Syaaban dan seterusnya Ramadan kali ini...Allahumma Amin...In Shaa Allah...

Banyakkan selawat pada Nabi SAW, moga Allah meletakkan kita semua di kalangan kumpulan Nabi SAW serta para Sahabat di Akhirat kelak...Amin....

Sharing Is Caring!!!

Kongsikan Kebaikan dengan hanya 'LIKE', Sharing Is Caring!

Wednesday, 13 March 2013

Bermula Perkongsian 2013 untuk Pil Urat Al-Basyir......

Assalamualaikum....

Maafkan saya kerana agak terlalu lama tak mengupdate blog HerbaMalays....Banyak sungguh urusan kerja dan keluarga yang saya kena dahulukan....

Dalam sibuk-sibuk camni, penjualan Pil Urat Al-Basyir masih tetap hangat, cuma saya je tak sempat nak update dan share kan citer pada semua dalam blog saya ni...

Dua minggu yang lepas saya ada terima belian Pil Urat Al-Basyir dari seorang Hamba Allah daripada Putrajaya....Waktu tu saya di Terengganu, nak jadi cerita, tak boleh tidak memang saya kena pos sahaja lah kan.....4-5 hari selepas tu, saya balik Putrajaya dan terima panggilan daripada Hamba Allah ni mengatakan ubat yang saya pos sepatutnya 2 botol pada dia, tetapi saya hanya pos 1 botol sahaja.....

Memang saya lah yang tersilap pos parcel, sebab hari yang sama, saya ada jugak pos untuk seorang pelanggan dari Cheras, dia nak 1 btl je...Jadi, saya agak memang tertukar dengan pelanggan dari Cheras ni la kan....

Dah memang di Putrajaya, saya pun katakan pada Hamba Allah ni....Saya akan hantar ke ofis dia 1 botol yang terkurang tu....Dia pun ok jela kan....

Esok harinya baru saya dapat hantar 1 botol pada dia....Hamba Allah ni punya cerita memang agak excited, kerana dia katakan sebelum ni memang cara dia berjalan agak kurang normal....Kerana masalah urat (Sport Women)...Dia agak excited kerana hanya makan 1 hari Pil Urat Al-Basyir, bahagian kakinya yang agak menegang yang menyebabkan dia berjalan agak kurang normal makin berasur pulih....Saya hanya katakan Alhamdulillah, rezki atasnya....

Dia pun decide nak tambah lagi 2 botol....Alhamdulillah....

Sebelum kisah dari Putrajaya ni, ada seorang lagi lelaki daripada Gombak...Namanya Rashid, beliau jugak ada masalah urat dan Gout tak silap saya....Saya pos pada dia 1 botol, sebagai percubaan katanya...

2-3 hari selepas tu, saya terima panggilan daripada Abg Rashid ni...."Saya nak tanya, apa kandungan dalam Pil Urat Al-Basyir ni? Sebab bengkak Gout saya cepat betul hilang lepas saya makan Pil Urat Al-Basyir ni...."

Saya jawap : "Takda apa-apa Abg, cuma Akar Kayu 100%, takda campuran bahan terlarang langsung..."

Abg Rashid bersyukur dan agak tak sangka kerana ada jugak ubat yang boleh merawat masalah Gout nya, kerana sebelum ni dia katakan, dia dah makan Pain Killer yang paling mahal (1 biji RM 6), tapi tak nampak jugak perubahan....Subhanallah, saya katakan rezki ke atasnya....Alhamdulillah...

Cerita yang ke-3, daripada seorang wanita yang membeli Pil Urat Al-Basyir untuk Ayahnya...Alhamdulillah, dia katakan memang banyak perubahan ke atas ayahnya setelah mencuba Pil Urat Al-Basyir...

Baru-baru ni saya jumpa dia dan dia tanya saya... "Bila nak ada KKM? Sebab kadang-kadang orang tak yakin kalau xda KKM, adik saya ambil Biologi, adik saya dah bawa test makmal dia....Adik saya kata, xda bahan yang berbahaya, 100% Akar Kayu, itu yang saya minta nak tambah lagi....."

Saya jawap : " Bukan taknak ada KKM, kami belum mampu nak bayar yuran tahunan KKM, melainkan kami naikkan harga Pil Urat ni jadi mahal untuk cover kos yuran tersebut, sebab pengeluaran tak banyak...."

Barulah dia faham....Yang paling penting, Ayahnya dah nak nampak berubah pulih...Alhamdulillah....

Sebarang pertanyaan mahupun pesanan, sila Call/SMS 013 356 6177...

Wassalam.
Kongsikan Kebaikan dengan hanya 'LIKE', Sharing Is Caring!

Sunday, 24 February 2013

PENGUMUMAN : Pertukaran Jenama Pil Urat Hjh Rokiah Oleh Syarikat Benatani Jaya Kepada PIL URAT AL-BASYIR...........

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah kerana Allah Taala masih memanjangkan umur saya untuk meneruskan segala perkongsian saya di dalam blog ini....Memang dah lama rasanya saya tak update cerita dalam blog saya ini....

Saya amat sibuk dalam menguruskan keluarga dan perniagaan ketika ini...Lebih-lebih lagi dengan kelahiran anak sulung saya pada 06/01/13 yang diberi nama Muhammad Uwais Ukasyah....Awal kelahiran anak saya ini, dia telah dimasukkan ke dalam wad kerana Hypo, tu lah salah satu sebab yang menjadikan saya dan isteri agak sibuk ketika ini.....

Untuk tajuk entri awal-awal 2013 ini, Syarikat Benatani Jaya telah mengambil alih segala urusan pengedaran Pil Urat atas jenama Pil Urat Al-Basyir yang sebelum ini lebih dikenali dengan Pil Urat Hjh Rokiah....

Jadi, segala urusan belian Pil Urat selepas ini iaitu bermula 22/02/13 adalah menggunakan jenama Pil Urat Al-Basyir....

Segala isi kandungan adalah sama 100% seperti sebelumnya, tiada apa-apa perubahan.....

Untuk makluman juga, harga pada label adalah RM 35....Namun, jualan tetap pada RM 30 sehingga Syarikat Benatani Jaya membuat pengumuman akan datang untuk membuat jualan mengikut harga label (RM 35)...Kami hanya mengikut harga jualan berpandukan apa yang ditetapkan oleh Syarikat kerana kami tiada lagi mempunyai kuasa untuk menentukan harga setelah Syarikat ini mengambil alih pengedaran daripada Hjh Rokiah....

Segala Pertanyaan dan Kemusykilan....Sila Call/SMS 013 356 6177

Wassalam....

Kongsikan Kebaikan dengan hanya 'LIKE', Sharing Is Caring!

Friday, 18 January 2013

Pesanan Pil Urat Hjh Rokiah 2013 Bermula!

Assalamualaikum....

Alhamdulillah....kami pihak HerbaMalays mengumumkan bahawa stok Pil Urat Hjh Rokiah untuk tahun 2013 telah boleh untuk diorder setelah kami umumkan pada hujung tahun 2012 pesanan stok Pil Urat Hjh Rokiah dihentikan kerana KEHABISAN STOK! disebabkan kilang menghentikan operasi pengeluaran sebagai prosedur rutin tahunan untuk cucian kilang....

Syukur Alhamdulillah kepada Abg Zul dari Ipoh yang telah pulih dari bengkak kakinya kerana masalah urat...Beliau mengadu kepada saya bahawa bengkak di kakinya, sehingga menyukarkan beliau untuk berjalan....Saya agak memang Masalah Urat....

Terus minta beliau cuba, beliau order 1 botol sahaja...Alhamdulillah, tadi beliau SMS mengatakan bengkak kakinya telah pulih setelah hanya mencuba 2 biji Pil Urat Hjh Rokiah...Alhamdulillah, Allah Taala izinkan kesembuhan ke atasnya....

Semalam pula En.Salihi dari Bera ambil 1 Dozen...Sebelum ni, beliau hanya beli 2-3 botol sahaja sehingga lah beliau mengatakan ada rakannya yang tidak boleh berjalan, kerana masalah kakinya telah mencuba 4 biji Pil Urat Hjh Rokiah yang diberikan olehnya...Alhamdulillah, semalam beliau kata, rakan tersebut telah boleh bermain Badminton....

Semalam ambil 1 Dozen kerana nak share pada kawan-kawannya...Semoga ada keberkatan atas usahanya...Amin... : )

Sebarang Pertanyaan mahupun Pesanan, sila Call/SMS 013 356 6177

Kongsikan Kebaikan dengan hanya 'LIKE', Sharing Is Caring!

Thursday, 10 January 2013

Permulaan Tahun Baru 2013.....

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, selawat & salam ke atas junjungan Nabi SAW, peghulu kepada seluruh Nabi, Kekasih Allah yang memiliki darjat yang paling tinggi di sisi Allah Taala....Mudah-mudahan kita semua tergolong di dalam kalangan manusia yang bertemu dengan Kekasih Allah ini di Telaga Haud....Amin, In Shaa Allah....

Syukur pada Allah atas limpah kurnianya yang telah memberi rezki pada setiap Hamba-hamba-Nya dengan penuh adil dan saksama kerana sesungguhnya hanya Dia lah sahaja yang Maha Bijaksana dalam menguruskan Kerajaan-Nya....

Saya mulakan perkongsian saya pada permulaan tahun ini dengan kelahiran anak saya....Alhamdulillah, wife saya selamat bersalin normal pada 06/01/2013, Jam 7.07 p.m, Baby boy...

Sebenanya due bersalin wife saya 15/01/2013, tapi dah cukup minggu dah iaitu 38 minggu 6 hari, baby dah tak sabar nak keluar daripada perut ibu nya kut...Alhamdulillah...

Wife last kerja hari Ahad 06/01/2013 tu dan saya bercadang nak bawa Wife bersalin di Hospital Temerloh bila mana cuti die bermula keesokan harinya iaitu 07/01/2013 (Hmmmmm....tak sempat, anak nak jadi orang Putrajaya jugak kut...huhu....

Nak dijadikan cerita, wife saya dah sms saya pagi ahad tu mengatakan badan dah rasa semacam dan sakit tak berhenti-henti....Wife minta saya standby jela, saya pun standby...Tak lama lepas tu wife call kata dah check dan waktu tu dah buka 1 cm...Alhamdulillah...

Tapi, wife kata pada doktor nak balik dulu sebab nak ambil buku dan siap2 dulu...(Actually nak makan, sbb kalau dah admit mesti kena puasa dah....huhu).

Jam 2 p.m tu saya ambil wife saya kat Hospital, lepas siap2 makan, dalam pukul 5 sebelum Asar wife kata dah sakit sangat...Tapi, sebelum pergi sempat kami solat asar dulu dan saya minta wife buat juga Solat Hajat untuk mudah segala urusan....

Dalam pukul 5 sampai wad bersalin...Alhamdulillah, member wife sendiri yang kata nak conduct kelahiran baby kami...Tak sampai 1 jam, member wife saya keluar dan panggil saya mengatakan : "Pis, Ju dah buka 6 cm, memang nak bersalin hari ni jugak, In Shaa Allah....".

Saya pun terus daftar, lebih kurang 6.30 p.m, sorang lagi Nurse keluar kata : " Suami boleh masuk dah ye, Isteri tengah push tu....". (Subhanallah saya katakan, cepat betul)...

Dalam bilik bersalin tu, saya tengok wife bersusah payah push....Subhanallah, waktu tu saya fikir camnila agaknya mak saya bersalin kan saya.....Alhamdulillah, dalam 15 minit lepas tu, anak kami selamat dilahirkan....

Tidak semua yang kita harapkan mudah, akan sentiasa mudah....Anak kami kena tahan wad sebab Hypo (Gula dalam darah rendah)....Hari ni dah masuk hari ke-6 anak kami ditahan, Alhamdulillah makin stabil keadaan anak kami....Kalau Allah Taala Izinkan, esok atau lusa boleh la anak kami discharge...Doakan anak kami ye...Amin, In Shaa Allah....

Wassalam....

Kongsikan Kebaikan dengan hanya 'LIKE', Sharing Is Caring!

Sunday, 30 December 2012

Hari Terakhir 2012....Muhasabah Diri....

Assalamualaikum....

Hari ini 31/12/12 merupakan hari terakhir kita semua berada di Tahun 2012...Saya bagi pihak HerbaMalays mengucapkan Selamat Tahun Baru dan Selamat Datang 2013...

Pada kesempatan ini juga saya memohon maaf kepada semua jika ada kekurangan dan kelemahan dari segi perkhidmatan kami selama anda semua berjual beli dengan kami...Moga-moga urusan jual beli kita selama ini dan akan datang, sentiasa diredhai dan diberkati oleh Allah Taala....

Diharapkan segala Perkongsian kami sepanjang tahun ini akan/telah memberi manfaat bersama sesama kita....Segalanya adalah Kisah Benar dari anda semua juga yang saya kongsikan/panjangkan untuk bacaan kepada mereka yang memerlukan....

Sentiasalah kita semua bermuhasabah diri apakah Kebaikan, Kebajikan, Usaha/Kudrat kita pada tahun 2012 yang telah kita sumbangkan untuk memberi manfaat kepada orang lain....

Sabda Nabi : "Barangsiapa yang tidak memperdulikan hal umat ku, maka mereka bukan di kalangan kami"....Subhanallah....

Justeru, sentiasalah kita fikir-fikirkan apakah Usaha kita untuk terus berada di kalangan Umat Nabi saw....Memang tak dinafikan kita sekarang ini, semuanya bergelar Umat Nabi saw, tapi adakah kekal kita di kalangan Umat Nabi saw di Padang Mahsyar dan Negeri Akhirat kelak....???(Dunia memang kita boleh claim sebagai Umat Nabi saw, tapi di "sana"?)

Kerana, takut-takut dengan sikap kita yang jarang memikirkan hal umat yang lain atau sentiasa mementingkan diri...Menyebabkan Nabi Saw meletakkan kita bukan di kalangannya di Akhirat kelak....Nauzubillah....

Saya sentiasa menasihatkan diri saya untuk berusaha mencari peluang dan ruang untuk membantu orang lain ikut kemampuan saya (Bila ada kemampuan bersegera untuk kongsikan pada orang lain), kerana Allah Taala tidak memandang kepada berjayanya setiap apa yang kita telah lakukan...Tapi, Allah Taala tanya apa USAHA yang telah kita lakukan....?

Walaupun USAHA saya kecil di sisi manusia, harapan saya ia akan dipandang besar di sisi Allah Taala.... (Sentiasa Bersangka Baik)...Amin, In Shaa Allah...Kerana, kalau nak dibandingkan dengan amalan Para Sahabat, saya kira 0.000000001% pun belum kita capai kerana pernah disebut Nabi SAW hebatnya IMAN Saidina Abu Bakar As-Siddiq adalah jika dikumpulkan Keimanan seluruh Penduduk Islam Madinah, nescaya ia tidak akan boleh menandingi Keimanan Saidina Abu Bakar yang seorang..(Dalam Madinah waktu tu ada ramai Sahabat-sahabat yang lain)..SUBHANALLAH!....

Jadi, apa Usaha kita nak mendapat Keredhaan Allah...?Kewajipan seharian kita terhadap Allah tak boleh tidak memang kita wajib laksanakan, cukup ke dengan amalan wajib yang kita laksanakan seharian sebagai ganti balas untuk mendapatkan Syurga kerana layaklah bagi Rabiatul Adawiyah untuk menduduki Syurga kerana beliau Solat Sunat Malam sehingga 300 rakaat setiap malam (Allah Taala redha & berkati beliau)..Subhanallah....Muhasabah Diri....

Dunia nak dibanding dengan Akhirat??? Ulama' pernah sebut : "Perbandingan antara Dunia dengan Akhirat adalah seperti kita celupkan 1 jari kita ke dalam lautan, maka air yang melekat di jari itulah Negeri Dunia, manakala air lautan yang meluas itu adalah Negeri Akhirat....." Subhanallah....

Kita nak capai taraf amalan Sahabat, memang kita akui kita ni umat yang lemah dah...Jadi, fikirkanlah pula usaha yang lain yang boleh kita harapkan supaya boleh dikira sebagai amalan yang kita boleh gantikan untuk mendapat redha Allah bagi menduduki Syurga Allah Taala....Kerana setiap amalan yang kita lakukan di atas muka bumi Allah ni adalah semata-mata untuk mendapat Keredhaan Allah, kerana tanpa Redha & Rahmat Allah Taala, apalah ertinya amalan kita......

Saya menyeru kepada diri saya dan semua supaya setiasalah berkasih sayang dan bantu membantu sesama kita, kerana tiada apa yang ruginya...Semuanya akan dihisab di hadapan Allah Taala di Padang Mahsyar nanti....Moga-moga sikap kita yang sentiasa memperdulikan hal orang lain yang positif, akan dikira sebagai besar di sisi Allah Taala (Sentiasa lah bersangka baik dengan Rahmat & Redha Allah Taala)...In Shaa Allah..

Selamat Menyambut Tahun Baru 2013!

Wassalam....

Kongsikan Kebaikan dengan hanya 'LIKE', Sharing Is Caring!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Adsniaga Sponsor