Nuffnang Ads

Friday 10 August 2012

Masalah URAT Bersimpul & Berselirat.....

Masalah urat kaki bersimpul atau vena varikos boleh dilihat dengan jelas melalui simpulan urat berwarna kebiruan yang ada kalanya timbul pada permukaan kulit kaki, terutama di betis dan buku lali.

Biasanya ia tidak serius tetapi kadangkala ia boleh menyebabkan pelbagai masalah sehingga membuatkan seseorang sukar berjalan.

Istilah vena varikos diambil daripada perkataan ‘varix’ yang bermaksud simpul dan vena pula merujuk kepada salur darah. Salur darah utama dalam badan kita (juga dipanggil pembuluh darah) boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu arteri dan vena.

Arteri adalah salur yang membawa darah beroksigen dari jantung ke bahagian badan yang lain, manakala vena pula membawa darah tanpa oksigen kembali ke jantung.

Menurut Pakar Bedah Vaskular dan Endovaskular Pusat Perubatan Tropicana, Dr Lee Soon Khai, semua pembuluh darah berpotensi untuk bersimpul tetapi salur darah yang paling berisiko adalah di bahagian kaki.

Masalah urat kaki bersimpul timbul apabila berlaku kerosakan injap utama dalam salur darah vena (biasanya pada pangkal paha atau lutut) dan salur darah pada kaki menjadi lemah.

Pada keadaan semula jadi, darah kita mengalir dalam satu hala dan injap pada salur darah vena berperanan memastikan darah tidak beroksigen mengalir dari kaki ke jantung.

Selepas darah melalui injap, ia akan tertutup untuk mengelak darah mengalir balik ke kaki (aliran songsang). Apabila injap ini lemah, ia tidak boleh berfungsi dengan baik dan akan berlakulah aliran songsang darah.

Darah yang sepatutnya mengalir ke jantung akan berpatah balik dan berkumpul di dalam salur darah di kaki. Akibatnya, lama-kelamaan tekanan dalam salur darah meningkat yang akhirnya menyebabkan salur darah menjadi lemah, mengembung, membesar, memanjang dan akhirnya berbelit-belit.

“Pada peringkat awal, pesakit yang mengalami masalah urat kaki bersimpul biasanya mengalami kesakitan dan bengkak pada bahagian kaki.

“Sesetengah pesakit boleh mengesan masalah mereka kerana urat kaki bersimpul ini ada kalanya timbul dan simpulan urat boleh dilihat dengan jelas, terutama pada individu berkulit cerah.

“Masalah ini biasanya berlaku pada individu berumur antara 40 hingga 60 tahun dan lebih kerap dialami wanita (70 peratus). Oleh kerana aliran darah pada kaki terganggu, tisu di sekeliling salur darah tidak mendapat cukup oksigen dan kulit menjadi hilang warna atau menjadi pucat.

“Jika injap pada pangkal paha rosak, simpulan urat yang besar dan biru boleh dilihat pada paha tetapi ia lebih jelas pada belakang betis. Pada peringkat lebih teruk, kulit menjadi pucat dan bengkak pada buku lali,” katanya.

Menurut Dr Lee, punca sebenar masalah urat kaki bersimpul tidak diketahui tetapi pakar percaya beberapa faktor boleh menyebabkan masalah ini iaitu:

  • Faktor keturunan — Individu yang kedua-dua ibu bapa mengalami masalah ini mempunyai peluang 80 peratus mendapat masalah sama dan 50 peratus jika hanya seorang saja (ibu atau bapa) ada masalah ini. Bagaimanapun, ada juga kes (23 peratus) berlaku tanpa sebab yang pasti (tiada kaitan dengan keturunan)

  • Kehamilan — Hampir 70 peratus wanita mengandung mengalami masalah ini. Ini kerana kehamilan meningkatkan aliran darah dalam tubuh, peningkatan paras hormon progesteron menyebabkan salur darah mengembang dan rahim yang membesar menindih salur darah serta menyekat aliran darah balik ke arah jantung.

    Namun begitu, usah risau kerana tidak semua wanita hamil mengalami masalah ini. Bagi wanita yang mengalami vena varikos ketika mengandung, keadaan salur darah beransur pulih selepas tiga bulan bersalin. Namun, masalah ini berulang pada kehamilan seterusnya

  • Pekerjaan — Biasanya masalah urat kaki bersimpul lebih kerap dialami golongan yang perlu berdiri atau duduk lama ketika bekerja seperti guru dan pekerja kilang. Ini sebabnya kita disaran berhenti rehat dan melakukan senaman ringan atau kerap menukar posisi

  • Umur dan berat badan - Semakin seseorang itu gemuk, lebih mudahlah masalah urat kaki bersimpul terjadi. Masalah ini juga meningkat pada orang lebih berusia dan menjadi serius jika dibiarkan.

    Gejala

    Masalah vena varikos timbul perlahan-lahan dan proses itu tidak dapat dihentikan. Gejalanya boleh dilihat dengan mudah, sama ada pada paha atau belakang betis; mengikut kedudukan injap bermasalah.

    Jika injap pada pangkal paha yang bermasalah, urat kaki bersimpul boleh dilihat pada belakang paha dan betis.

    “Pada peringkat awal, pesakit mungkin mengalami gejala seperti kakinya cepat penat, terasa berat dan sengal otot. Pada peringkat akhir, kulit berubah warna menjadi pucat, kering, ulser, berlaku pendarahan apabila salur darah pecah dan sel darah merah keluar daripada kulit.

    “Apabila kaki kurang menerima oksigen, kulit menjadi pucat dan kering. Dalam keadaan ini, calar kecil pun boleh menyebabkan ulser.

    “Yang menyedihkan ialah ada pesakit hanya berjumpa doktor apabila tidak tahan sakit akibat luka dan ulser pada kaki,” kata Dr Lee.

    Antara gejala yang sering dilaporkan ialah:
  • Salur darah menjadi besar, berwarna biru, berbelit
  • Kaki bengkak
  • Bengkak dan sakit pada betis apabila berdiri atau berjalan lama
  • Berlaku perubahan pada warna kulit, kulit kaki menjadi pucat
  • Buku lali bengkak
  • Kaki cepat letih dan alami kekejangan pada waktu malam
  • Kulit menjadi nipis dan kering
  • Keradangan
  • Ulser (peringkat akhir)
  • Pendarahan (peringkat akhir)
  • Salur darah lebih halus nampak berselirat (juga dipanggil salur darah labah-labah).

  • Sumber : myMetro

    Sepanjang memperkenal & berkongsi tentang kebaikan Herba Urat Saraf Sendi Curmixplus, memang ada di kalangan Pelanggan yang mengalami situasi Urat Saraf Bersimpul & Berselirat ini mendapat keputusan yang baik & positif selepas mencuba amal Curmixplus ini. In Shaa Allah! 

    Info lanjut Curmixplus di SINI

    Masalah Angin Dalam Badan & Jenis Makanan "Berangin"

    Masalah Angin dalam Badan berpunca daripada kelemahan Sistem USUS BESAR dalam menjalankan proses penghadaman akibat daripada pengambilan makanan yang tertentu. 

    Gas yang terdapat dalam sistem penghadaman atau sistem Gastrointestinal selalunya mengandungi gas yang tidak berbau seperti Oksigen, Nitrogen, Karbon Dioksida, Hidrogen dan Metana. Ia mengandungi 99% gas buangan dalam Usus. 

    Komponen kecil “flatus” atau gas yang keluar melalui dubur, boleh dikaitkan dengan bau yang tidak menyenangkan mungkin disebabkan gas yang mengandungi sulfur. Ia biasanya dilepaskan oleh bakteria yang sememangnya ada dalam Usus Besar.

    Gas atau angin di dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) datangnya dari 2 sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat di hadam dengan baik dalam badan kita. 

    Berikut adalah makanan yang menyebabkan angin dalam badan:
    • Kacang
    • Sayuran seperti brokoli
    • Kobis
    • Taugeh
    • Bawang
    • Asparagus
    • Buah-buahan seperti pear, epel dan peach
    • Bijirin seperti roti gandum
    • Minuman ringan dan jus buah
    • Susu dan produk daripada susu dan keju
    • Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.
    Info : Melayukini.net

    Sedang tercari-cari Herba Kampung yang membantu Masalah Angin Dalam Badan yang selamat & berkesan sejak puluhan tahun?

    Boleh dapatkan info lanjut di SINI

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...