Nuffnang Ads

Tuesday 7 July 2015

Kami Dah Tak Sabar Untuk Tampil Baru....

Alhamdulillah, kita semua telah memasuki fasa terakhir Ramadhan, sedihnya terasa sangat kerana Ramadhan bakal meninggalkan kita, Allah, moga-moga Allah beri kekuatan untuk terus memburu Lailatul Qadr...

Di sini juga kami ingin memaklumkan bahawa HerbaMalays akan tampil dengan wajah baru dari segi Logo, Packaging, Website, Sistem & sebagainya, penampilan yang lebih meyakinkan untuk tujuan 'Positioning' dalam pasaran...

Kami buat semua ini kerana kami percaya bahawa kami boleh membantu lebih ramai lagi mereka yang memerlukan di luar sana, jadi penampilan yang lebih bagus akan membantu meyakinkan para pengguna untuk terus menggunakan produk keluaran HerbaMalays selain memastikan kualiti produk kami sentiasa terbaik & terjamin...In Shaa Allah...

Kami juga berharap dengan usaha ini akan terus membantu keseluruhan Rakan Niaga kami di Semenanjung juga Sabah & Sarawak, kerana dengan usaha mereka juga HerbaMalays semakin dikenali...Alhamdulillah...

Apa yang kami nampak tentang HerbaMalays mungkin tak sama dengan apa yang orang lain nampak tentang kami kerana kami mempunyai VISI, MISI, Objektif yang cukup besar untuk 10 tahun, 20 tahun malah 30-50 tahun akan datang....

VISI kami adalah untuk melihat "Formula Herba Peninggalan Tradisi Ke Seluruh Asia & Global", dengan MISI kami clear untuk berusaha mengumpulkan seberapa banyak cerita daripada generasi terdahulu yang mempunyai kepakaran dalam rawatan herba tradisional. Kami juga tahu, sekiranya tiada usaha untuk mengumpulkan cerita hebat tentang herba tradisional daripada pengalaman mereka, maka ia akan terus lenyap ditelan zaman, kerana segala rahsia berada di dalam dada mereka...In Shaa Allah...

Sepanjang kami berkongsi tentang produk herba tradisional kami kepada keseluruh Pelanggan kami, kami melihat terdapat banyak lagi masalah-masalah kesihatan yang masih belum dapat diselesaikan melalui rawatan konvensional, jadi kami melihat usaha mengkomersialkan produk herba tradisional melalui formula kesihatan semulajadi daripada pengalaman orang-orang generasi terdahulu adalah sangat perlu untuk memastikan manusia mendapat rawatan secara semulajadi & seterusnya tidak bergantung kepada kaedah perubatan yang memberi kesan jangka panjang yang tidak baik kepada pengguna...

Kami sangat berpegang dengan Hadis Baginda Nabi SAW : "Setiap penyakit ada ubat penawarnya & apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan Izin Allah..." - Maksud Hadis Riwayat Muslim-

Bermakna pada kami, jika sesetengah ubat yang mempunyai bahan kimia yang memberi kesan buruk jangka panjang kepada Pengguna, ia bukanlah UBAT/PENAWAR, tapi ia adalah "Pembunuh" dalam masa jangka panjang...

Jadi, disebabkan inilah, HerbaMalays wujud untuk memberi pilihan dengan slogan kami adalah "Life With Think Alternative" ...Alhamdulillah, In Shaa Allah moga Allah beri kemudahan Dunia & Akhirat di atas segala usaha ini...Ameen...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...