Nuffnang Ads

Sunday 30 December 2012

Hari Terakhir 2012....Muhasabah Diri....

Assalamualaikum....

Hari ini 31/12/12 merupakan hari terakhir kita semua berada di Tahun 2012...Saya bagi pihak HerbaMalays mengucapkan Selamat Tahun Baru dan Selamat Datang 2013...

Pada kesempatan ini juga saya memohon maaf kepada semua jika ada kekurangan dan kelemahan dari segi perkhidmatan kami selama anda semua berjual beli dengan kami...Moga-moga urusan jual beli kita selama ini dan akan datang, sentiasa diredhai dan diberkati oleh Allah Taala....

Diharapkan segala Perkongsian kami sepanjang tahun ini akan/telah memberi manfaat bersama sesama kita....Segalanya adalah Kisah Benar dari anda semua juga yang saya kongsikan/panjangkan untuk bacaan kepada mereka yang memerlukan....

Sentiasalah kita semua bermuhasabah diri apakah Kebaikan, Kebajikan, Usaha/Kudrat kita pada tahun 2012 yang telah kita sumbangkan untuk memberi manfaat kepada orang lain....

Sabda Nabi : "Barangsiapa yang tidak memperdulikan hal umat ku, maka mereka bukan di kalangan kami"....Subhanallah....

Justeru, sentiasalah kita fikir-fikirkan apakah Usaha kita untuk terus berada di kalangan Umat Nabi saw....Memang tak dinafikan kita sekarang ini, semuanya bergelar Umat Nabi saw, tapi adakah kekal kita di kalangan Umat Nabi saw di Padang Mahsyar dan Negeri Akhirat kelak....???(Dunia memang kita boleh claim sebagai Umat Nabi saw, tapi di "sana"?)

Kerana, takut-takut dengan sikap kita yang jarang memikirkan hal umat yang lain atau sentiasa mementingkan diri...Menyebabkan Nabi Saw meletakkan kita bukan di kalangannya di Akhirat kelak....Nauzubillah....

Saya sentiasa menasihatkan diri saya untuk berusaha mencari peluang dan ruang untuk membantu orang lain ikut kemampuan saya (Bila ada kemampuan bersegera untuk kongsikan pada orang lain), kerana Allah Taala tidak memandang kepada berjayanya setiap apa yang kita telah lakukan...Tapi, Allah Taala tanya apa USAHA yang telah kita lakukan....?

Walaupun USAHA saya kecil di sisi manusia, harapan saya ia akan dipandang besar di sisi Allah Taala.... (Sentiasa Bersangka Baik)...Amin, In Shaa Allah...Kerana, kalau nak dibandingkan dengan amalan Para Sahabat, saya kira 0.000000001% pun belum kita capai kerana pernah disebut Nabi SAW hebatnya IMAN Saidina Abu Bakar As-Siddiq adalah jika dikumpulkan Keimanan seluruh Penduduk Islam Madinah, nescaya ia tidak akan boleh menandingi Keimanan Saidina Abu Bakar yang seorang..(Dalam Madinah waktu tu ada ramai Sahabat-sahabat yang lain)..SUBHANALLAH!....

Jadi, apa Usaha kita nak mendapat Keredhaan Allah...?Kewajipan seharian kita terhadap Allah tak boleh tidak memang kita wajib laksanakan, cukup ke dengan amalan wajib yang kita laksanakan seharian sebagai ganti balas untuk mendapatkan Syurga kerana layaklah bagi Rabiatul Adawiyah untuk menduduki Syurga kerana beliau Solat Sunat Malam sehingga 300 rakaat setiap malam (Allah Taala redha & berkati beliau)..Subhanallah....Muhasabah Diri....

Dunia nak dibanding dengan Akhirat??? Ulama' pernah sebut : "Perbandingan antara Dunia dengan Akhirat adalah seperti kita celupkan 1 jari kita ke dalam lautan, maka air yang melekat di jari itulah Negeri Dunia, manakala air lautan yang meluas itu adalah Negeri Akhirat....." Subhanallah....

Kita nak capai taraf amalan Sahabat, memang kita akui kita ni umat yang lemah dah...Jadi, fikirkanlah pula usaha yang lain yang boleh kita harapkan supaya boleh dikira sebagai amalan yang kita boleh gantikan untuk mendapat redha Allah bagi menduduki Syurga Allah Taala....Kerana setiap amalan yang kita lakukan di atas muka bumi Allah ni adalah semata-mata untuk mendapat Keredhaan Allah, kerana tanpa Redha & Rahmat Allah Taala, apalah ertinya amalan kita......

Saya menyeru kepada diri saya dan semua supaya setiasalah berkasih sayang dan bantu membantu sesama kita, kerana tiada apa yang ruginya...Semuanya akan dihisab di hadapan Allah Taala di Padang Mahsyar nanti....Moga-moga sikap kita yang sentiasa memperdulikan hal orang lain yang positif, akan dikira sebagai besar di sisi Allah Taala (Sentiasa lah bersangka baik dengan Rahmat & Redha Allah Taala)...In Shaa Allah..

Selamat Menyambut Tahun Baru 2013!

Wassalam....

Tuesday 18 December 2012

Kisah Mat Rempit Mati Hidup Semula...SUBHANALLAH!

Assalamualaikum....

Baru-baru ni saya ada membeli Majalah Mastika keluaran yang terbaru 2013....Saya sangat-sangat tergerak hati untuk berkongsi Kisah yang bertajuk "Azab Seksaan Kubur Untuk Mat Rempit"....Nak taip sebiji-biji memang panjang...Jadi, saya kongsikan Sinopsis nya sahaja ye....

Saya maklum, pasti ramai yang dah tau tentang Kisah Benar ni, saya je kut yang baru terbaca cerita penuhnya dalam Majalah Mastika yang saya beli baru-baru ni....

Insan Terpilih tersebut bernama Dawawi dari Perak yang ceritanya berlaku sekitar tahun 80-an dahulu...Diringkaskan cerita, Dawawi telah ditakdirkan Allah dengan pengesahan Hospital bahawa beliau telah meninggal dunia dengan asbab merempit....

Setelah dikebumikan selama 3 hari di dalam Kubur, setiap malam dalam 3 hari itu....Ibunya telah bermimpi anaknya Dawawi masih hidup dan merayu kepada Ibunya untuk digali semula kuburnya....Mungkin malam yang pertama bermimpi, Ibunya menganggap bahawa ia sekadar mainan tidur....

Setelah Tiga hari berturut-turut bermimpi yang sama, Ibunya menangis dan berkeras meminta Abg Arwah supaya mendapatkan Surat Perintah daripada Pihak Berkuasa untuk digali semula Kubur anaknya itu....Setelah segala urusan surat menyurat selesai dan setelah mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa, maka tibalah hari yang penuh mendebarkan kepada seluruh orang kampung bagi menyaksikan urusan penggalian semula kubur "Arwah Dawawi"....

Semua yang berkenaan telah bersiap sedia di tepian kubur yang hendak digali, kiri kanan penuh dengan Polis, Doktor dan sebagainya....

Setelah penggalian bermula, tanah mula disodok sedikit demi sedikit....Dengan penuh mencemaskan....Masya-Allah....Astaghfirullah!...Sesungguhnya apa yang dijanji oleh Allah adalah benar....!

Mayat baru sahaja 3 hari, tetapi kain kapan yang membalut jenazah telah koyak rabak seperti dicarik-carik serta tubuh Dawawi dipenuhi kesan luka torehan...Luka bergarisan memanjang. bagai kesan dilibas sesuatu yang amat tajam dan lukanya dalam hingga nampak daging, namun tidak berdarah....

Dalam keadaan yang amat cemas tu....ada suara yang mengatakan Dawawi masih hidup lagi!....Itulah suara Doktor yang telah bersiap sedia di tepian kubur bagi menanti sebarang kemungkinan.....

Tanpa berlengah, Dawawi di bawa ke Hospital, 6 bulan Dawawi koma...Sebaik sedar, air matanya terus berjuraian....Matanya sentiasa berkaca......Rakan baik nya yang bernama Mus yang masih terkejut Dawawi yang "Hidup Semula" bertambah bimbang dengan kelakuan Dawawi yang banyak berdiam diri selepas kejadian tersebut.....Bagi Mus, Dawawi bertambah pelik kerana dia banyak termenung dan menangis serta selalu mendekatkan diri untuk belajar agama...(Sebelum ni merempit sahaja)..Dawawi yang dulunya jahat sudah bertukar menjadi baik....

Setelah setahun berlalu, Dawawi bersedia untuk bercerita tentang segala apa yang telah berlaku ke atas dirinya....Mus adalah antara salah seorang yang mendengar cerita Dawawi...

"Jika korang rasa apa yang aku telah rasa sewaktu 'di sana' dulu, sungguh korang takkan melakukan perkara yang mendatangkan dosa dalam hidup!"....Dawawi memulakan ceritanya....

Sewaktu Imam habis membaca Talkin di kuburnya dan  semua telah beredar meninggalkan kubur....Dawawi mengatakan bunyi tapak kaki kamu semua yang meniggalkan kuburnya berdentum dan bergema sangat kuat sebanyak 7 kali bagaikan halilintar yang membelah bumi....Waktu tu Dawawi menutup kedua-dua belah telinganya....

Setelah bunyi tersebut menyepi...Bunyi Sretttttttttt!........Sretttttttttt!...Seakan rantai besi yang diseret di atas lantai bergema...Dirinya betul-betul ketakutan waktu tu....Tiba-tiba dari hadapannya, 2 orang lelaki yang memakai serban dan berjubah putih, dengan membawa rantai besi sebesar lengan, besi itu sangat panjang sehinggakan penghujungnya tidak kelihatan...! Subhanallah....(Sayu hati saya membaca kisahnya)....

Dengan semua soalan yang telah "Bocor" sewaktu hidup di dunia ditanya kepada Dawawi, "MA RABBUKA!", "MA NABIYYUKA!", "MA DINNIKA", "MA KIBLATUKA!", "MA IMMAMUKA!", "MA IKHWANUKA!"....Dawawi mengatakan tiada 1 pun soalan yang boleh dijawab olehnya....Beliau faham dengan soalan tersebut walaupun beliau tidak pernah tahu bahasa arab!.....

Dawawi dilibas dengan rantai besi tersebut sehinggalah apabila libasan berlaku, rantai besi tersebut terus melilit seluruh anggotanya...Subhanallah..!

Beliau menjerit dan berkata : "Tolong aku Ya Allah, Aku bertaubat! Ampunkanlah dosa aku!.... Hanya itu sahaja ratapannya waktu tu....Sehabis sahaja soalan tu, beliau tersedar bahawa beliau telah hanyut di dalam sungai...Dalam keadaan tidak bermaya, sekali lagi beliau mendengar bunyi seretan rantai besi sebesar lengan yang telah melibasnya sebentar tadi....

Hamba Allah yang berjubah tadi....Bertanya lagi : "MA RABBUKA!"....Masih tidak boleh dijawap oleh Dawawi, maka dilibasnya lagi besi tersebut ke tubuh Dawawi...Setelah libasan tersebut, pandangannya gelap gelita, apabila sedar Dawawi mengatakan bahawa beliau telah terlantar di wad Hospital.....Subhanallah...!

Mus dan rakannya yang mendengar segala kisah Dawawi turut sama menangis bersama Dawawi....

Allah memberi peluang untuk Dawawi "Hidup Semula" sebagai peringatan dan tanda kesayangan Allah kepada Dawawi dan keseluruh Hamba-hambaNya termasuk lah kita....

Dawawi hanya "Hidup Semula" selama 3 Tahun, dalam waktu tu beliau tidak pernah mensia-siakan atau membiarkan harinya terbuang tanpa diisi dengan amal ibadah.....Katanya : "Aku takut jika aku mati lagi, amal ibadahku tidak cukup untuk membantu aku di sana...." Subhanallah!

Dawawi "Kembali Semula" pada Allah dalam tidur selepas menunaikan solat malam ketika menunggu tiba waktu Subuh...Umurnya ketika "Meninggal Dunia" kali pertama adalah 19 Tahun, dan kali keduanya "Meninggal Dunia" 3 Tahun selepas itu....

Cerita ini teramat memberi kesan kepada saya dek kerana mengenangkan umur yang Allah Taala beri ketika ini tidak banyak saya rasa digunakan untuk menuju ke jalan Allah....Lepas solat akan terngiang-ngiangla cerita seksaan Dawawi ini di pandangan hati saya.....

Marilah bermuhasabah diri dan semak semula amalan kita untuk dibawa menghadap pada Allah ketika nyawa dicabut nanti....Allah tak pilih kita untuk merasai pengalaman yang dirasai Arwah Dawawi, tapi Allah pilih kita untuk tahu dan mengambil iktibar tentang Kisah Arwah Dawawi....

Moga-moga menjadi pengajaran dan iktibar kepada semua serta dapat bertemu dengan Allah di Akhirat nanti dengan amal yang berkualiti....In Shaa Allah...

Cerita sepenuhnya di Majalah Mastika edisi terbaru 2013...

Wassalam.

Sumber : Majalah Mastika edisi 2013

Sunday 4 November 2012

Kisah Allah Menciptakan Jibrail A.S

Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa: “Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat Jibrail dengan bentuk yang sangat elok. Jibrail mempunyai 124,000 sayap dan di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti sayap burung merak, sayap itu antara timur dan barat. Jika Jibrail menebarkan hanya satu daripada beberapa sayap yang dimilikinya, maka ia sudah cukup untuk menutup dunia ini”.

Setelah memandang dirinya yang tampak begitu indah dan sempurna, maka malaikat Jibrail pun berkata kepada Allah : “Wahai Rabbku, apakah Engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik daripada aku?”
Kemudian Allah pun menjawab pertanyaan malaikat Jibrail : “Tidak”.
Mendengar jawapan Allah, maka malaikat Jibrail pun berdiri dan melakukan solat dua rakaat untuk bersyukur kepada Allah. Pada setiap rakaat solat yang dikerjakan oleh malaikat Jibrail, dia menghabiskan masa selama 20,000 tahun lamanya.

Setelah malaikat Jibrail selesai melaksanakan solatnya, kemudian Allah pun berfirman kepadanya :
“Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembahKu seperti ibadah yang kamu lakukan, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia, yang paling Aku cintai bernama Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa.

Seandainya mereka mengerjakan solat dua rakaat walau hanya sebentar dan dalam keadaan lupa serta serba kurang, dengan pikiran yang melayang-layang dan dosa mereka pun besar, maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai daripada solatmu. 

Hal tersebut kerana mereka telah mengerjakan solat itu atas perintahKu sedangkan solat kamu bukan atas perintahKu”. (Sedanngkan Jibril, mendirikan Solat bukan dengan Perintah Allah)

Setelah mendengar hal tersebut, Jibrail pun kembali bertanya kepada Allah : “Ya Rabbku, apakah yang Engkau berikan kepada mereka sebagai ganjaran atas ibadah mereka kepadaMu?”

Maka Allah berfirman yang ertinya : “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal mereka”. Malaikat Jibril kemudian meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa tersebut.

Setelah Allah memberikan izin kepadanya, maka malaikat Jibrail pun mengembangkan sayapnya dan terbang menuju syurga Ma’waa. Satu hayunan sayap malaikat Jibrail adalah sama dengan jarak perjalanan selama 3000 tahun. Maka terbanglah malaikat Jibrail selama beberapa lama perjalanan, malaikat Jibrail akhirnya kepenatan dan turun untuk singgah dan berteduh di bawah sebuah pohon.

Di sana ia bersujud kepada Allah lalu berkata : “Ya Rabbku, apakah aku telah menempuh setengah atau sepertiga atau seperempat dari perjalanan menuju ke syurga Ma’waa?”

Maka Allah pun berfirman : “Wahai Jibrail, meskipun kamu mampu terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa puluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan”. (SUBHANALLAH)

Sabda Rasulullah : “Sebelah kanan sayap Jibrail terdapat gambar syurga berserta dengan segala isinya termasuk bidadari-bidadari, istana, pelayan dan sebagainya manakala sayapnya yang sebelah kiri terdapat gambar neraka dan segala isinya yang terdiri daripada beberapa macam ular yang cukup bisa, kala jengking dan neraka yang bertingkat-tingkat serta penjaganya yang terdiri daripada malaikat yang garang dan ganas yakni malaikat Zabaniyah“.

Kata Rasulullah lagi : “Apabila telah sampai ajal seseorang itu, maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang kecil pada badan manusia kemudian mereka akan menarik rohnya dari kedua telapak kaki hingga lutut dan mereka pun keluar. Setelah itu datang lagi sekumpulan malaikat masuk menarik roh dari lutut ke perut. Begitulah seterusnya dari perut ke dada dan dada ke kerongkongnya. Itu saat nazak seseorang”.

“Kalau orang yang nazak itu orang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang sebelah kanan sehingga orang itu dapat melihat kedudukannya di syurga sehingga terlupa orang-orang di sekelilingnya. Jika orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap sebelah kiri untuk menunjukkan tempatnya di neraka sehingga ia menjadi sangat takut serta lupa kepada keluarganya”, kata Rasulullah.

Kita sebagai umat Islam mesti mengakui kebenaran ini dan ia adalah sama seperti kita beriman kepada perkara ghaib. Tidaklah mustahil bagi Allah untuk menciptakan segala sesuatu kerana Dia maha pencipta. Cukuplah sekadar kita melihat langit yang tidak bertiang, bukankah ia perkara mustahil bagi manusia untuk membuatnya?

Begitulah Mulianya kita dibangkitkan menjadi Umat Nabi Muhammad SAW...Walaupun Solat kita adalah Solat Umat yang lalai dan leka, tetapi ia dipandang tinggi di sisi Allah kerana kita adalah makhluk yang melakukan Ibadah semata2 kerana PERINTAH ALLAH & membuktikan juga bahawa betapa Cinta & Kasihnya Allah Taala terhadap mereka yang Mengerjakan PerintahNYA....Subhanallah... 

JOM! bersungguh-sungguh untuk terus Bekerja di Kerajaan Allah Taala....

Rujukan & Sumber : Himpunan kisah-kisah teladan & http://www.myberita.com

Monday 22 October 2012

Asal Usul api di dunia, Jibrail A.S. Mengambil Api dari Neraka.....


Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi Adam ASdihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan maka Allah SWT telah memerintahkan malaikat Jibril AS supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam AS. Maka Jibril AS pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.
 
Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam AS.
 
Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?
 
Jibril : sebesar kurma. 
 
Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.
 
Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma…
 
Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..
 
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril AS pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia.
 
Allah SWT pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka Jibril AS pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukkan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai.
 
Selepas itu Jibril AS pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan diatas sebuah bukit yg tinggi.Sejurus setelah diletakkan api tersebut,tiba-tiba bukit itu terus meleleh dan cair.Maka cepat-cepat malaikat Jibril mengambil semula api tersebut dan menghantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yg sering kita gunakan untuk pelbagai keperluan termasuk api gunung berapi dan sebagainya.
 
PENGAJARAN
Bayangkanlah kepanasan api neraka yang sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.

Semoga Perkongsian ini membawa manfaat bersama... InsyaAllah...

Sumber : http://luvislam92.blogspot.com

Wednesday 26 September 2012

Bersihkan USUS dengan GreenFIT & Turunkan Berat Badan Anda......

Assalamualaikum....

Bulan Syawal telah pun berlalu, tetapi walaupun telah berlalu ramai jugak yang masih lagi buat Open House...Betul x?

Kalau dah banyak Open House tu pastinya makan pun banyak kan? Kesian pada perut yang mungkin tak sempat atau tiada masa yang cukup untuk melalui Proses Penghadaman....huhu...

Untuk itu, jangan risau....HerbaMalays ada GreenFIT yang mengandungi pelbagai khasiat....Salah satunya untuk membersih atau menghijaukan saluran usus anda dan membantu menggalakkan proses penghadaman makanan kita....

Ada juga yang menjadikan produk GreenFIT ini sebagai untuk menurunkan berat badan....Banyak dah Testimoni....Tak PERCAYA??? Boleh tengok di bawah.... :)



Apa lagi tunggu??? Jom CUBA!!! :)

Sebarang Komen/Cadangan mahupun Pesanan....Sila Call/SMS/Email Admin....SHARING IS CARING....TQ

Wassalam...

Call/SMS 013 356 6177

Friday 21 September 2012

Pad Herba AVAIL lebih selamat......


Assalamualaikum dan Selamat Pagi.... : )

Pagi-pagi lagi dah rasa nak kongsikan tentang Pad Herba AVAIL ni....Boleh lihat kan gambar di atas? :)

Ia adalah antara ujikaji yang dilakukan untuk melihat tahap keselamatan kedua-dua jenis Tuala Wanita iaitu Tuala Wanita Biasa dengan Pad Herba AVAIL....

Tuala Wanita dimasukkan dalam akuarium yang berasingan dengan di dalamnya diletakkan masing-masing seekor ikan hidup....

Selang beberapa minit, dilihat bahawa ikan yang berada di dalam akuarium yang diletakkan Tuala Wanita Biasa telah mati, sedangkan dalam masa yang sama ikan yang berada dalam akuarium yang diletakkan Pad Herba AVAIL masih hidup......

Respon ikan yang berbeza ini membuktikan bahawa Tuala Wanita Biasa mempunyai Bahan Kimia Larangan yang berbahaya yang kemungkinan boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada si pemakainya....

Manakala, sifat Pad Herba AVAIL yang neutral TANPA sebarang jenis Bahan Kimia telah membolehkan ikan tersebut untuk terus hidup....Ini akan memberi keyakinan kepada si pemakai bahawa penggunaan Pad Herba AVAIL adalah lebih selamat berbanding Tuala Wanita Biasa yang berlambak dalam pasaran...

Diharap perkongsian ini memberi maklumat yang berguna dan bermanfaat kepada semua....Sebarang Komen/Cadangan mahupun Pesanan, Sila Call/SMS/Email admin HerbaMalays...SHARING IS CARING :)

Wassalam...

Call/SMS 013 356 6177

Mengesan KANSER setelah pakai Pad Herba AVAIL....

Entry ni saya tuliskan sebagai perkongsian kepada kaum Hawa....Dulu ada seorang pelanggan akak saya yang telah mencuba pakai Pad Herba Avail....

Selang beberapa hari beliau pakai, beliau datang kepada akak saya dan mengadu bahawa beliau terasa panas dan gatal setelah memakai Pad Herba ini....Akak saya pun terangkan bahawa mungkin kesan awal yang beliau mesti alami kerana Herba di dalam Pad tersebut sedang bertindak untuk merawat segala jenis Masalah Sakit Puan dalam badan dek kerana sudah terlalu lama beliau memakai Tuala Wanita yang diperbuat daripada Recycle Paper seperti yang berada dalam pasaran.....

Asalnya wanita tersebut bersetuju tetapi masih tidak berpuas hati kerana bimbang terdapat kesan yang buruk atau negatif akibat daripada pemakaian Pad Herba tersebut.....

Beliau bercadang untuk meminta nasihat Pakar/Doktor, akak saya pun tanpa menerangkan dengan lebih lanjut terus menggalakkan beliau untuk pergi mendapatkan nasihat Pakar tersebut....(Dalam hati akak saya kata risau juga, sebab takut jadi apa-apa pada pelanggannya itu).

Setelah mendapatkan rawatan dan nasihat Pakar, wanita itu mengatakan bahawa Pakar tersebut mengesahkan bahawa beliau mempunyai tanda-tanda awal untuk menghidap sejenis Kanser (saya tak sure Kanser apa)....

Wanita itu mengatakan bahawa beliau bersyukur kerana dapat mengesan Kanser tersebut setelah memakai Pad Herba AVAIL ini...

Ini kerana, kebanyakan kes Kanser yang berlaku selalunya hanya atau akan dapat dikesan setelah ia masuk ke tahap 4/Kronik/Kritikal....Betul tak saya kata?....

Jadi, bila dapat dikesan pada tahap awal, selalunya terdapat langkah-langkah berjaga bagi menghalang sesuatu Kanser untuk terus merebak dan seterusnya masuk ke tahap yang lebih Kronik yang selalunya jarang untuk boleh diubati mahupun dirawat.....

Harap perkongsian ini, memberi manfaat dan ilmu yang berguna sesama kita....Sebarang Komen/Cadangan mahupun sebarang Pesanan, sila Call/SMS/Email admin...TQ

Wassalam...

Call/SMS 013 356 6177

Wednesday 19 September 2012

Fakta dan Punca Sakit GOUT.....


GOUT

Penyakit Gout merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout dan pasti ada bagi penyakit gout walaupun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gaut.
GOUT memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.
Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.
Gout mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dulu dan dikatakan antara penyakit tertua. Dulunya ia dipanggil penyakit orang kaya lantaran ia dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat.
Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.
Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.
Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Robert Penafort, punca sebenar masalah metabolik masih belum diketahui bagaimanapun individu yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga berisiko mendapat gout.
Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, type IV hyperlipidaemia, diabetes mellitus, ischaemic heart disease dan hypertension. Kadang kala, seseorang itu mewarisi kecacatan genetik dari keluarga mereka.

Tisu lembut
Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat; asimptomatik (tiada simptom), akut, interkritikal dan kronik. Dalam kes akut, simptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi.
Manakala bagi peringkat kronik, serangan gout boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam.
Pengumpulan asid ini boleh dilihat melalui kulit akibat pembentukan bonjolan kecil yang dipanggil tophi. Pada keadaan yang lebih serius, tophi yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.
“Selain kaki, gout juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain seperti buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan. Kesakitan boleh berlanjutan antara lima hingga 10 hari mengikut keadaan pesakit. Sendi yang diserang gout akan bengkak, merah dan panas.
“Secara semula jadi asid urik akan larutkan dalam darah dan disingkirkan daripada badan melalui air kencing. Adakalanya badan menghasilkan terlalu banyak sehingga ia berkumpul menjadi kristal berbentuk jarum pada sendi atau tisu sekelilingnya menyebabkan sendi bengkak dan sakit,” katanya.
Bagaimanapun, bukan semua sakit sendi disebabkan kristal asid urik kerana pemendapan kalsium pirofosfat dihidrat juga boleh menyebabkan kesakitan pada pergelangan kaki, lutut dan pergelangan tangan — yang dipanggil gout palsu atau pseudogout.

Tanda-tanda

Ciri-ciri klasik adalah sakit melampau ( excruciating pain ) yang mengejut biasanya bermula hanya pada satu sendi, terutamanya ibu jari kaki (75% daripada serangan pertama adalah sendi metatarsal-phalangeal pertama).


FAKTOR RISIKO
·  Jantina — Secara umumnya, lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus kes yang dilaporkan.
·  Gaya hidup — Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapat gout.
·  Obesiti — Terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.
·  Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat — Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan gout.
Individu yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba dan terlantar lama juga boleh mengalami peningkatan asid urik dalam badannya. Malah, ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan pesakit.
 
·  Genetik — Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.
·  Umur — Biasanya gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid.

Bila sepatutnya mendapatkan rawatan? Kata Dr Penafort, apabila sendi berasa panas, bengkak dan sakit kerana jika tidak dirawat masalah ini akan bertambah buruk serta boleh menyebabkan kerosakan sendi.

Malah, individu yang mengalami masalah kencing manis, obesiti, anemia, pesakit buah pinggang atau pengambilan ubat yang mengganggu pengkumuhan asid urik turut berisiko mendapat gout. .

Menurut Dr Penafort, asid urik biasanya disingkirkan daripada badan melalui air kencing dan najis. Kegagalan badan mengeluarkan asid urik berlebihan akan menyebabkan ia mendak dan berkumpul sama ada di sendi, buah pinggang atau kulit.

Mewarisi

Gout juga biasa dikaitkan dengan tabiat pemakanan tidak sihat dan seimbang. Walaupun begitu, dalam sesetengah kes ia boleh diwarisi, terutama individu yang tiada enzim untuk membuang asid urik.

Gout juga boleh disebabkan masalah obesiti, gemuk, tekanan, kerosakan buah pinggang. Bagi individu yang mempunyai masalah gout, mereka disarankan untuk berpantang sedikit dan menghindarkan makanan kaya purin seperti bijirin, makanan laut, makanan berprotein tinggi, ikan bilis, minuman keras, kicap, teh dan kopi. Sebaliknya, minum lebih banyak air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dan kerap bersenam.

Buat masa sekarang, tiada rawatan khas untuk menyembuhakan gout tetapi masalah ini boleh diatasi dan dikawal dengan mengambil ubat tahan sakit seperti endometacin (indocid) dan diclofenac (voltaren).

Individu yang kerap mengalami serangan gout sebaik-baiknya mempunyai bekalan ubat allopurinol di rumah untuk mengimbangkan paras asid urik dalam badan yang perlu diambil sepanjang hayat.


Beberapa ubat yang dicadangkan bagi rawatan jangka panjang termasuk uricosuric (probenecid dan sulphinpyrazone).

Manakala untuk serangan mendadak, pesakit boleh mengambil ubat antiinflamatori bukan steroid (NSAIDs), colchicine (untuk serangan yang kurang kerap) dan corticosteroids.

Diagnosis

Diagnosis tepat bagi gout adalah melalui microscopi ( fluid aspirated ) sendi dari sendi (ujian ini mungkin sukar dilaksanakan) untuk membuktikan kristal monosodium urate intrasellular dalam cecair synovial polymorphonuclear leukocytes.
Aras Serum urate biasanya meningkat. Serum urea dan creatinine mungkin meningkat sekiranya terdapat kegagalan ginjal.

Rawatan

Rawatan awal adalah penghilang sakit. Apabila diognasa telah disahkan, dadah pilihan adalah ( colchicine, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), atau intraarticular glucocorticoids )-(Dalam bahasa Inggeris).

Rawatan jangka panjang adalah terapi antihyperuricemik. Perubahan permakanan mampu membuat perubahan kecil kepada mengurangkan aras plasma urate jika diet rendah ( purines ) diambil. Rawatan utama gaut adalah dadah allopurinol, satu pemendam xanthine oxidase, yang bertindak dengan mengurangkan penghasilan asid urik, dan meningkat penyingkiran asid urik berlebihan melalui air kencing.

Keputusan mengambil allopurinol sering kali merupakan keputusan sepanjang hayat. Terdapat pesakit yang berhenti pengambilan allopurinol diketahui kembali mendapat gaut arthritik akut, disebabkan pertukaran aras serum urate kelihatannya meningkatkan penhasilan kristal.

Oleh kerana arterial hypertension sering wujud seiring dengan gout rawatan yang diberikan dengan menggunakan losartan, musuh penerima AT, mungkin mempunyai kebaikan tambahan pada aras plasma asid urik. Dengan ini, losartan boleh mengimbangi kesan sampangin negetif thizides pada metabolisma pesakit gaut.

Menariknya, sejenis dadah lain, fenofibrate, digunakan untuk merawat hyperlipidemia, juga memberikan kesan baik pada kesan uricosuric.

 



  Diet rendah Purine:
  • ceri didapati mampu mengurangkan asid urik
  • strawberry juga dikatakan membawa kebaikan sekiranya di makan.
  • elakkan makanan tinggi purine, iaitu yang berasal dari sumber protin
  • hadkan daging kepada satu hidangan sehari
  • Jangan makan
    • sweetbreads, buah pinggang, hati, otak, atau sebarang daging organ lain
    • sardin
    • ikan bilis
    • hasil daging, consommés, dan ( gravies )
  • Guna secara berhemah:
    • asparagus, kacang, lentils, peas, cendawan, cauliflower, spinach, rhubarb
  • Elakkan kurang air:
    • Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate;
    • Cuba elakkan makanan atau ubat diuretik seperti aspirin, vitamin C, tea dan alkohol.
  • Joe-Pye weed menyingkir asid urik dengan pantas, tetapi pengunaan berterusan boleh merosakkan hati atau buah pinggang. 

Selainnya, Herba Kampung CurmixPlus sangat membantu situasi Gout, info lanjut di SINI
Sumber : Tayibah.com 
 

Friday 7 September 2012

Tutorial Cara Mencuci Pad Herba serta Pelbagai Kegunaan Lain....

Assalamualaikum...

Segala Puji-Puji hanya layak untuk Allah SWT....

Kali ni HerbaMalays ingin berkongsi tentang cara mencuci Pad Herba FC Bio Sanitary ni....Entry ni saya tuliskan bila saya survey beberapa Forum di dalam Internet...Kebanyakannya Forum tentang wanita...

Mungkin ada yang dah tahu, mungkin ramai juga yang belum tahu....Bila masuk Forum tersebut, saya lihat ramai yang pernah pakai Pad Herba ni, tetapi STOP pakai atas alasan susah nak cuci Pad Herba ini setelah diguna pakai....

Bila terbaca tentang kesulitan mereka untuk mencuci Pad Herba ini, saya teringat 2-3 Tahun yang lepas, masalah yang sama berlaku kepada Sepupu saya....Saya duk cerita pada dia dan meminta dia supaya jangan pakai lagi Pad dalam pasaran yang diperbuat daripada Recycle Paper tetapi cuba lah tukar kepada Alternatif Tuala Wanita 100% kapas ni...

Jawapan yang sama saya terima daripada Sepupu saya ni, dia kata : "Pad Herba ni memang bagus dan selesa pakai tapinya saya dah stop sebabnya susah nak cuci la...."

Waktu tu saya senyum je dan jawap sebenarnya tak perlu cuci (gonyoh-gonyoh) Pad Herba ni setelah digunapakai...Teramat senang untuk mencucinya...

Dalam Pad Herba ni sebenarnya terdapat Gel Herba....Gel Herba ni selain membantu untuk memberi rawatan, ianya bertindak membantu darah haid wanita yang keluar untuk terus terserap ke dalam Gel Herba ni....Jadi, bagusnya Tuala Wanita Herba 100% Kapas ni adalah ianya sentiasa KERING ( Kebanyakan Tuala Wanita dalam pasaran apabila darah haid keluar ianya tidak terserap jadi akan ada lendiran di atas permukaan  Tuala Wanita tersebut).

Bila keseluruhan Darah Haid telah terserap ke dalam Gel tersebut.... Untuk mencucinya adalah hanya dengan Mengoyakkan sedikit permukaan Tuala Wanita Herba ini dan seterusnya TARIK KELUAR Gel Herba tersebut yang telah dipenuhi dengan Darah Haid itu....Lepas tu FLUSH je dalam mangkuk tandas Gel Herba yang telah dipenuhi dengan Darah Haid tersebut....

Selebihnya yang Salutan Luar Tuala Wanita tersebut, bolehlah dibuang sahaja ke dalam Tong Sampah...SENANG KAN.....??? : )

Nampak je nipis Tuala Wanita Herba ini, tetapi apabila terkena air ia akan mengembang dek kerana Herba yang dirumus bersama di dalamnya....

Selain daripada digunakan oleh wanita sewaktu kedatangan Haid...Tuala Wanita ini amatlah sesuai untuk digunakan apabila terdapat kelukaan di seluruh badan kita...

Anak saudara saya pernah terjatuh basikal dan memang mengalami luka yang agak teruk di bahagian tangannya...Kak Ipar saya call Wife saya (Jururawat) untuk minta pendapat kerana darah yang keluar agak banyak.

Wife saya minta Kak Ipar cuba gunting sedikit Pad Herba ikut keperluan atau kebesaran saiz luka tersebut, seterusnya basahkan permukaan Tuala Wanita Herba yang telah digunting dengan sedikit air, kemudian tampal sahaja dengan ikatan kain atau plaster...InsyaAllah akan kering....

Alhamdulillah, selang beberapa jam Kak Ipar call dan kata Darah dah berhenti dan hampir kering....SENANG KAN....??? : )

SEGALANYA IZIN ALLAH TAALA, tapi dek kerana kita ni dianjurkan supaya berusaha...Maka, kita usaha sahaja la kan... : )

Serkiranya terdapat kegatalan di kawasan kawasan tertentu di bahagian tubuh badan kita, Pad Herba ni juga boleh digunakan untuk mengurangkan malah menghilangkan kegatalan tersebut....CUBALAH.... !!!

Diharap perkongsian kali ini, memberi manfaat kepada semua....Sedikit ilmu dan pengetahuan serta pengalaman yang saya ada, saya akan kongsikan bersama... : )

Kami adalah Stockis Mobile Pad Herba AVAIL, sebarang cadangan mahupun pesanan boleh Call/SMS/Email kami....

Wassalam...

Call/SMS 013 356 6177 @ 013 7386 788

Wednesday 5 September 2012

Perkongsian Cerita Pad Herba - Kenapa Perlu STOP!!! pakai Tuala Wanita dalam Pasaran.....

Assalamualaikum....

Alhamdulillah segala puji puji hanya layak untuk Allah Taala yang Mencipta Langit & Bumi, Yang Memiliki segala Kekayaan Isi Langit & Bumi...Moga-Moga Allah Taala sentiasa Redha akan setiap diri kita Dunia dan lebih-lebih lagi Akhirat...

Setelah agak lama, saya kurang bercerita tentang Pad Herba ni...Hari ni, saya nak berkongsi tentang kepentingan pemakaian Pad Herba ni...Sebelum ni, dah banyak saya punya entry bercerita mahupun entry fakta tentang pentingya untuk para wanita mengucapkan SELAMAT TINGGAL pada Tuala Wanita dalam pasaran dan ucapkan SELAMAT DATANG kepada Alternatif Tuala Wanita Herba yang diproses 100% menggunakan Kain Kapas...

Hadis Nabi : "Barangsiapa yang tidak mengambil tahu tentang nasib umat ku yang lainnya. Maka sesungguhnya dia bukan di kalangan kami....." 

Dulu Ustaz saya pernah ulas tentang Hadis ni....Kita tak boleh tidak atau MESTI!!! untuk ambil tahu tentang orang sekeliling kita serta kena kasihankan mereka....Kalau Nabi dah sebut sedemikian, di bawah bendera siapa kita nak berteduh di Padang Mahsyar nanti?takkan nak duduk bawah bendera Firaun, Qarun, Abu Lahab, Ubai Ibn Khalaf dan sbgnya....Sudah semestinya kita mahu untuk berteduh di bawah Panji Rasulullah SAW Penghulu Umat Manusia....(lebih kurang camtula Ustaz saya ulas)

Mudah-mudahan bila kita berpegang kepada Hadis ni, maka akan timbul rasa kasih dan sayang sesama kita, tidak kira jauh, dekat, lain bangsa, lain negara atau sebagainya....Kerana kita sesama Islam selagi berada di dalam Kalimah Syahadah, selagi tu kita adalah bersaudara....InsyaAllah...

Penulisan dalam Blog saya ni adalah sekadar perkongsian melalui apa yang saya tahu dan seboleh upaya untuk dikongsikan kepada Pembaca/Pelanggan/Bakal Pelanggan saya... : )

Sambung semula mengenai Pad Herba tadi...Banyak Kisah Benar dan pengalaman serta Testmoni daripada mereka yang telah mengambil Pad Herba melalui saya...Orang yang pertama saya galakkan pakai, semestinya Wife saya sendiri...

Wife saya memang mengalami Masalah Senggugut yang agak teruk...Kalau nak datang waktu "cuti", memang selalunya akan Sakit Belakang dan lagi satu Kitaran Haid dia daripada sekolah dahulu sampai sekarang tak pernah teratur....

Waktu mula-mula jadi Ejen dahulu, saya memang minta Wife pakai Pad Herba ni sahaja mulai dari hari tu....Actually, nak tengok perubahan pada diri dia kut-kut ada....Senang nak cerita pada orang lain, kalau orang tanya...Sebab yang paling penting pengalaman sendiri....

Alhamdulillah, seminggu Wife pakai berterusan....Senggugut dia dah hilang dan Kitaran Haid dia teratur sejak tu sehingga lah sekarang (sekarang tak pakai sebab Pregnant)....Cuma Wife saya sejak dari hari tu tak pernah datang senggugut dah....Senggugut ni bak kata Wife saya, ada yang boleh pengsan dan muntah-muntah...

Yang menarik, ada 6 orang rakan sekerja Wife saya yang pakai Pad Herba FC Biosanitary ni...Purata mereka hampir 5 Tahun belum diizinkan Allah lagi untuk Pregnant....Alhamdulillah, Wife saya kata semua mereka dah boleh Pregnant sejak mula menggunakan Pad Herba ni....Segalanya hanya bila ada Izin Allah Taala....Cuma kita sebagai Hamba, perlulah berusaha....Kalau belum ada rezki juga nak buat camne kan...Sabar & Tawakal sahajalah... : )

Sememangnya, mereka yang pernah pakai Pad Herba ni akan rasa bahawa betapa kuatnya tarikan Herba ni, sebab tu Wife saya tak pakai tengah Pregnant sekarang kerana ada kes yang boleh mendatangkan Keguguran....Tetapi, dalam pada tu, ada jugak kawan wife yang pakai waktu Pregnant...Alhamdulillah, tiada apa-apa, anak kawan dia pun dah hampir setahun sekarang...Semuanya dengan Izin Allah, kita Tawakal jela kan....(Wife kata kadang-kadang bergantung pada Hormon masing-masing)

Untuk Makluman, terdapat 17 jenis Herba yang terdapat di dalam Pad/Pantiliner ni....Semuanya, bertindak untuk merawat serta mengstabilkan pengaliran darah supaya kembali normal....

Ada Kes adik kawan Wife, saya taknak sebut nama....Adik ni, hampir 2 Tahun tak datang Haid (Boleh bayangkan???)....Saya pun pertama kali dengar kes camtu, sampai Mak kepada adik ni banyak kali bawa adik ni buat rawatan Hospital...Bila kawan ni cerita pada Wife, Wife pun saja la cerita dan minta adik kawan ni untuk cuba...Bayangkan esok pagi tu adik ni bangun terus keluar darah Haid....Sampai sekarang, adik ni maintain pakai Tuala Wanita FC Biosanitary Pad ni....Izin Allah!!!

Tapi, ada juga kes yang kata takda kesan apa-apa, ada yang kata mula-mula je ok, seminggu lepas tu datang balik masalah-masalah....Kebanyakannya, bila saya tanya...Majoriti kata, mereka pakai Pantiliner je, bila datang Haid mereka pakai yang biasa semula....Subhanallah...

Saya ulangi, bahawa Tuala Wanita dalam Pasaran adalah diperbuat daripada Bahan Kitar Semula yang menggalakkan perkembangan Ejen Dioksin!!!....Sebagaimana kita tak sanggup untuk lalu di kawasan sampah, sepatutnya kaum wanita MESTI juga untuk tidak sanggup melekatkan sampah (bahan kitar semula) ke tubuh badan mereka lebih-lebih lagi pemakaian Bahan Kitar Semula ini adalah di bahagian anggota sulit yang pastinya amat sensitif.....

Cubalah search google tengok apa itu DIOKSIN dan dari mana DIOKSIN datang serta apakah kesan DIOKSIN.....???

Bila kita imbas golongan terdahulu (Nenek-nenek kita)...Saya rasa amat jarang dengar kes mereka ada Fibroid, Kanser Payudara, Kanser Serviks, Senggugut serta segala jenis Masalah Sakit Puan....Salah satu sebab, kebanyakan mereka hanya menggunakan Kain Tuala yang pastinya diperbuat daripada Kain Kapas (Cotton) sewaktu kedatangan Haid....Semua mereka pastinya terngiang-ngiang dengan Hadis Nabi supaya Apabila wanita kedatangan Haid, hendaklah membersihkannya dengan Kain Kapas....

Hakikatnya, semakin kita berada di dalam dunia yang penuh kemodenan, penuh kesibukan serta serba pantas... Kita telah leka dengan peringatan Nabi dalam Hadisnya, sebab tu kalau tanya saya...Segala masalah yang berlaku sekarang bukan lah dengan sebab-sebab kecil yang lain....Tetapi, asbab yang paling besar adalah disebabkan lekanya kita untuk berpegang teguh kepada segala Peringatan Nabi SAW....

Di atas rasa Kasih dan Sayang saya kepada semua, saya harapkan perkongsian kali ini memberi manfaat sesama kita...Sebarang komen dan cadangan mahupun pesanan...

Sila Email/Call/SMS

Wassalam...

Monday 27 August 2012

Demam Urat....

Assalamualaikum...

Saya nak bercerita sedikit tentang Demam Urat ni...sebab ada kisah pelanggan kami yang mengalami Demam Urat ni.....

Demam Urat berpunca daripada banyak faktor....Antara sebabnya adalah :

- Tidak biasa bersukan atau sekali-sekala bersukan
- Suka makan-makanan yang sejuk akan menyebabkan mudah kekejangan otot
- Stress di tempat kerja sebab terlalu sejuk dan kerja yang banyak
- Urat membengkak akan memberi kesan kepada perjalanan darah tidak melalui saluran yang betul dalam tubuh kita kerana dalam badan kita ada bermacam-macam jenis urat.
- Mengurut (boleh buat tapi kesannya semantara waktu saja kerana ketika musin hujan akan menyebabkan boleh kena kekejangan otot kembali)

Mengikut kisah pelanggan (Actually nenek sendiri)...huhu...

6-7 Bulan yang lepas saya dan abah dah datang ziarah nenek saya ni di Pulau Tawar...Nenek cerita bila malam je Demam ni datang dan berlarutan setiap malam hampir 6-7 Bulan dah...siang memang tiada...Sakitnya memang teramat sangat di seluruh badan terutama di bahagian perut rasa mencucuk-cucuk...

Waktu tu, saya dan abah apa boleh katakan....cuma minta nenek pergi Hospital jela buat rawatan susulan dan buat medical check up...Nenek tunjuklah pada kami ubat Hospital yang dia dapat...memang banyakla kan, tapi tak mendatangkan kesan langsung....

Semalam sembang dengan Wife, Wife yang bekerja sebagai Nurse memang tidak nafikan bahawa Ubat Hospital 100% adalah untuk MENAHAN bukan merawat sebab asasnya adalah DRUG (Dadah)...nak baik memang tiada cara lain melainkan Operate (Pembedahan)...

Sambung dengan cerita nenek tadi...waktu raya pertama baru ni, Abah pergi ziarah nenek di Pulau Tawar, Jerantut ni...Abah bawa la sekali Herba Urat Saraf Sendi untuk nenek cuba...kut-kut Izin Allah sembuh mana nak tahu kan....

Dua Hari lepas tu, Nenek call Abah...cakap dah elok dah, demam pun takde dah...Subhanallah...Alhamdulillah...6-7 Bulan demam setiap malam takde ubat...Selepas makan 3 Biji je ubat, Alhamdulillah Izin Allah terus baik....

Kongsikan kebaikan Herba Urat Saraf Sendi ini kepada orang yang tersayang....InsyaAllah kita juga akan mendapat kebaikan kerana, Barangsiapa yang berusaha menunaikan hajat orang lain, Maka Allah akan tunaikan hajatnya.....

Segalanya hanya dengan Izin Allah Rabbul Alamin....

Wassalam...

Info lanjut Herba Urat Saraf & Sendi di SINI

Sakit Belakang Adalah Berkaitan Masalah Saraf...

Sakit Belakang menduduki tangga kedua dalam masalah neurologikal (sistem saraf), kata Pakar Bedah Tulang Belakang, Dr Siow Yew Siong. Sakit belakang menandakan ada yang tidak kena dengan saraf kita. Saraf sihat sepatutnya bergerak bebas di dalam badan bagi memastikan bekalan darah, pertukaran cecair badan dan khasiat makanan berlaku dengan sempurna.

Antara faktor penyumbang kepada masalah sakit belakang ialah postur (kedudukan) badan yang tidak betul, melakukan aktiviti di luar kebiasaan dan mengamalkan gaya hidup tidak aktif. Malah, terlalu banyak rehat juga boleh menyebabkan kita mengalami sakit belakang kerana badan manusia dicipta untuk kita bergerak aktif; bukan berehat santai sepanjang masa.

Bahkan duduk terlalu lama juga boleh menyebabkan kita sakit belakang kerana ketika duduk, kita memberi tekanan paling tinggi kepada bahagian bawah tulang belakang. Tulang belakang adalah struktur yang boleh dilentur sehingga tahap tertentu. Inilah sebabnya kita boleh membongkok atau membengkokkan badan ke kiri dan kanan.

Ia terdiri daripada 33 tulang vertebra yang dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu vertebra servikal (tujuh tulang pertama bermula di bahagian bawah tengkorak), 12 tulang vertebra torasik, lima tulang vertebra lumbar (pada bahagian bawah belakang badan) serta lima tulang sakrum dan empat tulang koksiks yang bercantum.

Di antara setiap tulang ini ada satu cakera (diska) yang bertindak sebagai penyerap hentakan, menambah keanjalan tulang belakang untuk ‘dilentur’ ke kiri, kanan, depan dan belakang. Cakera ini juga berfungsi mengagihkan berat badan secara seimbang.

Antara punca sakit belakang yang biasa ialah masalah diska tergelincir pada tulang belakang akibat posisi badan tidak betul (apabila cakera terkeluar sedikit, ia akan menekan saraf yang menyebabkan rasa sakit); otot terlalu lemah atau tegang sehingga tidak dapat menyokong bentuk asal tulang belakang atau mengangkat benda berat dengan cara salah.

Sakit belakang dibahagikan kepada dua jenis iaitu sakit yang akut (selama beberapa hari hingga minggu) dan kronik jika kesakitan berlarutan melebihi tiga bulan. Kebanyakan sakit pinggang akut disebabkan masalah mekanikal semula jadi - terjadi akibat trauma pada bahagian pinggang atau penyakit seperti artritis.

Trauma ini pula katanya, boleh disebabkan kecederaan sukan, bekerja dalam rumah, berkebun atau sentakan mengejut seperti kemalangan.

Gejala dialami setiap pesakit berbeza; ada yang sekadar sakit otot atau sakit seperti ditikam yang menjalar dari satu bahagian ke bahagian lain; menyebabkan pergerakan terhad atau tidak boleh berdiri tegak.

Bagaimana sakit belakang terutama di bahagian pinggang boleh terjadi? Menurut Dr Siow, kekuatan tulang dan keanjalan otot merosot dengan peningkatan umur. Bahkan cakera yang terletak di antara setiap tulang pada tulang belakang juga mula kehilangan cecair dan keanjalannya; menyebabkan ia hilang kebolehan untuk menyerap hentakan.

“Kesakitan boleh berlaku dalam banyak keadaan contohnya mengangkat benda yang terlalu berat atau regangan berlebihan terjadi menyebabkan salah satu otot atau ligamen tergeliat atau kejang.

“Jika tulang belakang mengalami regangan atau mampatan keterlaluan, satu cakera boleh pecah atau tertolak keluar. Cakera ini akan memberi tekanan kepada lebih 50 saraf yang bercabang daripada saraf tunjang.

“Apabila akar saraf ini terhimpit atau mengalami keradangan, kita akan mengalami rasa sakit. Lokasi kesakitan itu bergantung kepada saraf mana yang terhimpit atau radang.

Selain itu, bagi masalah sakit pinggang, ia juga boleh disebabkan masalah cakera, artritis, osteoporosis atau lain-lain penyakit tulang,” katanya.


Antara faktor penyumbang Sakit Belakang ialah:

  • Obesiti
  • Merokok
  • Tekanan
  • Keadaan fizikal tidak elok
  • Postur badan yang salah
  • Posisi tidur tidak elok
  • Tiada sokongan daripada tilam ketika tidur 

  • Sakit belakang, khususnya pada bahagian pinggang boleh menjadi petanda kepada masalah kesihatan yang lebih serius terutama bagi kesakitan yang disertai demam atau hilang kawalan untuk buang air kecil atau besar; sakit ketika batuk dan kaki terasa semakin lemah.

    Siapa yang boleh mendapat sakit belakang atau sakit pinggang? Semua orang tanpa mengira peringkat umur dan risiko mendapatnya meningkat dengan pertambahan umur.

    Bagaimanapun, masalah ini lebih kerap berlaku pada lingkungan umur 30 hingga 50 tahun; disebabkan proses penuaan dan gaya hidup yang tidak aktif.

    Antara masalah yang sering dikaitkan dengan sakit pinggang ialah kerosakan cakera, degenerasi (kemerosotan) tulang belakang (ia menyebabkan kesakitan belakang ketika bangun tidur atau selepas berjalan lama) dan stenosis spina (juga ada kaitan dengan kesakitan akibat masalah cakera). 

    Ianya selalu dipandang mudah oleh sesetengah pihak, jika tidak dirawat ia akan memberi kesan jangka panjang yang tidak baik terhadap sistem penjanaan organ dalaman badan kita....

    Terdapat ramai di kalangan Pengguna Herba CurmixPlus amat berpuas hati selepas menggunakaannya. Kami amat menggalakkan mereka yang mengalami masalah sengal-sengal otot supaya tidak mengambil mudah tentang permasalahan ini kerana ia adalah berkaitan Masalah Saraf (Urat) yang amatlah kita maklum bahawa terlalu rumit untuk Perubatan Moden merungkai Masalah Urat bagi memberikan rawatan yang berkesan...

    Wassalam...

    Sumber : HarianMetro

    Dapatkan Herba CurmixPlus di SINI

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...