Nuffnang Ads

Wednesday 1 August 2012

Cara DIOXIN meresap

CARA DIOXIN MERESAP

Tahukah ANDA bagaimana cara bahan berbahaya daripada penggunaan tuala wanita biasa boleh meresap ke tubuh wanita??

 

Penerangan Penggunaan Bahan DIOXIN pada tuala wanita

 

Tuala wanita diperbuat daripada serbuk kayu pulpa yang dilembutkan dan diputihkan melalui proses pelunturan dengan bahan peluntur berklorin yang menghasilkan bahan kimia iaitu Dioksin. Apabila telah lembut, lapisan inilah yang dijadikan tuala wanita pakai-buang yang telah digunakan oleh wanita di seluruh dunia pada tahun 1970 hingga hari ini.

 

Serbuk kayu yang sama digunakan untuk membuat kertas dan tisu dan kertas tandas.Tapi bahan ini lebih banyak digunakan pada tuala wanita untuk menampung lebih banyak serapan cecair haid



 

Proses melembutkan serbuk kayu tadi bermula dengan proses memutihkan tuala wanita itu yang memerlukan beberapa bahan kimia utk pelunturan warna. Mereka menggunakan bahan peluntur yang paling kuat, merendam dengan clorox dan beberapa bahan kimia lain.

 

Sesetengah bahan kimia tadi masih tertinggal dalam tuala wanita itu dalam proses pembuatan dan pelunturan berklorin itu.

 

Selepas tu baru dibilas, dan digembur untuk menaikkan rasa gebu pada tuala wanita itu. Sebab tu bila ANDA pakai, terasa tebal sebab proses pengemburan itu tadi.

 

Setelah itu, mana-mana syarikat tuala wanita mengambil bekalan tersebut dan mula mem’patent’kan tuala wanita mengikut patent masing-masing (branding).

 

Dah siap dipatent, dipasar dan dijual kepada pengguna yang mana, pengguna seawal umur 10 tahun telah memakai pad ini tanpa menyedari kesan dan ancaman toksin yang akan dihadapi pada masa hadapan.

 

Jika ANDA memakainya sudah pasti ANDA terdedah kepada ancaman tersebut. Bayangkan apabila sejak usia 10 tahun dah mula pakai tuala wanita yang ada toksin. Bahan-bahan kimia yang tertinggal tadi mula menyerap masuk dlm salur peranakan yang amat sensitif . Bila usia 30 tahun, kita dah mengunakan tuala wanita bertoksin selama 20 tahun. Keadaan inilah yang menjadi faktor kepada masalah bau, lendir putih/kuning (dipanggil keputihan) dan bermacam-macam lagi.

 

Sisa bahan kimia pada tuala wanita akan mula bertindak balas apabila terdedah pada kelembapan (cecair).

 

 

**************KEPUTIHAN.****************


Kebanyakkan wanita mengambil mudah masalah keputihan dengan menganggap ianya sebagai fenomena biasa. Sebenarnya, keputihan adalah permulaan kepada penyakit-penyakit seperti fibroid, barah pangkal rahim, putaran haid tidak menentu (masalah kesuburan) dan lain-lain yang kesemuanya berpunca dr sisa toksin yang dipanggil DIOKSIN yang disebutkan di atas.Gambar dibawah menunjukkan bahan-bahan mentah yang digunakan dalam pembuatan tuala wanita.

 

Antara bahan kimia yang digunakan..agaknya berapa gelen yang digunakan??

Bagaimana Dioksin boleh meresap ke dalam rahim??

 .

Darah haid yang keluar akan memasuki tuala wanita melalui permukaan jaringan atau bukan kain kapas. Jika permukaan tuala wanita tersebut berlubang, maka gas toksin yang dibebaskan akan terus berhubung dengan kulit dan akhirnya menyebabkan jangkitan. Jika permukaan tuala wanita bertukar menggunakan kain kapas semulajadi, ia akan menyerap segala gas bertoksin. 

 

Penggunaan Kapas dapat mengelakkan daripada masalah jangkitan, alahan, gatal atau ruam. Darah haid mengalir dari uterus dan diserap oleh tuala wanita. Sejenis gas bertoksin yang dinamakan dioksin akan dibebaskan melalui sistem pemeluapan. Dioksin akan diserap kedalam rahim melalui saluran uterus dan akhirnya sampai ke ovari melalui tiup filopian.

 

Sumber :  http://kesihatanmalaysia.wordpress.com

Pengguna Wanita Khususnya Perlu TAHU!!!

FAKTA Pengguna perlu tahu

Pad Wanita Punca Kanser??

proses pembuatan tuala wanita
.

Tahukah anda bahawa kebanyakkan tuala wanita diperbuat daripada bahan buangankemudian dilunturkan dengan sebatian klorin yang mengandungi sisa organo klorindan karsinogen yang diketahui – dioksin! EPA AS telah menamakan dioksin sebagai karsinogen paling berbahaya diketahui oleh sains.

 

Kajian EPA pada tahun 1996 mengaitkan pendedahan dioksin dengan peningkatan risiko bagi endometriosis (jangkitan padalapisan uterus).Dan di jangka pegunaan bahan ini akan terus meningkat setiap tahun, EPA telah merumuskan bahawa orang yang mengalami pendedahan yang TINGGI terhadap dioksin mungkin berisiko menanggung kesan lain yang boleh:

*Melemahkan sistem imun.
*Meningkatkan risiko panyakit radangan pelvik.
*Mengurangkan kesuburan dan kesukaran mendapatkan anak.
*Berkemungkinan menganggu perkembangan janin dan kanak – kanak (bagi perempuan hamil).

 

Dalam ujian di luar Negara, tuala wanita telah didapati mengandungi 400 bahagian trillion (bpt) dioksin. Walaupun industri kertas telah menetapkan paras sedemikian adalah terlalu rendah untuk menimbulkan sebarang masalah kesihatan, kajian-kajian telah menunjukkan dioksin berpindah dengan mudah daripada produk kertas. Ikan dan hidupan liar lain telah mati selepas pendedahan kepada dos kecil sebanyak 38 bahagian per quadrillion dioksin.

 

Secara purata, wanita menggunakan kira-kira 15,000 tuala wanita sepanjang hayatnya. Kesan pendedahan berterusan kepada dioksin yang selamanya tersimpan dalam sel lemak mungkin menjadi kumulatif dan boleh membawa maut.

 

Sumber: Internet & Dipetik dari UTUSAN PENGGUNA (Julai 2002) & http://kesihatanmalaysia.wordpress.com

Tuesday 31 July 2012

Hanya Allah yang Maha Penyembuh

Assalamualaikum

Saya pernah dengar ceramah Ust Azhar Idrus, barangsiapa yang yakin bahawa ubat dan doktor boleh menyembuh...sesungguhnya mereka telah mengsyirikkan Allah taala...di mana mereka yang syirik dan tidak bertaubat pada Allah taala dengan taubat nasuha maka akan dicampakkan dalam api neraka untuk selama-lamanya....Nauzubillah...

Ubat & Doktor adalah hanya tempat untuk kita berusaha, yang menyembuh hanya Allah.....dalilnya Nabi Allah Musa a.s pernah sakit...seingat saya sakit perut...Nabi Musa a.s telah mengadu pada Allah tentang sakitnya...lantas Allah memerintah Nabi Musa a.s memakan buah di belakang rumahnya....setelah makan sakit di perutnya terus sembuh....

Hari yang berikutnya, Nabi Musa a.s mengalami kesakitan perut yang sama...tanpa mengadu pada Allah, Nabi Musa a.s terus memakan buah di belakang rumahnya iaitu buah yang sama di makan sewaktu Nabi Musa a.s sakit perut sebelum ini.....

Selepas memakannya....sakit perutnya masih belum sembuh...Nabi Musa a.s hairan & terus mengadu pada Allah... Allah menjawab bahawa yang menyembuhkan kau sebelum ini wahai Musa adalah Aku....bukan buah tersebut...lalu, Nabi Musa a.s terus memohon ampun pada Allah taala...

Begitulah kita hidup di atas dunia...bila mana ditimpa kesakitan, kita harus YAKIN bahawa Allah sahaja yang boleh menyembuhkan kita....bukan Ubat mahupun Doktor....Allah & Rasul menyarankan kita terus berusaha berubat dan terus berubat bila sakit....bila sampai masa & Allah izin maka sembuhlah kita....

Berusaha & cuba adalah mesti dan jangan berputus asa sebab dengan usaha kita tu pun Allah taala janji mengganjarkan pahala....maka, janganlah kita merasa rugi dikala mencuba segala jenis ubat mahupun berubat dengan segala jenis perubatan...kerana Allah taala nak kasi pahala kepada kita dan kejayaan yang sebenar adalah kejayaan hakiki di negeri Akhirat nanti.... : )

Wassalam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...