Nuffnang Ads

Saturday 21 December 2013

Nikmat dan Kepuasan Pada Yang Memberi....

Alhamdulillah, Allah Taala melorongkan saya pada jalan yang saya amat berpuas hati dengannya serta jalan yang saya amat tak sangka-sangka dan jalan yang saya harapkan akan menjadi sumber pahala yang berganda-ganda yang boleh untuk saya jadikan bekalan untuk saya bertemu dengan Rabbul Jalil...Ameen, In Shaa Allah...

Pada tahun 2009-2010, saya dikenali sebagai seorang Peniaga dan Pemborong Pakaian Muslimah yang saya Import daripada Jakarta dan Bandung, Indonesia...

Boleh dikatakan hampir setiap bulan saya ke sana untuk mengambil bekalan segala jenis Pakaian Muslimah...

Memang sambutan waktu tu amat menggalakkan , sehingga saya mengeluarkan sendiri Jenama Pakaian Tshirt Muslimah saya untuk diedar oleh kesemua Ejen saya dan saya telah pun merancang dengan sebaik-baik rancangan dan mengimpikan sesuatu yang terbaik untuk jenama saya....

Seluruh masa saya, saya "hambakan" pada perniagaan saya, sehingga saya lupa pada tanggungjawap menuntut ilmu, tanggungjawab pada Mak & Abah serta adik beradik saya dan saya tak hiraukan kepada permasalahan orang lain....

Cuma, walaupun perniagaan saya waktu itu, berjalan dengan agak maju dengan bertemakan Muslimah, saya merasakan ada kekurangan pada diri saya, waktu tu juga saya merasakan, perniagaan yang saya jalankan hanya memberi faedah kepada diri saya sendiri, kerana niat dan matlamat saya semata-mata adalah keuntungan....

Akhirnya pada tahun 2011, Allah Taala takdirkan perniagaan saya merudum, segala apa yang saya buat waktu tu serba tak kena, ditambah lagi dengan masalah Partner sehinggalah saya buntu untuk meneruskan perniagaan itu dan mencuba perniagaan yang lain antaranya menjadi Pembekal kepada Kerajaan....

Kedua-dua perniagaan ini saya niat dan matlamatkan semata-mata untuk keuntungan diri....

Betul apa orang kata, kalau takda "Minat" dalam bidang yang kita ceburi, memang takkan kekal lama....

Saya terus tinggalkan apa yang saya buat ketika itu dan dalam masa yang sama mencari apa yang ada pada diri saya dan apa yang saya minat dan waktu itu saya tumpukan pada Majlis Menuntut Ilmu serta keluarga iaitu Isteri saya yang tengah mengandung serta Mak dan Abah di kampung, hampir setiap minggu saya balik ke kampung (kira freelance waktu tu).

Sehinggalah Allah Taala takdirkan Abah saya jatuh sakit, sakit kerana terjatuh dan tersepak tunggul kayu di dalam kebun...

Saya menawarkan diri pada Mak :"Kalau Mak nak Apis balik kampung tolong Mak di kebun, Apis boleh je balik Mak, yela sementara Abah tak sihat kan, apis pun tak banyak kerja sekarang ni....".

Mak jawap :"Takyahlah, lagi pun Jue (Isteri saya) tengah sarat mengandung, pandailah Mak nanti...".

Hampir setiap minggu saya balik untuk menjenguk Abah waktu tu, sehingga saya bawa Abah ke Hospital Temerloh untuk mendapatkan rawatan...Namun, belum membuahkan hasil yang baik dan sakit yang Abah alami berlarutan sehingga 4 bulan (bengkak).

Sehinggalah ada seorang jiran memberi Abah 4 biji "Ubat"...Alhamdulillah dan amat mengejutkan saya apabila mendapat tahu Abah dah boleh berjalan dan bengkaknya semakin surut....Allahu Akbar!

Saya balik ke kampung untuk melihat keadaan Abah, walaupun saya tak dapat nak kata apa-apa waktu tu, jauh di lubuk hati, sememangnya saya bersyukur.....Alhamdulillah.

Saya cuba menulis tentang pengalaman Abah dalam blog saya serta pengalaman pengguna yang lain, selepas hampir 2 tahun, saya merasakan saya telah menjumpai apa yang memberi kepuasan kepada saya iaitu menjadi penyelesai kepada masalah orang lain semampu yang boleh dan jujur ianya melekakan saya....

Tambahan lagi, saya amat terkesan dengan Hadis Junjungan Mulia Baginda Nabi SAW, mafhumnya :"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu dan peduli tentang masalah umatku, maka dia adalah bukan di kalangan kami....".

Hadis ini sejujurnya amat memberi kesan serta telah menjentik hati saya untuk sentiasa memberikan sesuatu pada orang lain serta menambah nilai hidup kepada orang lain....Mudah-mudahan Allah Taala membantu saya dan keseluruh ahli keluarga saya...In Shaa Allah...

Dan dengan apa yang saya ada, saya akan menjadi SAHABAT kepada sesiapa sahaja yang datang kepada saya dan semoga ianya menjadi "Pencen Kubur" kepada saya dan keseluruh Ahli Keluarga saya serta boleh menghapuskan segala Dosa di atas Kelalaian dan Kelekaan saya pada masa yang lalu.....Ameen, In Shaa Allah...

"Nikmat dan Kepuasan Pada Yang Memberi...." : )

Tuesday 12 November 2013

Menghidupkan Sunnah Junjungan Mulia Baginda Nabi SAW....



SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi. 


KELEBIHAN PUASA ASYURA'


Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda :

  " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka." 

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W :

" Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".




14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(Bukan asyura je, bulan lain, hari lain sangat digalakkan juga) 

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah

fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim

fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari
kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : ‘Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala’

9. Bercelak

fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : ‘Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala’
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca

‘hasbiyallahhu wani’mal wakil wa ni’mal maula wa ni’mannasiiru’
fadhilat – Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa

fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat – ‘Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala’
fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. 

Selamat Menghidupkan Sunnah Rasulullah SAW... : )

Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/11/niat-puasa-sunat-asyura-10-muharram.html#ixzz2kUFtSWAF

Monday 11 November 2013

Sifat Adil Oleh Yang Maha Adil.....

Alhamdulillah, 3 minggu yang lepas saya diizinkan Allah untuk bersama-sama dalam Majlis Ilmu di Negeri Sembilan....Terasa amat rindu nak dengar Tok Guru syarah kitab tauhid...

Hari tu Tok Guru kami iaitu Ust Abdul Rahman telah mensyarahkan Kitab Tauhid Bab Asmaul Husna yang memang sangat menarik....

Paling saya ingat dan saya nak kongsikan di sini adalah tentang salah satu nama Allah iaitu Al-A'dl (Maha Adil)....

Ust kata : "Adil bukan maksudnya Saksama, tetapi Adil adalah bermaksud Meletakkan Sesuatu Pada Tempatnya...."

Ini bermakna, bila mana kita ditimpa ujian yang maha hebat, saksikanlah bahawa Allah Taala sedang mengkafarahkan dosa-dosa kita yang telah lalu.....Amal kita memang takkan sampai sehebat amalan Para Nabi, Para Sahabat, Para Tabien, Para Salafussoleh dan Orang-orang Soleh....Jadi, Allah timpakan ujian, bagi menjadi tempat @ sumber pahala kepada kita untuk menjadi bekal kepada kita di negeri Akhirat nanti jika kita bersabar dengan ujian tersebut....

Maknanya, Allah Taala timpakan segala ujian kepada kita adalah bersebab dan salah satu sebabnya adalah Allah nak ampunkan dosa kita, nikmat mana lagi yang lebih besar selain nikmat diampunkan segala dosa-dosa kita oleh Allah Taala..???....Allahu Akbar....

Allah meletakkan ujian kesusahan dan kesulitan itu kepada hambaNya yang kurang amalnya kerana Allah terlalu ingin berjumpa dengan hambaNya, namun apabila dosa menyelubungi diri, ia menjadi punca kita dihijab daripada bertemu dengan Illahi di Akhirat nanti....Nauzubillah...

Jadi, yakinlah kita semua dengan Allah Taala, bahawa :

"Setiap yang berlaku ada hikmahnya"

"Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia"

dan Allah Taala beri jaminan lagi.....

"Sesungguhnya Allah tidak menguji Hamba-Nya di luar kemampuannya..."

Percayalah pada Yang Maha Adil, kerana hanya Dia sahaja yang memahami keadaan diri kita melebihi kefahaman kita terhadap diri kita sendiri kerana hakikatnya Dialah Pemilik kepada Jiwa-jiwa dan Jasad hamba-Nya....Allahu Akbar....

Berbanggalah pada mereka-mereka yang mengalami Kesulitan, Kesusahan, Kesakitan dan apa-apa jua bencana atau musibah, kerana saya dan anda semua dipilih oleh Allah untuk dipersiapkan @ dibersihkan @ disucikan daripada segala dosa-dosa yang telah lalu supaya boleh untuk kita berjumpa dengan Allah Taala di Alam Akhirat nanti...In Shaa Allah....

Sebab tu Allah sebut : "Bila mana ditimpa musibah, katakanlah, daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali...."

Daripada Allah datangnya Kesihatan dan Kesulitan....Mesti sabar, dan pandanglah ujian tersebut sebagai Rahmat dari Allah Taala....

Saya pernah terdengar kisah seorang sahabat berdoa apabila ditimpa musibah : "Ya Allah, jika Engkau Suka dan Redha dengan ujian yang Engkau timpakan kepada aku ini, Kau teruskanlah Ya Allah....Sesungguhnya aku jua Redha...."

Muhasabahlah diri kita, adakah kita sanggup nak berdoa sedemikian....? Majoriti diri kita akan mohon pada Allah untuk dijauhkan segala Musibah dan Kesusahan sejauh-jauhnya kerana kita tak sanggup nak hadapi nya....Namun, di sudut lain yang lebih tersirat....

"ALLAH RINDUKAN RAYUAN & TANGISAN KITA, SEBAB ITU ALLAH TIMPAKAN UJIAN" 

dan yang paling besar.....

"ALLAH MAHU BERJUMPA DENGAN KITA DI AKHIRAT NANTI...."

(Ya Allah, persiapkanlah diri kami dengan secukup-cukup persiapan bagi membolehkan kami bertemu dengan Engkau dan Para Kekasih-Mu di Akhirat nanti...Allahumma Amin, Ya Rabbal Alamin...In Shaa Allah...)

عن  أبي هريرة رضي الله عنه ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
 )) مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا.. يُصِبْ مِنْهُ ((  
Mafhumnya:
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi Sallallahu alaihi wa alihi wasallam bersabda:

“Sesiapa yang Allah berkehendak dengannya kebaikan, nescaya diberi musibah kepadanya”

[Riwayat al-Bukhari]

Wassalam...

Thursday 19 September 2013

Selamat Jalan & Selamat Berehat Almarhum Al Habib Munzir Bin Fuad Al Musawa

Pada hari Ahad 15/09/2013, Almarhum Al Habib Munzir Bin Fuad Al-Musawa telah kembali ke Rahmatullah pada usia 40 Tahun, beliau adalah Pemimpin Majelis Rasulullah SAW, Indonesia...


Sewaktu kunjungan beliau ke Masjid Al-Falah USJ 9, Subang pada 3-4 tahun yang lepas, diri yang fakir ini telah dapat bersalam dan mencium tangan beliau yang mulia...Hati sangat hiba bila mendengar tentang pemergian beliau....Semoga akan terus bertaut genggaman tanganku bersama beliau bagi menuju terus ke negeri akhirat yang hakiki....Allahumma Amin, In Shaa Allah....

Memang sebelum ni pun, banyak cerita tentang Almarhum Al Habib selalu tak sihat dan saya masih simpan CD kuliyah Al-Habib Munzir semasa hayatnya iaitu ketika akhir kuliyahnya beliau telah menyebut : "Suatu waktu saya mimpi bersimpuh dan memeluk lutut Baginda Nabi SAW dan berkata wahai Rasulullah SAW aku rindu padamu, jangan tinggalkan aku lagi, butakan mataku ini asal bisa jumpa denganmu, atau matikan aku sekarang,sungguh aku tersiksa di dunia ini....".

Rasul SAW menepuk bahu saya dan berkata : Munzir, tenanglah, sebelum usiamu mencapai 40 tahun kau sudah jumpa denganku, maka saya terbangun.....". 

Subhanallah...Allahu Akbar, memang benar mimpi tersebut....Almarhum Al Habib kembali ke Rahmatullah ketika usia beliau 40 Tahun...(1973-2013).

Al Imam Ahmad Bin Umar Bin Sumaith mengatakan bahawa : "Para Wali pemegang maqam (kedudukan) yang tinggi KEBANYAKANNYA meninggal dalam usia muda, kerana mereka tenggelam dalam Mahabbah kepada Allah SWT dan Baginda Rasul SAW"....Allahu Akbar...Subhanallah...

Allahyarham Habibana Munzir Al Musawa, beliau wafat tidak meninggalkan harta benda, meskipun hanya sebuah rumah, tetapi beliau meninggalkan jutaan umat yang jiwa mereka penuh dengan rasa cinta kepada Junjungan Baginda Nabi SAW...


Gambar ketika Sejuta Ummatnya menanti Jenazah Allahyarham Al Habib Munzir

In Shaa Allah...Jutaan Ummat di bawah Majelis Rasulullah SAW akan terus diperhebatkan dan diteruskan oleh Al Habib Novel Bin Jindan....

Allahyarham pernah menyebut sebagai impian beliau : "Jika Kota Demak digelar Kota Wali, jadi aku ingin jadikan Kota Jakarta sebagai Kota Rasulullah SAW....".... Allahu Akbar....Subhanallah....

Al Habib Munzir pernah berpesan : "Tenangkan hatimu dengan kalimah tasbih, dengan membaca Subhanallah Wabihamdihi setiap harinya 100 kali maka hatimu akan merasa tenang, harimu akan lebih tenang berbanding hari engkau tidak membacanya, perasaanmu lebih sejuk dibandingkan dengan hari kau tidak membacanya...."...


Ketika Imam Ahmad bin Hambal di tanya oleh anaknya : "Wahai ayahku, bilakah masanya untuk kita berehat?" Imam Ahmad menjawap : "Ketika kita telah meninggalkan dunia"...

Selamat jalan kami ucapkan kepada Allahyarham Al Habib Munzir Bin Fuad Al Musawa, berehatlah Almarhum di sana yang kekal abadi....Semoga sentiasalah Redha Allah bersama beliau dan semoga Allah menghujani segala kerja keras dan penat lelah Al Habib dengan sebaik-baik dan selayak-layak ganjaran ke atasnya....Allahuma Amin....

Semoga sentiasa Roh ku tidak berpisah dengan Rohnya dan terus akan menyintainya sehingga diri yang fakir ini bertemu semula dengan Al-Habib di Negeri Akhirat dan seterusnya Syurga yang Kekal Abadi...Allahumma Amin...In Shaa Allah...

Saya letakkan link video youtube ketika Maulid di Dataran Monas, Jakarta beberapa tahun yang lepas yang menyaksikan Kalimah Allah tertulis di langit ketika Al Habib dan Sejuta Ummatnya menyeru nama Allah Rabbul Jalil....Subhanallah...Allahu Akbar....



Hadiah Al Fatihah untuk Allahyarham Al Habib Munzir Bin Fuad Al Musawa...Al Fatihah...



Al Habib Munzir Bin Fuad Al Musawa dalam Kenangan.......

Sunday 25 August 2013

Kisah Tabi'en Uwais Al-Qarni

Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina Ali k.w.: “Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. Kamu berdua pergilah mencari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”

Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali lalu sama-sama menanyakan kepada Rasulullah S.A.W: “Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, ya Rasulullah?” Rasulullah S.A.W menjawab: “Mintalah kepadanya agar dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian.”

Memang benarlah kata-kata Rasulullah S.A.W, Uwais al-Qarni akhirnya muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Mereka iaitu Ali & Umar memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu juga dengan Uwais al-Qarni. Pada pandangan mata kasar, tidak mungkin dia orang yang Rasulullah S.A.W maksudkan kerana di kalangan orang awam, Uwais dianggap sebagai seorang yang kurang waras.

Uwais Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak, badannya putih, yakni putih seperti penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia seorang berpenyakit sopak, dia adalah seorang yang soleh yang amat mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaganya sampai beliau dewasa.

Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin untuk mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya berikhtiar agar dia dapat membawanya ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang pergi menunaikan haji dari Yaman ke Mekah perlu menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya ‘Haudat’. Haudat ialah sebuah rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa namun perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian. Beliau tidak memiliki unta dan juga tidak mampu untuk membayar sewa.

Pada suatu hari, ibu Uwais yang semakin uzur berkata kepada anaknya: “Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji.”

Uwais mendapat suatu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil di atas sebuah ‘Tilal’ iaitu sebuah tanah tinggi (rumah untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang hari beliau akan mendukung anak lembu untuk naik ke atas Tilal. Pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu turun dari Tilal tersebut untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia memberi lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan beliau kurang waras.

Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang dibawa naik, pagi dibawa turun bukit. Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.

Selepas lapan bulan, apabila sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang lebih ringan. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya: “Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Mekah?”

Uwais menjawab: “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.

Ibunya bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan dosa kamu?”

Uwais menjawab: “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga.”

Ibunya berkata lagi: “Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini.”

Uwais berkata: “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala.”

Ibunya menambah: “Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa.”

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais lalu berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya Allah menyembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu.

Namun kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya, dia berdoa: “Tolonglah ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkanlah sedikit.”

Allah SWT lalu menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais kerana permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang disebut Rasulullah S.A.W kepada Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali: “Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu, dialah Uwais al-Qarni.”

Tidak lama kemudian, ibunya meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah.

Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W, mereka meminta supaya Uwais berdoa agar Allah SWT berkenan mengampuni semua dosa-dosa mereka berdua.

Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali, beliau berkata: “Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulullah S.A.W kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku.” Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

Setelah itu Sayyidina Umar, yang ketika itu memegang jawatan Khalifah, bertanya kepadanya: “Anda hendak pergi ke mana?” “Kufah”, jawab Uwais.

Sayyidina Umar bertanya lagi: “Mahukah aku tuliskan surat kepada Gabenor Kufah agar melayanimu?”

Uwais menjawab: “Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai.”

Demikianlah kisah Uwais Al-Qarni yang amat taat dan kasih kepada ibunya. Seorang Wali Allah yang tidak terkenal di bumi, tetapi amat terkenal di kalangan penduduk langit.

Waktu bujang lagi, saya amat kagum dengan kisah Uwais Al-Qarni, selain Ukasyah Ibnu Mihsan iaitu seorang kanak-kanak yang mendapat jaminan dari Rasulullah SAW iaitu "70,000 umatku akan masuk ke Syurga tanpa hisab..." & Rasulullah SAW menyaksikan bahawa salah seorangnya adalah Ukasyah Ibnu Mihsan R.A....

Setelah Istikharah pada minggu terakhir Zaujah saya mengandung, saya abadikan nama Muhammad Uwais Ukasyah ke atas anak pertama saya....

Moga-moga ada keberkatan ke atas nama dan pemilik nama ini....Semoga anakku ini akan menjadi Hamba Allah yang paling dan hanya takut kepada Penciptanya dan hanya mengasihi Sayyiduna Mursalin Nabi Muhammad SAW, Para Sahabat, Para Tabi'en, Alim Ulama' serta Para Soleh dan Solehah kerana jikalau anakku sempurna Pengabdiannya kepada Sang Pencipta, pasti secara tak langsung akan sempurna penghormatannya kepada diri saya dan isteri...Amiiin....In Shaa Allah...



Muhammad Uwais Ukasyah

Ya Allah....Ya Rahman...Ya Rahim....Bimbinglah aku dan keseluruh ahli keluargaku ke jalan-Mu serta jadikanlah kami lebih bersedia untuk bertemu dengan-Mu nanti Ya Allah...Ya Qahar...Ya Jabbar...Ya Ghafar....Allahumma Amin...In Shaa Allah....

Wednesday 21 August 2013

Realiti dan Fantasi Kesan Sampingan Ubatan.....

Assalamualaikum....

Entry ni sekadar pandangan dan pendapat saya sebagai Hamba Allah yang tidak mengetahui, kerana hanya lah Dia Yang Paling-paling dan Maha Mengetahui.... 

Sekadar perkongsian saya, semalam ada seorang pelanggan saya yang SMS saya dan order CurmixPlus 3 pack (Actually before ni pun beliau dah order dengan saya 1 pack)...

Seperti biasanya, saya pun reply.... "Ok, noted...Tq, In Shaa Allah...."

Selang beberapa minit, saya terima lagi SMS daripada beliau..."Saya nak cancel boleh ke..."

Since dah malam, saya pun dah penat waktu tu....saya terus tak balas, sbb niat di hati nak balas pagi esok je dan saya nak tanya sekali sebab apa nak cancel pembelian....

Keesokan paginya, lebih kurang jam 10 a.m, saya pun reply dan tanya..."Nape ye nak cancel...." 

Beliau jawab.... "Adik saya doktor, dia nasihat takut ada steroid, ada side effect. Melainkan ada nama bahan boleh cek dengan KKM...."

Saya jawap...."Xda steroid dan xda side effect klo xda chemical....tp, xpela...minta no acc maybank....sy transfer semula...Tq..." (Beliau tak reply)...

Disebabkan beliau tak reply no acc, saya pun sms lagi sekali...."No acc Maybank? Saya nak transfer semula japg...."

Beliau pun reply..."Maaf...Xpelah...Hantar je ubat tu...X jd cancel...."

Saya suka nak tau...saya reply..."blh tau plak kenape...?"

Beliau jawab ringkas..."Tkpe saje nak simpan..."

Petang semalam jugak saya pergi hantar ke Pos Laju order beliau bersama-sama dengan Order pelanggan yang lain....

Saya cuma tertanya-tanya, terlalu banyak artikel-artikel dalam dunia internet sama ada secara rasmi atau tak rasmi, fakta atau bukan fakta tentang terdapat banyak kesan sampingan terhadap pengambilan ubatan moden, yang paling terkenal Paracetamol tak kira apa jenama sekalipun dalam pasaran....

Malah, saya sendiri apabila sakit seperti demam ke, luka ke, accident ke akan ke Klinik/Hospital untuk ambil ubat....Lain tidak, pasti Farmasi akan beri Paracetamol untuk tahan sakit, untuk rehat...Bila tanya kepada Doktor tu sendiri pun, Doktor kata memang tak berapa elok ambil ubat tahan sakit, sebabnya akan ada side effect kepada kita, terutama sekali pada buah pinggang....

Tapi nya, kita makan jugak walaupun ada Doktor cakap camtu....Isteri saya sendiri pun Jururawat dan sering bergaul dengan para Doktor di tempat kerjanya....Benda yang sama jugak rakan-rakan Peg.Perubatannya explain...Namun, kita tetap jugak makan....

Sebab tu, saya perhatikan terlalu banyak sangat Perniagaan Pusat Dialysis tumbuh, mungkin terlalu ramai sangat yang dah rosak buah pinggang....(Ada seorang kawan saya yang buka Pusat Dialisis di Sri Kembangan, bukan main maju lagi perniagaan beliau sekarang walaupun tak sampai 2 Tahun operasi perniagaannya....boleh agak sebab apa....?)

Betul atau Tidak segala pandangan saya dan mereka....Hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui.....  :)

Dan saya di sini, hanya untuk berkongsi tentang pengalaman pelanggan dan pembaca blog saya dan saya dah ceritakan pada awal-awal perkongsian saya tentang CurmixPlus, orang pertama yang mencubanya adalah Abah saya sendiri....Bila Abah dah sihat, saya rasa tak baik untuk saya tidak panjangkan kepada orang lain....

Saya katakan, CurmixPlus tiada Side Effect, Tiada Steroid....Telah ada 5-6 orang yang telah bawa ke Makmal untuk dikaji kandungannya (Saudara mereka juga di makmal tu)...Mereka kongsi semula pada saya bahawa memang tiada bahan terlarang mahupun Steroid dalam CurmixPlus, hanya Akar Kayu Kampung 100%!.....(Tapi, orang taknak juga cuba, sebab produk orang kampung....huhu), dalam blog ni saya ceritakan pengalaman mereka yang telah mencubanya....bacalah sehabis-habisnya....  : )

Selebihnya, saya serahkan kepada Allah kerana Dialah yang mendatangkan kesakitan kepada kita dan pasti! hanya Dia jugalah yang boleh mengambil kesakitan tersebut semula....In Shaa Allah...

Ya Allah....Ya Rahman...Ya Rahim....Daripada-Mu kami datang dan kepada-Mu jualah kami kembali.....

SHARING IS CARING!!!

Monday 19 August 2013

PRIHATIN MESIR........

"Assalamualaikum dan Salam Prihatin...

Untuk menyumbang ke Prihatin Mesir, bolehlah masukkan ke Akaun Maybank 5621 0663 6662 atas nama Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM).

Semua sumbangan akan disalurkan kepada mangsa kezaliman Mesir melalui beberapa pertubuhan kemanusiaan di sana. PRIHATIN MESIR tidak akan mengambil sebarang komisen dari sumbangan anda.

100% akan sampai ke kumpulan sasaran di Mesir. Terima Kasih..."

Assalamualaikum...

Saya panjangkan SMS yang saya terima , kerana sesungguhnya pasti Allah Taala akan tanya di Akhirat nanti tentang keprihatinan kita ke atas saudara seislam kita di sana...Di kala kita semua sibuk dengan Open House, saudara kita di sana dihidangkan dengan Peluru, Snipper, Meriam Tentera Mesir!

Dah lama sangat rasanya saya nak tulis tentang entry ni, cume ketiadaan masa menyebabkan saya terpaksa menangguhkannya...Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada sedikit usaha saya untuk saudara kita di Mesir yang sedang dizalimi oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan....!

Di mana kita ketika saudara kita di Mesir dibunuh...?!! Adakah kita sibuk dan tengah seronok dengan Open House??

Cuba kita Muhasabah Diri, siapakah Rakyat Mesir di pandangan mata dan hati kita??? Tidakkah Allah & Rasul telah mengajar kita semua bahawa mereka yang mengucapkan Kalimah Syahadah adalah saudara seislam kita?

Kalau dah sebut sebagai saudara, adakah kita boleh terlepas dari pertanyaan Allah Taala di Akhirat kelak tentang keprihatinan kita terhadap mereka?.

Muhasabah Diri, memang kita tak boleh dan tak mampu lagi untuk ke sana, tetapi pasti ada yang boleh kita sumbangkan untuk mereka di sana sebab Allah yang berkehendakkan semua ini berlaku kerana mungkin sebagai hikmah untuk Allah Taala ingin melihat keperihatinan kita kepada saudara islam kita di sana mahupun di seluruh dunia....

Untuk sumbangan kewangan, Allah Taala tidak meminta nilai yang tertentu sebagai sumbangan kita kepada mereka, kerana Allah Taala tahu kemampuan hamba-hambaNya...Sumbanglah walaupun 10 Sen, 20 Sen, 50 Sen, RM 1, RM 10, RM 100, RM 1,000 atau berapa banyak sekalipun ikut kemampuan, kerana Allah Maha Mengetahui akan kemampuan kita dan Dia juga Maha Memiliki Segalanya serta Maha Kaya sekaya-kayaNya dan pasti Dia juga Yang Maha Layak untuk memberikan pertolongan ke atas setiap hamba-hambaNya....

Sumbanglah ikut kemampuan kita dan pohonlah supaya Allah Taala membalasnya dengan sebaik-baik mahupun sebesar-besar ganjaran, semoga usaha kita yang sekecil ini akan dapat sedikit sebanyak membantu Rakyat Mesir yang dizalimi dan moga-moga Allah Taala memberikan Perlindungan, Keselamatan, Kemenangan, Meninggikan Darjat mereka di Akhirat kelak serta mengumpulkan mereka semua (Pejuang Mesir) di kalangan Para Syuhada' dan Anbiya'...Allahumma Amin....In Shaa Allah...

KEWAJIPAN KE ATAS SAUDARA!

Monday 5 August 2013

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin 2013 dari Kami.......

Assalamualaikum....

Di kesempatan Akhir Ramadhan ini, saya & Warga Herbamalays mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada seluruh Muslimin & Muslimat, khususnya kepada Pembaca Blog Herbamalays dan Pelanggan setia produk Herba Malays....

Saya memesan kepada diri saya dan semua supaya lebih berhati-hati dalam perjalanan pulang ke kampung bagi menyambut Syawal yang kian menjelma kali ini...In Shaa Allah...

Jikalau ada tersalah dan tersilap kata sepanjang perkongsian kami di dalam laman Herbamalays ini, saya mohon dimaafkan oleh semua, serta jikalau ada terlebih mahupun terkurang dalam transaksi jualan dan belian ke atas produk kami, saya mohon dihalalkan dan saya juga menghalalkan ke atas segala belian Tuan/Puan....In Shaa Allah...

Diharapkan segala perkongsian kami, kalau tak banyak pun, in shaa allah sedikit tetap akan memberi manfaat kepada semua...

Dan akhirnya sekadar makluman, Operasi Perniagaan dan Perkongsian kami akan ditutup sempena Aidilfitri bermula pada 6/8/2013 sehingga 11/8/2013....Pengeposan akan bermula semula pada Raya Ke-5, In Shaa Allah....

Semoga amalan Ramadhan kita akan diangkat oleh Allah Taala dan akan diredhai oleh Nya Dunia & Akhirat dan saya juga berharap supaya Ramadhan kali ini dapat membentuk Rohani dan Jasmani diri saya mahupun ke atas Tuan/Puan supaya lebih bersungguh-sungguh dalam mengerjakan amal ibadah kepada Allah yang secara tak langsung boleh menjadikan diri kita semua supaya sentiasa bersedia untk bertemu dengan Rabbul Jalil di Yaumul Mahsyar nanti....Allahumma Amin, In Shaa Allah...

Akhir kalam, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN dari Kami WARGA HERBAMALAY....  : )

Sunday 23 June 2013

Salam Nisfu Syaaban....


Assalamualaikum....

Alhamdulillah, malam tadi diberi peluang & ruang oleh Allah Taala untuk mengamalkan amalan Salafus Soleh dengan membaca 3 kali Yasin pada Malam Nisfu Syaaban...

Moga-moga Allah Taala sentiasa mendengar rintihan setiap HambaNya dan kasihan kepada kita semua, kerana sesungguhnya dialah yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.....

Dan semoga diberi peluang untuk kita semua terus menuju ke Madrasah Ramadhan, supaya boleh untuk kita membentuk Rohani & Jasmani kita untuk menjadi Hamba & Umat yang boleh dibanggakan Allah & Rasul....Allahumma Amin...In Shaa Allah...

"Ya Allah, jika ada di antara amalan kami yang cacat pada penglihatanMU, kami mohon Kau tutuplah dengan RahmatMU" Amin Ya Rabbal Alamin....

Wednesday 5 June 2013

Salam Isra' Mikraj.....


Alhamdulillah, nikmat syukur yang paling indah dan tidak ternilai adalah bilamana kita dijadi dan dibangkitkan menjadi umat Sayyidul Mursalin Mustofa Muhammadun Nabi SAW...

Tahun di mana Allah Taala memperjalankan KekasihNya Rasulullah SAW adalah merupakan tahun yang paling menyedihkan yang mana dalam tahun yang sama, Isteri kesayangan Baginda Rasulullah SAW Sayyidatina Khadijah R.A, tahun yang sama juga perginya Saidina Hamzah iaitu Bapa Saudara Rasulullah SAW, tahun yang sama juga Rasulullah dihina dan dicerca dalam dakwah Baginda SAW ke Thoif...

Dengan kesedihan yang menimpa Baginda Nabi SAW itu, maka Allah Taala hendak menggembirakan KekasihNya dengan memperjalankan Baginda SAW melalui Isra' Mikraj (Berjalan-jalan) bagi membuktikan kekuasaan Allah Taala yang Maha Berkuasa sebagimana yang tertulis dalam Kalamullah Al-Quranul Karim..

Selain itu, ia sebagai hikmah betapa besarnya Nikmat Solat yang Allah kurniakan khas kepada Umat Rasulullah SAW sehingga Allah Taala menjemput Baginda SAW jauh nun ke Sidratul Muntaha bagi menganugerahkan nikmat yang besar iaitu SOLAT... Masha Allah...Subhanallah...

Tahulah kita bahawa betapa besarnya makna Solat di sisi Allah & Rasul kerana ia adalah penghubung antara kita & Allah Taala di setiap apa jua keadaan dan solat juga adalah antara amalan yang pertama dihitung oleh Allah Taala di Akhirat kelak...

Berbangga dan bersyukurlah kita menjadi Umat Baginda Nabi SAW kerana kita PERCAYA ketika ini bahawa wujudnya Kisah Isra' Mikraj ke atas Rasulullah SAW dan kita menyambutnya setiap tahun, kerana di kala Rasulullah SAW bercerita kepada umat di zamannya tentang Perjalanan Isra' Mikraj nya, Baginda dihina, dicerca, dituduh sebagai penipu dan ada juga di kalangan umatnya ketika itu yang telah beragama Islam, turut keluar Islam ataupun Murtad kerana mereka merasakan Rasulullah SAW sebagai Penipu Besar...Nauzubillah...

Pastinya Baginda Rasulullah SAW berbangga dan menghargai Umatnya sekarang yang mengimani Perjalanan Isra' Mikraj Baginda SAW ketika itu....Subhanallah...Alhamdulillah...

Semoga Bermanfaat....SHARING IS CARING!!!

Tuesday 28 May 2013

Kepada Yang Malas Berselawat.....

Tuan Guru Hj Musa telah dijemput oleh Allah Taala pada tahun yang lalu....Beliau adalah seorang Alim yang diiktiraf ilmunya oleh Ulama' luar negara yang sentiasa datang menziarahinya saban hari semasa hayatnya....

Alhamdulillah, semasa ziarah saya dan rakan ke Makam Tok Kenali pada 3 Tahun yang lepas, saya sempat menziarahi beliau di kediamannya di Tumpat, Kelantan....Rakan saya yang sama-sama menziarahi beliau di Tumpat telah dijemput Allah Taala 1 Bulan selepas ziarah kami ke Makam Tok Kenali dan ke kediaman Tuan Guru Hj Musa.......

Dengarlah MUTIARA KATA Tuan Guru Hj Musa tentang Kelebihan Selawat ke atas Sang Nabi SAW...

SHARING IS CARING!!!


Terlalu Sedikit Yang Menangis.....


Menangis dan teruslah menangis dengan setiap segala kesalahan yang telah kita lakukan, ingatlah pada Janji kita sewaktu di Alam Roh di hadapan Allah Taala, bahawa kita telah bersetuju untuk Taat & Patuh dengan segala perintahNya...

Teruskanlah perjalanan kita mencari & menagih Cinta & Kasih Allah selagi nyawa dikandung badan kerana hanya DIA sahaja lah yang Maha & Amat2 Pengasih serta Penyayang....

SHARING IS CARING!!!

Monday 27 May 2013

Hangatkan Lidah Dengan BERSELAWAT....

Dari Abd Rahman Bin Auf, telah bersabda Rasulullah SAW : "Telah datang kepadaku Jibril A.S lalu berkata, Ya Muhammad SAW, tidak ada sesiapapun di kalangan umatmu yang berselawat kepadamu, melainkan dia akan diselawat oleh 70,000 Malaikat dan barangsiapa yang diselawat oleh Malaikat tersebut, maka dia adalah di kalangan Ahli Syurga..."

Subhanallah...Masha Allah....Ganjaran bagi sesiapa yang xpernah kering lidahnya dengan Zikir & Selawat...

SHARING IS CARING!!!

Monday 13 May 2013

Kelebihan Berpuasa Sunat Bulan Rejab........

Bulan Rejab antara bulan yang istimewa dalam Islam oleh sebab itu kita disunatkan berpuasa padanya.

DALIL

Hadis Rasulullah s.a.w :

إن في الجنة نهرا يقال له رجب أشد بياضا من اللبن وأحلى من العسل من صام يوما من رجب سقاه الله من ذلك النهر
(رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya :
Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat satu sungai yang bernama Rejab, airnya terlebih putih daripada susu dan terlebih manis daripada madu ; barang sesiapa yang berpuasa sehari daripada bulan Rejab, maka Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai itu.

Antara kelebihan berpuasa pada bulan Rejab:

1.Puasa 1 hari - seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredaan Allah serta syurga tertinggi

2. Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipat gandakan pahalanya

3.Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah swt, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka

4.Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah dajal

5.Puasa 5 hari - aman dari azab kubur

6.Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya

7.Puasa 7 hari - Allah mengunci tujuh pintu neraka jahanam baginya

8.Puasa 8 hari - Allah membuka lapan pintu syurga baginya

9.Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru Laailahaillallah dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga

10.Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang di Titian Siratul Mustaqim

11.Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata fadilatnya seperti puasa 3000 tahun

12.Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun

13.Puasa 15 hari - Allah mengampunkan dosanya yang lalu dan menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun

14.Puasa 16 hari- dapat melihat wajah Allah dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah dalam syurga

15.Puasa 19 hari - dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai nabi Ibrahim dan nabi Adam

16.Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu dan melakukan amalan yang baik dengan baki umurnya

17.Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan ini dan beribadat di malamnya seperti berpuasa 3000 tahun, diampunkan baginya dosa 70 dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasad, 70 hajat ketika dalam kubur, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika al-Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika amalannya ditimbang di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui Titian Siratul Mustaqim


Sumber : www.e-mosque.com, www.ppdjasin.edu.my & blog nurcahaya.

Sunday 12 May 2013

Muhasabah Diri di Bulan Rejab....

Assalamualaikum...

Selawat & Salam kepada Nabi SAW penghulu kepada seluruh manusia....

Di kesempatan ini, saya amat bersyukur kerana diizinkan Allah Taala untuk sekali lagi bertemu dengan Bulan Rejab yang dipenuhi dengan Kemurahan Pengampunan dari Allah...Nescaya rugi bagi kita jika tidak meraih keampunan Allah pada bulan yang mulia ini....

Murahnya Allah Taala, walaupun setiap daripada kita sentiasa berdosa dan menzalimi diri, Allah tetap melimpahkan kurniaannya tanpa pernah putus-putus...

Saya sentiasa merenung akan diri saya, sampai bilakah agaknya diri ini akan terus leka & seperti tidak bersungguh-sungguh dalam meraih Cinta Allah & Rasul, sedangkan di Akhirat nanti hanya Cinta ini lah yang kita harapkan untuk membolehkan kita melangkah masuk ke Syurga Allah...

Jalanya dah ada dan setiap hari kita belajar bagaimana untuk meraih Cinta Allah & Rasul, tinggal lagi untuk sentiasa bermohon supaya Allah limpahkan Taufik supaya sentiasalah diri ini diberi kekuatan untuk melakukan setiap amalan soleh yang boleh membawa diri kita menuju dan meraih Cinta Allah & Rasul...Amin,In Shaa Allah...

Bulan-bulan yang lain sebelum ni dah banyak kelekaan kita pada Allah, sentiasalah berharap untuk Allah berikan taufik untuk kita lebih fokus pada bulan Rejab, Syaaban dan seterusnya Ramadan kali ini...Allahumma Amin...In Shaa Allah...

Banyakkan selawat pada Nabi SAW, moga Allah meletakkan kita semua di kalangan kumpulan Nabi SAW serta para Sahabat di Akhirat kelak...Amin....

Sharing Is Caring!!!

Thursday 10 January 2013

Permulaan Tahun Baru 2013.....

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, selawat & salam ke atas junjungan Nabi SAW, peghulu kepada seluruh Nabi, Kekasih Allah yang memiliki darjat yang paling tinggi di sisi Allah Taala....Mudah-mudahan kita semua tergolong di dalam kalangan manusia yang bertemu dengan Kekasih Allah ini di Telaga Haud....Amin, In Shaa Allah....

Syukur pada Allah atas limpah kurnianya yang telah memberi rezki pada setiap Hamba-hamba-Nya dengan penuh adil dan saksama kerana sesungguhnya hanya Dia lah sahaja yang Maha Bijaksana dalam menguruskan Kerajaan-Nya....

Saya mulakan perkongsian saya pada permulaan tahun ini dengan kelahiran anak saya....Alhamdulillah, wife saya selamat bersalin normal pada 06/01/2013, Jam 7.07 p.m, Baby boy...

Sebenanya due bersalin wife saya 15/01/2013, tapi dah cukup minggu dah iaitu 38 minggu 6 hari, baby dah tak sabar nak keluar daripada perut ibu nya kut...Alhamdulillah...

Wife last kerja hari Ahad 06/01/2013 tu dan saya bercadang nak bawa Wife bersalin di Hospital Temerloh bila mana cuti die bermula keesokan harinya iaitu 07/01/2013 (Hmmmmm....tak sempat, anak nak jadi orang Putrajaya jugak kut...huhu....

Nak dijadikan cerita, wife saya dah sms saya pagi ahad tu mengatakan badan dah rasa semacam dan sakit tak berhenti-henti....Wife minta saya standby jela, saya pun standby...Tak lama lepas tu wife call kata dah check dan waktu tu dah buka 1 cm...Alhamdulillah...

Tapi, wife kata pada doktor nak balik dulu sebab nak ambil buku dan siap2 dulu...(Actually nak makan, sbb kalau dah admit mesti kena puasa dah....huhu).

Jam 2 p.m tu saya ambil wife saya kat Hospital, lepas siap2 makan, dalam pukul 5 sebelum Asar wife kata dah sakit sangat...Tapi, sebelum pergi sempat kami solat asar dulu dan saya minta wife buat juga Solat Hajat untuk mudah segala urusan....

Dalam pukul 5 sampai wad bersalin...Alhamdulillah, member wife sendiri yang kata nak conduct kelahiran baby kami...Tak sampai 1 jam, member wife saya keluar dan panggil saya mengatakan : "Pis, Ju dah buka 6 cm, memang nak bersalin hari ni jugak, In Shaa Allah....".

Saya pun terus daftar, lebih kurang 6.30 p.m, sorang lagi Nurse keluar kata : " Suami boleh masuk dah ye, Isteri tengah push tu....". (Subhanallah saya katakan, cepat betul)...

Dalam bilik bersalin tu, saya tengok wife bersusah payah push....Subhanallah, waktu tu saya fikir camnila agaknya mak saya bersalin kan saya.....Alhamdulillah, dalam 15 minit lepas tu, anak kami selamat dilahirkan....

Tidak semua yang kita harapkan mudah, akan sentiasa mudah....Anak kami kena tahan wad sebab Hypo (Gula dalam darah rendah)....Hari ni dah masuk hari ke-6 anak kami ditahan, Alhamdulillah makin stabil keadaan anak kami....Kalau Allah Taala Izinkan, esok atau lusa boleh la anak kami discharge...Doakan anak kami ye...Amin, In Shaa Allah....

Wassalam....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...