Nuffnang Ads

Tuesday 23 September 2014

Kutipan Sumbangan Qurban / Aqiqah & Sumbangan Pembinaan Masjid Di Kemboja....

Malam tadi Alhamdulillah telah selesai kutipan untuk sumbangan Qurban / Aqiqah & Pembinaan Masjid di Kemboja yang pernah saya war-war kan sebelum ini...

Alhamdulillah, di kalangan Pelanggan #HerbaMalays, Anda telah bersama saya menyumbang kepada tujuan ini...Terharu, walaupun tidak pernah bersua muka, hanya berjual beli di alam maya sahaja, Anda juga terpanggil untuk menyalurkan sumbangan untuk tujuan ini...Alhamdulillah, Izin Allah jua kerana jika tidak Allah jentikkan hati untuk tujuan ini, pasti kita takkan tergerak untuk menyumbang, kesemuanya adalah pilihan Allah SWT....

Untuk makluman, kutipan yang telah saya hantar bersama borang penyertaan & sumbangan kepada Guru saya iaitu Ust Abd Rahman adalah RM 5,300.00. Guru saya ini adalah individu yang dilantik oleh satu-satunya Gabenor beragama Islam di Kemboja untuk membantu mengumpul dana dari Malaysia bagi disumbangkan untuk pembinaan Masjid pertama negeri di Kg.Cham, Kemboja...

Usaha berterusan dilakukan sehingga hari ni bagi mengumpul dana tersebut, kos pembinaan Masjid tersebut adalah RM 1.2 Juta seperti yang saya pernah maklumkan sebelum ini, kini RM 700,000.00 +++ telah berjaya dikumpul, bermakna lagi RM 500,000.00 masih diperlukan...In Shaa ALLAH...

Walaupun tak seberapa sumbangan yang saya dapat kumpulkan, kurang-kurang ada sedikit usaha & keprihatinan di pihak saya, kerana Allah melihat kepada usaha seseorang HambaNya, kerana keputusan untuk jadi @ tidak sesuatu pekerjaan itu, terserah kepada Allah Taala...In Shaa Allah...

Daripada RM 5,300.00 tersebut, RM 2,000.00 disumbangkan untuk pembinaan Masjid daripada Pelanggan saya dari Ipoh, Perak, selebihnya adalah untuk tujuan Qurban & Aqiqah...

Jujurnya saya berbangga dengan keprihatinan keseluruh Pelanggan saya, mereka sangat sibuk mencari ruang untuk menyumbang, Subhanallah, doa saya supaya kita semua diberi ganjaran pahala yang berterusan yang seterusnya akan mendapat jemputan Allah Taala untuk menduduki Syurga yang tertinggi darjatnya & seterusnya dapat melihat Allah serta berada di kalangan Nabi & Rasul...Allahumma, Amin....In Shaa Allah...

In Shaa Allah, jika ada lagi peluang sebegini, pasti saya akan kongsikan kepada Anda lagi...In Shaa Allah...

Sebarang pertanyaan untuk sumbangan ini, sila Call / SMS / Whatsapps ke 013 356 6177...In Shaa Allah...

P/s : Apa erti hidup jika tiada manfaatnya, apa erti mati jika tidak bertemu dengan Allah & RasulNya, apa erti bekerja jika tiada tahu tujuannya. Pastinya tujuan kita sebagai HambaNya adalah Negeri Akhirat yang Kekal Abadi...In Shaa ALLAH....!

Main Air Di Morib Gold Coast Water Theme Park....

Minggu lepas Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk bawa anak & isteri pergi ke Morib Gold Coast, tak plan pun nak pergi, cuma saja nak bawa Uwais main air, mulanya nak ke Melaka, tapi bila search    pakcik google ada yang lebih dekat...Alhamdulillah...

Mulanya search ke satu blog Hamba Allah ni (Lupe apa nama blognya, kalau tak boleh kongsikan link di sini...huhu), bila baca blog beliau, macam seronok pulak kalau dapat pergi, beliau kongsikan link ini untuk booking --->>> tekan sini

Harga pun agak ok, saya book untuk 2 hari 1 malam, siap Dinner + Breakfast RM 198.00, disebabkan pergi waktu cuti sekolah, ada tambahan RM 50.00, jadi total RM 248.00...huhu...Harga tu siap main air sekali la tu, kalau kanak-kanak 2 tahun hingga 12 tahun, kena tambah bayar RM 20.00 setiap seorang...

Kalau yang takda pakej dinner, RM 168.00 sahaja siap breakfast (cuti sekolah tambah RM 50.00).

Actually, seumur hidup saya, itu lah kali pertama saya pergi Water Theme Park, jadi tak tahu sangat pasal harga-harga ni, bila rasa agak berpatutan tu, terus sapu jela, lagipun memang dah lama teringin nak bawa Uwais pergi, nak bantu Uwais hilangkan rasa gayatnya... : )

Perjalanan ke sana dari Putrajaya ambil masa kurang 1 jam...


Alhamdulillah, sampai terus check in dan bergolek di atas katil 'bergomol' dengan si kecik Uwais ni...huhu


Pemandangan dari atas bilik Hotel (Sana panggil Studio)....


Sampai sana dalam pukul 3 petang lebih kurang, agak terik sikit, jadi kami main air pun lepas Solat Asar...


Nak kata main air sangat tu tak la, sebab Uwais pun gayat semacam bila turun gelongsor...huhu...Tapi, memang seronok la dapat stop sekejap otak saya ni asyik fikir bisnes sahaja, kadang idea baru susah nak masuk, 2 hari 1 malam tu memang lupakan sekejap la tentang kerja...Alhamdulillah, nikmat & rezeki Allah beri, baik untuk kita gunakan... : )


Masa mula-mula nampak orang main air...hehe..




Yang ni lepas mandi, cejuuukkkk.... : )


Yang best, dalam Studio ada Jakuzi...Hehe...Jakun sikit sebab tak pernah guna...hihi


Dinner di sini agak class jugak rupanya, nasib ambil pakej ada dinner, kalau tak satu hal kena keluar cari kedai makan, dah penat-penat main, memang tak larat nak keluar dah semata-mata cari kedai makan...hehe...



Tuan kecik Muhammad Uwais Ukasyah memang sila panggung, tu pun kejap je, lepas tu terlentang tidur (penat main air kut...hehe)....




Esoknya selepas sarapan, pergi jalan jap di Pantai Morib, air tak berapa cantik untuk mandi, berjalan jela di sini... :)


Esoknya dalam pukul 12 tgh terus check out, tengah beratur, nampak benda ni, ingatkan apa, rupanya 'Lychee Tree' berusia 200 tahun yang mahu dijual pada harga RM 30,000.00...Wallau A'lam betul ke tidak dah 200 Tahun, mungkin betul la kan...

Keseluruhannya, agak menyeronokkan juga percutian di sini, cuma permainan semuanya tu kebanyakannya untuk kanak-kanak, yang dah dewasa tu jadi peneman sahaja lah, tapi okla kan untuk saya ni yang first time...Alhamdulillah, ada masa mungkin kami akan pergi lagi...In Shaa Allah... : )

Wassalam...

Sunday 21 September 2014

Qurban Di Kampung Cham, Vietnam....

Tahun ni In Shaa Allah, saya akan menyertai bahagian Lembu Qurban yang akan disumbangkan 100% kepada Penduduk Kampung Cham, Vietnam...

Tahun lepas dapat sertai 1 bahagian semasa masih bertugas di UiTM, Dungun, tak silap tahun lepas di sana RM 500.00. Alhamdulillah, walaupun last minit, Allah aturkan juga saya untuk boleh berqurban di UiTM Dungun...

Actually, tak plan pun nak berqurban di Vietnam, tapi beberapa minggu lepas, iaitu selepas habis pengajian kitab di Paroi, Negeri Sembilan bersama Tn Guru saya iaitu Ust Abd Rahman, beliau menjelaskan betapa perlu untuk kita berqurban di sana selepas beliau menghadiri beberapa siri rombongan bagi menziarahi saudara seislam kita di sana....

Di Malaysia, boleh dikatakan Rakyat kita agak mewah dari segi makanan, namun tidak seperti di daerah Kampong Cham, Vietnam yang majoriti mereka terpaksa catu makanan untuk makan...Subhanallah...

Selain itu, tempat berteduh pun mereka hanya mendirikannya menggunakan tiang kayu & beratapkan plastik sahaja...Subhanallah....Allahu Akbar....Memang meremang bulu roma saya bila membuka cerita sebegini...Allah...

Jadi, amatlah perlu untuk kita di sini, berqurban di sana kerana sedikit sebanyak kita boleh menyumbang daging Qurban kepada mereka untuk dimakan...Tak mahal pun, RM 230 / bahagian, namun walaupun tak semahal kita di sini, namun nilai RM 230.00 tersebut mungkin sangat besar untuk mereka...Subhanallah...

Selain berqurban, penduduk di sana juga memerlukan Dana untuk pembangunan Masjid Negeri pertama mereka, Dana yang diperlukan tak silap saya RM 1.2 Juta...

Wakil yang bertanggungjawab mengumpul Dana tersebut ke Malaysia adalah Ust Punyamin, semasa kunjungan Ust Punyamin ke Malaysia beberapa bulan yang lepas, beliau mengatakan bahawa kumpulan yang mengumpul dana tersebut telah pusing satu Malaysia, namun hanya beberapa ribu sahaja yang terkumpul sepanjang jelajah mereka tersebut...

Izin Allah, Ust Punyamin telah bertemu dengan Tn Guru saya iaitu Ust Abd Rahman di Seremban & Ust Abd Rahman telah bersetuju untuk membantu Ust Punyamin mengumpul dana tersebut....Alhamdulillah, kurang 1 minggu di Seremban, dana yang terkumpul melalui penduduk Seremban sahaja adalah lebih kurang RM 200,000.00...Subhanallah, Alhamdulillah...

Sebelum, Ust Punyamin berangkat pulang ke Seremban waktu tu, Ust Abd Rahman telah menjemput Ust Punyamin untuk berkongsi cerita tentang aktiviti mengumpul dana yang sedang dijalankan oleh pihak beliau untuk pembangunan Masjid tersebut....

Antara yang saya masih ingat ialah, Ust Punyamin mengatakan bahawa di Vietnam langsung tiada lagi tinggal Alim Ulama' seperti di Malaysia, yang tinggal hanya golongan Ust muda seperti mereka, ia terjadi sewaktu zaman pemerintahan penjajah...

Sewaktu pemerintahan Penjajah, seluruh rakyat Vietnam telah dikerah sebagai Buruh Kasar, termasuklah golongan Alim Ulama'. Untuk menghapuskan golongan Alim Ulama', Penjajah telah memperdaya golongan Ulama' degan memberi tawaran supaya tidak bekerja sebagai Buruh Kasar lagi. Alim Ulama' diberi pilihan untuk menjadi tenaga pengajar kepada rakyat Vietnam...

Penjajah telah mengumpulkan keseluruh Alim Ulama' di suatu tempat & bertanya : "Masih ada lagi Ulama' yang ingin menjadi Tenaga Pengajar?". Selepas disahkan tiada seorang pun Ulama' yang tinggal, mereka semua ditembak & dibunuh, disebabkan itulah langsung tiada lagi Alim Ulama' di sana...Allahu Akbar...!

Jutseru, golongan muda seperti Ust Punyamin diberi tanggungjawab untuk membangunkan semula Islam di Vietnam & mereka memulakan dengan perancangan membina Masjid pertama Negeri di daerah Kampung Cham, Vietnam yang memerlukan dana RM 1.2 Juta...

Kita sedia maklum, bahawa Perdana Menteri Vietnam beragama Buddha. Semasa sesi pertemuan antara Perdana Menteri dengan Gabenor Kampung Cham (Satu-satunya Gabenor beragama Islam), Perdana Menteri telah bersetuju untuk Masjid tersebut dibina, namun tiada satu sen dana bantuan akan disalurkan, bermakna Ust Punyamin dan pasukannya perlu berusaha mencari dana sendiri...Subhanallah...

Alhamdulillah, minggu lepas, selepas kelas pengajian mingguan di Paroi, Negeri Sembilan, Ust Abd Rahman mengatakan dana yang telah terkumpul adalah RM 700,000.00 lebih kurang, bermakna ada RM 500,000.00 masih diperlukan...

Saya juga terpanggil untuk menulis bagi memohon bantuan dana tersebut...In Shaa Allah...

Untuk Qurban, saya telah offer kepada Pelanggan saya yang berminat untuk menyertainya, Alhamdulillah, 5 bahagian telah terisi, masih ada 2 lagi kekosongan...Ada yang berminat untuk 2 bahagian lagi?

Selain tawaran berqurban, saya juga ada offer kepada Pelanggan saya yang berminat untuk menyumbang kepada pembangunan Masjid tersebut. Alhamdulillah, ada seorang Pelanggan yang berminat menyumbang RM 2,000.00...

Walaupun tak pernah berjumpa, berjual beli di alam maya sahaja....Alhamdulillah, Allah pilih mereka untuk sama-sama menyumbang kepada saudara seislam kita di Vietnam berwakilkan saya...Syukur Alhamdulillah...

Jika ada yang masih berminat untuk menyumbang, boleh hubungi saya @ terus kepada Ust Abd Rahman di Seremban, Negeri Sembilan...Call/SMS saya dahulu di 013 356 6177, nanti saya beri no.tel Ust Abd Rahman...In Shaa Allah...

Wallahu A'lam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...