Nuffnang Ads

Friday 10 August 2012

Masalah Angin Dalam Badan & Jenis Makanan "Berangin"

Masalah Angin dalam Badan berpunca daripada kelemahan Sistem USUS BESAR dalam menjalankan proses penghadaman akibat daripada pengambilan makanan yang tertentu. 

Gas yang terdapat dalam sistem penghadaman atau sistem Gastrointestinal selalunya mengandungi gas yang tidak berbau seperti Oksigen, Nitrogen, Karbon Dioksida, Hidrogen dan Metana. Ia mengandungi 99% gas buangan dalam Usus. 

Komponen kecil “flatus” atau gas yang keluar melalui dubur, boleh dikaitkan dengan bau yang tidak menyenangkan mungkin disebabkan gas yang mengandungi sulfur. Ia biasanya dilepaskan oleh bakteria yang sememangnya ada dalam Usus Besar.

Gas atau angin di dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) datangnya dari 2 sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat di hadam dengan baik dalam badan kita. 

Berikut adalah makanan yang menyebabkan angin dalam badan:
  • Kacang
  • Sayuran seperti brokoli
  • Kobis
  • Taugeh
  • Bawang
  • Asparagus
  • Buah-buahan seperti pear, epel dan peach
  • Bijirin seperti roti gandum
  • Minuman ringan dan jus buah
  • Susu dan produk daripada susu dan keju
  • Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.
Info : Melayukini.net

Sedang tercari-cari Herba Kampung yang membantu Masalah Angin Dalam Badan yang selamat & berkesan sejak puluhan tahun?

Boleh dapatkan info lanjut di SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...