Nuffnang Ads

Wednesday 1 August 2012

Pengguna Wanita Khususnya Perlu TAHU!!!

FAKTA Pengguna perlu tahu

Pad Wanita Punca Kanser??

proses pembuatan tuala wanita
.

Tahukah anda bahawa kebanyakkan tuala wanita diperbuat daripada bahan buangankemudian dilunturkan dengan sebatian klorin yang mengandungi sisa organo klorindan karsinogen yang diketahui – dioksin! EPA AS telah menamakan dioksin sebagai karsinogen paling berbahaya diketahui oleh sains.

 

Kajian EPA pada tahun 1996 mengaitkan pendedahan dioksin dengan peningkatan risiko bagi endometriosis (jangkitan padalapisan uterus).Dan di jangka pegunaan bahan ini akan terus meningkat setiap tahun, EPA telah merumuskan bahawa orang yang mengalami pendedahan yang TINGGI terhadap dioksin mungkin berisiko menanggung kesan lain yang boleh:

*Melemahkan sistem imun.
*Meningkatkan risiko panyakit radangan pelvik.
*Mengurangkan kesuburan dan kesukaran mendapatkan anak.
*Berkemungkinan menganggu perkembangan janin dan kanak – kanak (bagi perempuan hamil).

 

Dalam ujian di luar Negara, tuala wanita telah didapati mengandungi 400 bahagian trillion (bpt) dioksin. Walaupun industri kertas telah menetapkan paras sedemikian adalah terlalu rendah untuk menimbulkan sebarang masalah kesihatan, kajian-kajian telah menunjukkan dioksin berpindah dengan mudah daripada produk kertas. Ikan dan hidupan liar lain telah mati selepas pendedahan kepada dos kecil sebanyak 38 bahagian per quadrillion dioksin.

 

Secara purata, wanita menggunakan kira-kira 15,000 tuala wanita sepanjang hayatnya. Kesan pendedahan berterusan kepada dioksin yang selamanya tersimpan dalam sel lemak mungkin menjadi kumulatif dan boleh membawa maut.

 

Sumber: Internet & Dipetik dari UTUSAN PENGGUNA (Julai 2002) & http://kesihatanmalaysia.wordpress.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...