Nuffnang Ads

Sunday 21 September 2014

Qurban Di Kampung Cham, Vietnam....

Tahun ni In Shaa Allah, saya akan menyertai bahagian Lembu Qurban yang akan disumbangkan 100% kepada Penduduk Kampung Cham, Vietnam...

Tahun lepas dapat sertai 1 bahagian semasa masih bertugas di UiTM, Dungun, tak silap tahun lepas di sana RM 500.00. Alhamdulillah, walaupun last minit, Allah aturkan juga saya untuk boleh berqurban di UiTM Dungun...

Actually, tak plan pun nak berqurban di Vietnam, tapi beberapa minggu lepas, iaitu selepas habis pengajian kitab di Paroi, Negeri Sembilan bersama Tn Guru saya iaitu Ust Abd Rahman, beliau menjelaskan betapa perlu untuk kita berqurban di sana selepas beliau menghadiri beberapa siri rombongan bagi menziarahi saudara seislam kita di sana....

Di Malaysia, boleh dikatakan Rakyat kita agak mewah dari segi makanan, namun tidak seperti di daerah Kampong Cham, Vietnam yang majoriti mereka terpaksa catu makanan untuk makan...Subhanallah...

Selain itu, tempat berteduh pun mereka hanya mendirikannya menggunakan tiang kayu & beratapkan plastik sahaja...Subhanallah....Allahu Akbar....Memang meremang bulu roma saya bila membuka cerita sebegini...Allah...

Jadi, amatlah perlu untuk kita di sini, berqurban di sana kerana sedikit sebanyak kita boleh menyumbang daging Qurban kepada mereka untuk dimakan...Tak mahal pun, RM 230 / bahagian, namun walaupun tak semahal kita di sini, namun nilai RM 230.00 tersebut mungkin sangat besar untuk mereka...Subhanallah...

Selain berqurban, penduduk di sana juga memerlukan Dana untuk pembangunan Masjid Negeri pertama mereka, Dana yang diperlukan tak silap saya RM 1.2 Juta...

Wakil yang bertanggungjawab mengumpul Dana tersebut ke Malaysia adalah Ust Punyamin, semasa kunjungan Ust Punyamin ke Malaysia beberapa bulan yang lepas, beliau mengatakan bahawa kumpulan yang mengumpul dana tersebut telah pusing satu Malaysia, namun hanya beberapa ribu sahaja yang terkumpul sepanjang jelajah mereka tersebut...

Izin Allah, Ust Punyamin telah bertemu dengan Tn Guru saya iaitu Ust Abd Rahman di Seremban & Ust Abd Rahman telah bersetuju untuk membantu Ust Punyamin mengumpul dana tersebut....Alhamdulillah, kurang 1 minggu di Seremban, dana yang terkumpul melalui penduduk Seremban sahaja adalah lebih kurang RM 200,000.00...Subhanallah, Alhamdulillah...

Sebelum, Ust Punyamin berangkat pulang ke Seremban waktu tu, Ust Abd Rahman telah menjemput Ust Punyamin untuk berkongsi cerita tentang aktiviti mengumpul dana yang sedang dijalankan oleh pihak beliau untuk pembangunan Masjid tersebut....

Antara yang saya masih ingat ialah, Ust Punyamin mengatakan bahawa di Vietnam langsung tiada lagi tinggal Alim Ulama' seperti di Malaysia, yang tinggal hanya golongan Ust muda seperti mereka, ia terjadi sewaktu zaman pemerintahan penjajah...

Sewaktu pemerintahan Penjajah, seluruh rakyat Vietnam telah dikerah sebagai Buruh Kasar, termasuklah golongan Alim Ulama'. Untuk menghapuskan golongan Alim Ulama', Penjajah telah memperdaya golongan Ulama' degan memberi tawaran supaya tidak bekerja sebagai Buruh Kasar lagi. Alim Ulama' diberi pilihan untuk menjadi tenaga pengajar kepada rakyat Vietnam...

Penjajah telah mengumpulkan keseluruh Alim Ulama' di suatu tempat & bertanya : "Masih ada lagi Ulama' yang ingin menjadi Tenaga Pengajar?". Selepas disahkan tiada seorang pun Ulama' yang tinggal, mereka semua ditembak & dibunuh, disebabkan itulah langsung tiada lagi Alim Ulama' di sana...Allahu Akbar...!

Jutseru, golongan muda seperti Ust Punyamin diberi tanggungjawab untuk membangunkan semula Islam di Vietnam & mereka memulakan dengan perancangan membina Masjid pertama Negeri di daerah Kampung Cham, Vietnam yang memerlukan dana RM 1.2 Juta...

Kita sedia maklum, bahawa Perdana Menteri Vietnam beragama Buddha. Semasa sesi pertemuan antara Perdana Menteri dengan Gabenor Kampung Cham (Satu-satunya Gabenor beragama Islam), Perdana Menteri telah bersetuju untuk Masjid tersebut dibina, namun tiada satu sen dana bantuan akan disalurkan, bermakna Ust Punyamin dan pasukannya perlu berusaha mencari dana sendiri...Subhanallah...

Alhamdulillah, minggu lepas, selepas kelas pengajian mingguan di Paroi, Negeri Sembilan, Ust Abd Rahman mengatakan dana yang telah terkumpul adalah RM 700,000.00 lebih kurang, bermakna ada RM 500,000.00 masih diperlukan...

Saya juga terpanggil untuk menulis bagi memohon bantuan dana tersebut...In Shaa Allah...

Untuk Qurban, saya telah offer kepada Pelanggan saya yang berminat untuk menyertainya, Alhamdulillah, 5 bahagian telah terisi, masih ada 2 lagi kekosongan...Ada yang berminat untuk 2 bahagian lagi?

Selain tawaran berqurban, saya juga ada offer kepada Pelanggan saya yang berminat untuk menyumbang kepada pembangunan Masjid tersebut. Alhamdulillah, ada seorang Pelanggan yang berminat menyumbang RM 2,000.00...

Walaupun tak pernah berjumpa, berjual beli di alam maya sahaja....Alhamdulillah, Allah pilih mereka untuk sama-sama menyumbang kepada saudara seislam kita di Vietnam berwakilkan saya...Syukur Alhamdulillah...

Jika ada yang masih berminat untuk menyumbang, boleh hubungi saya @ terus kepada Ust Abd Rahman di Seremban, Negeri Sembilan...Call/SMS saya dahulu di 013 356 6177, nanti saya beri no.tel Ust Abd Rahman...In Shaa Allah...

Wallahu A'lam...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...